Saturday, March 24, 2007

kisah laksamana part 4

Malam itu laksamana ditemani hulubalang yang juga teman karibnya.

ya..sudah 2 purnama..namun isteri ayunya masih belum pulang dari tanah besar China.

masih sabar ditunggunya.kalau diperhatikan secara terperinci,perwatakan laksamana sudah tidak seperti dahulu lagi. dia sudah tidak seceria dahulu..latihan silat pencak dewa sudah lama tidak dihadirinya..lebih masa untuk bertapa..kawasan desa diminta dijaga olehnya kepada teman karibnya.dia sudah tidak terurus.mukanya muram.jambangnya makin panjang.kalau dahulu ada isterinya untuk men'trim' misai dan jambangnya.kini tidak lagi.

"Sahabat, kalau tuan hamba selamanya begini, orang kampung akan hilang hormat kepada tuan hamba.." tegur sahabatnya.
laksamana hanya senyum sinis.
"Tak mengapa..kalau begitu tempatku diganti kamu.." kata laksamana.
"Sahabat, mungkin dia tidak akan pulang lagi. Dia sudah bergembira di tanah sana. Bersama rakan-rakan yang berkongsi hobinya. Tuan hamba hanya mensia-siakan hidup tuan hamba. Mungkin ini destinasinya." tegur sahabatnya lagi.
"Sukar wahai sahabatku. Kerna dia istimewa. Tak kusangka dia boleh berubah dalam sekelip mata. Pelukan dia yang dahulu milikku kini mungkin menjadi milik orang lain. Vaginanya juga!" kata laksamana.
"Jangan difikir terlalu dalam wahai sahabat. Dia hanya mahu melakukan apa yang dia mahukan. Seperti dibilangnya, tuan hamba terlalu sibuk dengan tanah desa sehingga dia jarang dapat melihat dunia. Hatinya meronta." bilang sahabat akrab dari kecil lagi.
" Dia..dia..dia bilang sanggup berkongsi apa sahaja.(laksamana mengeluh). Cara hidup kami nyata berbeza. Kami memandang pada bintang yang berbeza walapun kiblat kami sama. Kini dia gembira bersama teman-teman lelakinya yang dibilangnya teman biasa. Melakukan hobi yang dikongsi bersama." ujar laksamana sambil menghirup shisha di tangannya.
" Jangan diulangi perangai lama tuan hamba. Tuan hamba tahu apa padahnya. Dan sakitnya. Jangan diulanginya lagi." kata sahabat memerhati laksamana yang kini sudah susut sedikit badannya.
" Mungkin dia sudah lama berada dalam sangkar emas itu. Kufikir dia gembira..nyata aku silap. Dia mahu bersama temannya. Dia mahu bersembang dengan teman-teman lelaki sekolah pondoknya, berkongsi pengalaman gembira mahupun pedihnya. Terlalu sibuk melayan aku hingga tiada masa untuk bercakap dengan orang lain..Tak mengapalah..sudah itu jalan yang dipilihnya. pergi ke tanah besar china..Dia ada hak untuk melakukannya."ujar laksamana panjang lebar.

Laksamana melangkah keluar dari pondok gerai minum yang selalu dilepaknya.

"Tuan hamba mahu ke mana?" tanya sahabatnya.
"Aku mahu tunggu dia di atas bukit sana. Biarlah sampai 4 purnama pun aku akan menunggunya. Jagakan anak-anakku ya!" ujar laksamana.

Sahabatnya hanya mampu menggelengkan kepala melihat tingkah laku laksamana.

simphosia
cyberjaya

No comments: