Sunday, July 30, 2006

menulis itu bahagia dalam derita..

"Dan penulisan karya(atau novel) pada dasarnya adalah penjejakan kembali kepada kenangan itu, bukan kerana keinginan senimannya untuk merasakan semula kesengseraannya, tapi kehangatannya untuk berfikir dan bertanya tentang kewajaran peristiwa dan tabii manusia dalam kehidupannya.."

"Walaupun benar yang dikisahkan "cerita", tapi "cerita" itu sebenarnya adalah bukti kesengsaraan hati nurani pengarangnya sesudah dia berfikir lama tentang penderitaan itu.."

A.SAMAD SAID
sasterawan negara

kisah di kedai mamak..

satu hari di kedai mamak..

sahabat: faiz..aku nk tanye ko satu benda..
aku: arr..ape kebenda lagi? aku ngah makan nih..
sahabat: pada ko ar..ape itu cinta?
aku: ko ni mabuk ker demam? x penah-penah ko tanye soalan mcm ni..
sahabat: jawab je ar..aku sepuk jugak ko kang..
aku: benda tu subjektif ar..susah siot..
sahabat: ko xde pendirian ar..
aku: itulah aku!! ko mcm x kenal aku! okok.. cinta tu..klu kata armand gigi..cinta membutuhkan ketulusan dan pengorbanan..
sahabat: ko setuju ar ngan kata die tuh?
aku: setuju...mmg btul pon ape die kate..
sahabat: pengorbanan dari segi ape?
aku: banyak ar..masa,duit..lifestyle...org kate bila bercinta..sume pun leh ubah..eventhough benda tu ko x setuju..tp sbb sayang punya pasal...
sahabat: ko sanggup korban duit?
aku: babi! ko ni mcm baru kenal aku smalam..aku ni jenis tarahal la..biarlah abis banyak mana pun aku x kesah..
sahabat: ape pulangan ko dapat? sama gak?
aku: aku x harapkan pulangan..sbb bukan sume org sama..org xleh buat mcm mana kite buat..penghargaan..itu je..aku nk dihargai..bukan harap pulangan yang setimpal..
sahabat: aku x puas hati..buang duit la kire..
aku: aku dah ckp benda ni subjektif..hak individu...skang ko lak x puas hati..
sahabat: xde ar..kite dah bagi banyak..last2 x dpt ape2..
aku: suke ati ko ar...aku nk balik..
sahabat: weh..jap..birthday ko nanti..ko nak ape?
aku: ko br dpt duit kan? aku nk jaket adidas takpun jeans baru..ok?
sahabat: wah..babi...demand giler...mahal tuh!
aku: untuk awek..mak ko..ko leh kasi motorola baru kan? ape salahnya ko hadiahkan aku benda tuh...?
sahabat: erk..itu lain..aku x mampu ar...
aku: ko x mampu ke atau ko kedekut nk keluar duit? kad pun jadi ar..
sahabat: (terdiam)
aku: aku blk dl...chow
sahabat: hmmok...chow

sekian..

Thursday, July 27, 2006

curhat..

aku terpanggil untuk menulis post ini selepas membaca blog kakak aku...

walau tak ada yang sempurna,
hidup ini indah begini adanya..

-filosofi kopi-

"Walau kita masukkan hidup kita dalam situasi yang complicated, mungkin itulah indah dia kot?"

-kulatkulat-

bunyinya seperti pelik namun jika difikirkan kembali mungkin ada kebenarannya..mungkin kita seharusnya menerima segala perkara yang terjadi dalam hidup kita..tidak kira pahit atau manis..dan ya,kita harus menghayatinya...mungkin jika sesuatu yang perit berlaku dalam kehidupan..kita harus menghayatinya...mana tau ia indah..kerana perkara yang terjadi itu mungkin tidak terjadi pada individu lain..dan kita telah merasai 'keindahan'nya...aku masih teringat kata-kata sahabat aku,Khir.."selalu kita merasai rasa gembira,tak salah kita merasai rasa sakit..." pada aku ayatnya indah sekali..pada aku yang pernah merasa sakit itu..ianya amat indah jika dihayati dan diamati..tapi tak nak lah ianya berlaku setiap hari..so,aku harap kakak aku dapat menghadapi segalanya dengan tenang..tak semua perkara itu kita dapat dengan mudah..kerna seperti kata Heirzy, "dunia ini tidak adil!","hidup tak selalunya indah"..

Aku baru pulang dari kedai makan..dan ketika ini aku sendirian di dalam bilik sambil layan lagu yang ada dalam winamp ni..Tajuknya Ruang Legar dari Fathulistiwa..aku suka lagu ni..dalam sendirian aku terfikir tentang perkara-perkara yang terjadi dalam hidup..muhasabah diri..banyak lagi perkara yang aku tak buat lagi..banyak lagi benda yang aku nak tapi tak dapat lagi..mungkin susah nak dapat..tapi aku tahu dengan usaha,benda tu kita leh dapat..jika tak dapat,aku terima sahaja..kerana aku berpegang pada puisi sasterawan negara kita,A.Samad Said..

Segala yang dihasrat tapi tak dapat adalah nikmat yang paling padat.

(Nikmat,1973)

Aku tertarik dengan komen yang diberikan oleh seseorang tentang post aku bertajuk 'kosong-kosong'...aku hanya mampu tersenyum ketika membacanya..actually ayat tu adalah bait-bait lagu pak pandir ketika dia mempersembahkan lagu bertajuk 'kosong-kosong'..lagu itu adalah sebuah lagu cinta..liriknya terlalu indah untuk dihuraikan oleh orang seperti aku yang masih mentah dalam puisi..

Sekarang ni dah 3 tahun aku study di MMU nih..sekejap jer rasa..macam baru semalam still Alpha lagi..n rasa macam baru semalam aku lepak dengan rakan-rakanku di terminal,tempat kami selalu lepak..sekarang ni macam susah jer nak lepak sesama kerana timetable kitorang dah berbeza,ikut majoring masaing-masing..dlm majoring aku nih,aku leh melepak ngan Paan je lah..efry,apai,bk,amin,ken,poji majoring dalam Dm..Hakim masih setia dengan Film and Animation..chingy lak major major ID..bob,dato,heirzy lak major dalam VR..jarang untuk lepak macam dulu-dulu..haza dah keja dah..practical kat usj..man dan ahli-ahli mushbutton pun dah lama aku x jumpa..dah lama tak folo dorang jamming..aku nk melepak ngan korang! rindu nak bergelak ketawa ngan korang!


Chenta? huhu masih setia bersama aku..kitorang dah setahun bersama..Alhamdulillah..aku harap hubungan ini akan berkekalan selamanya..makin lama makin sayang aku kat dia...sayang aku dah tido dah masa aku taip post nih..huhu..rindu kat dia..sayang..i miss u n yes, i love u more..

aku rasa setakat ini dulu tulisan aku untuk kali ini..dah lama tak taip panjang-panjang macam ni..sekali sekala..

Al-Fatihah kepada arwah Amin,sahabatku...



sekian..:)


Wednesday, July 26, 2006

kesilapan saya..

Saya terbangun daripada latar hidup berbeza. Kesilapan saya: Saya dicelikkan oleh ilmu. Pemain akordion yang sempat belajar daripada kehidupan. Dan .. dan ilmu ini - ilmu kehidupan ini - terus menggugat saya, mempertanyakan tanggunjawab saya bukan terhadap diri saya, tapi terhadap bangsa dan tanah air saya ... seorang yang terlalu terseksa oleh batinnya.

-muhairi-
Lantai T. Pinkie

Tuesday, July 25, 2006

pak turut..


menurut biar berakal,
mengikut biar pintar..

tak kusangka dalam pintar
kau masih mengikut telunjukku
kau biarkan kepala kau dipijak
kau biarkan diri kau dihina,diherdik...

apa yang kau dapat dari aku dengan kesetiaanmu?
kau masih di bawah telapak kakiku..

"asal kau bodoh sangat ni?"


sirna


suaramu sejelas mimpiku yang semalam..

kosong kosong


invest banyak-banyak
pulangan kosong-kosong..

Wednesday, July 19, 2006

kisah seorang teman

aku punya seorang teman
yang masih dalam kebingungan
dalam membuat keputusan
memilih lelaki sebagai pasangan
ada 2 orang lelaki yang menjadi pujaan
seorang ahli perniagaan dan seorang seniman
si ahli perniagaan terkenal dengan sikap panas baran
manakala sang seniman ini baru perasan akan kehadiran teman
si ahli perniagaan sudah pun melamar akan teman dengan sebuah ikatan
namun teman ini sudah hilang kepercayaan akan si ahli perniagaan
kerana kisah silam yang amat memeritkan
di mana si ahli perniagaan ini kaki perempuan
dan tak mampu dilupakan oleh teman
terus memujuk teman agar kenangan silam itu dilupakan
sebuah kisah baru dalam kehidupan dijanjikan
bagaimana dengan sang seniman??
sang seniman sudah tahu akan kisah teman yang bakal diikat dengan ikatan
mungkin terluka hati sang seniman
baru nak di'pancing' si teman yang cantik jeiltawan
sudah mahu diikat oleh seorang lelaki yang kononnya lelaki pujaan
sang seniman tidak berputus asa di tengah jalan
dikarang lagu yang kononnya ditujukan untuk wanita idaman
agar cair hati si wanita pujaan
ada ditanya kepada si teman
"masih ada aku dalam fikiran?"
si teman terdiam hilang tujuan
"tidak"
ringkas sahaja jawapan
namun jawapan itu hanya penipuan
kerana teman masih lagi dalam kebingungan
dalam membuat keputusan
sang seniman tetap berada di fikiran
namun teman menjadi mangsa keadaan
si ahli perniagaan masih menunggu hari sebagai ikatan
sang seniman hadir ketika teman berada dalam keadaan tertekan
hati kedua-dua buah keluarga juga berada dalam fikiran
si ahli perniagaan sudah pun menghantar rombongan
hati bakal ibu mertua membuatkan teman tertekan
teman berdoa agar berlaku sebuah keajaiban
agar ikatan ditundakan
dalam mencari jawapan yang bisa memuaskan
hanya Tuhan sahaja yang sekarang teman harapkan
dalam membuat keputusan........

p/s: ini kisah kawan aku..moga Tuhan membantunya dalam membuat keputusan..

Tuesday, July 18, 2006

advert..oooo..advert


pembelajaran dari mr.K..

kenapa pilih MI sebagai major?
-bcoz I HATE ADVERTISING!

4 element of advert:
  • product/brand concept
  • target audience
  • communication medium
  • advertising message/(BIG IDEA)

Target audience:

  • behaviourism
  • mentality
  • income
  • age group

medium:

  • billboard
  • radio
  • tv/internet
  • magazine

'big idea':

  • good advertising message
  • good concept

"nothing is constant"-mr.K

peringatan dari mr K


"do not trust your eyes!"
-mr.K

ingat..ini bukan surat amarah!

melodi sumbang beralun kembali
masuk telinga kanan keluar telinga kiri
ingat..ini bukan surat amarah!
bait-bait lagu 1720 mahupun lagu samsons track no 8 umpama tak menjadi
tak mampu menceriakan hati
ingat..ini bukan surat amarah!
berikan sahaja lagu Dewa yang menjadi siulan muda mudi kini
namun aku sendiri masih tak mengerti
ingat..ini bukan surat amarah!
berikan aku sebuah diari..
sumpah penuh tulisan isi hati..
ingat..ini bukan surat amarah!
tolonglah wahai orang berbudi
jasamu akan ku kenangi
ingat..ini bukan surat amarah!
banyak perkara kuhalusi
baynyak yang menyakitkan hati
ingat..ini bukan surat amarah!
apa yang harus kulakukan lagi..
supaya hubungan ini terus menjadi..
ingat..ini bukan surat amarah!
message-message di inbox ku halusi
satu persatu ku simpan dalam hati
hanya dia sahaja bidadari
ingat..ini bukan surat amarah!
apa yang nak diluahkan pun aku sendiri tak pasti
begitu susah nak dikeluarkan dari hati
lagu ku kini..
kepastian yang ku tunggu dari GiGi..
ingat..ini bukan surat amarah!