Wednesday, March 07, 2007

pemuda pemudi..

pemuda pemudi.. langit mendung..tiada bintang..hanya bulan..mungkin hari mahu hujan..

tika ini dua pemuda sedang rancak bersembang dalam bilek mereka..masing-masing berbicara sambil monitor mengadap muka..asap dihembus menghalau nyamuk kononnya teman mendengar cerita yang tanpa tajuk agaknya..

"pelik..tak pernah-pernah lu kuar buat assignment memalam..malam ni lu kuar..mesti ada awek tadikan?" tanya pemuda tidak berbaju kepada rakannya..
"memang lah..sebab tu gua sanggup berjalan nak amik baunya!" jawab pemuda yang sedang rancak menonton bola di tengah malam buta..
"lu kena antar bila keja tuh?" tanya pemuda yang kurus badannya..
"jumaat.." jawab rakannya dengan selamba..
"gua dah komen blog lu..jiwang gak lu rupanya.." ujar pemuda tak berbaju berboxer sahaja.
"hmm yelah..cakap orang!" bicara teman sebileknya..

keadaan yang tadinya riuh-rendah mungkin kerana menyaksikan perlawanan bola dengan emosi mengalahkan wanita tiba-tiba menjadi senyap seketika..

pemuda berboxer yang banyak soalannya tadi tetiba terdiam seribu bahasa..kalau diikutkan..pemuda itu baru sahaja selesai menyiapkan lukisan yang diminta oleh kliennya..dibuangnya masa oleh dia dengan melayari ruang siber..diteliti rerakan cyber-spacenya,juga teman istimewa di komputer..ada ketika dia gelak bagai nak gila..dan sekarang dia terdiam seketika..dia lalu melabuhkan pinggulnya di katil berselimut kotak-kotak kainnya..dia senyap seribu bahasa..termenung pula jadi menunya..

"dah lu plak kenapa?" pemuda kawannya bertanya..
"xde papelah!" jawabnya ringkas sahaja..

diperhati monitor pemuda berboxer oleh temannya..dan agaknya dia tahu kenapa temannya terdiam macam kena renjatan elektrik teruknya..

"xkan pasal benda ni pun lu terasa bro?" tanya membernya kepada pemuda yang baring di atas katil kotak-kotak kainnya..
"entah lah..gua tak tau apa gua rasa..gua cuba nak elak utk baca..tapi gua dah terbaca.."jawab pemuda itu dalam nada tak bermaya..
"message biasa-biasa jer nih..dari member kepada member jer..takkan tu pun lu nak kacau jiwa.." tegur membernya..
"gua pun x message sebanyak tu bro..member gua pun gua x reply message sebanyak tuh..rancak betul mereka bercerita..bergelak ketawa dalam ruang siber.." jawab pemuda berboxer berkerut dahinya..
"lu tak pernah tegur dia ker? abih tu lu nak buat apa?" soal lagi temannya..
"tak..malas nak berbalas-balas bahasa..skang ni,gua cuba yakinkan diri gua yang dia itu tak seperti orang biasa yang selalu gua jumpa..dia itu istimewa!" bicara pemuda berboxer sambil mengubah posisi baringnya.

temannya kembali mengadap monitor kerana sepak bola separuh masa kedua telah bermula..

"jangan tutup lampu! gua nak kena lukis benda tu lagi satu..gua takut hantu!" ujar pemuda berboxer itu memecah suasana senyap sepoi-sepoi bahasa..

temannya itu hanya mengangguk dan membatu sahaja..

entah apa kena la dengan pemuda berboxer..dalam keadaan riang gembira..tetiba dia memasuki ruang senyap seribu bahasa..entah apa yang dilaluinya dan telah dibacanya..hanya dia dan teman biliknya yang tahu cerita..

tapi kalau aku jadi pemuda itu pun..mungkin aku akan senyap juga..

p/s: nantikan sambungan kisah laksamana..part 3-4 sudah siap skripnya..part 3 di mana laksamana bakal berkongsi cerita posisi seksnya..dan part 4 di mana bininya telah bertemu dengan seorang jejaka bermuka seperti Chow Yun Fatt..

simphosia
cyberjaya

1 comment:

Anonymous said...

uih...sipi2 jer cite nih ek...cam kenal jer pemuda yang kurus badannya yang tak pernah-pernah keluar buat assigment memalam buta kemudian menonton bola di monitornya pula...ahaha...tapi mmg style ar...sambung lg weih..hehh..