Tuesday, March 06, 2007

kisah laksamana part 2

di beranda rumahnya..laksamana sedang mengasah parang berkepala singa dihujungnya...diletakkan parang di tepi,diasah pula kerisnya yang bermata naga..

angin sedap sepoi-sepoi bahasa..bintang-bintang seperti disusun aturannya..ada 3 bintang seperti menunjuk kiblat arahnya..umpama bulan purnama cerahnya..

diperhatikan bintang oleh laksamana..dihisapnya shisha..ditemani pula oleh anak-anak yang hensem ikut muka bapa mereka kononnya, mata mengikut ibu mereka pastinya..

dimasuki kamar oleh laksamana..disoroknya senjata di bawah katil berselimut sutera..tiada pula bayang bini chanteknya..baunya ada..duduk di hadapan cermin sambil di oter misai dan janggutnya..

"dinda dengar ada pertarungan di desa pada malam bulan purnama pertama.." ujar bininya berkemban seksi nampak separuh kulit putihnya..rambut dihiasinya bunga melur wangi baunya.
"ya..banjingan itu mencabar kanda..mahu ditakluk desa itu dijadikan wilayahnya.." jawab laksamana tak berbaju sasa badannya.
"apa kanda sudah bersedia? ada lagi berita tentang dinda oleh jejantan desa?" tanya si ayu jelita berkemban mak aih seksinya..
"bersedia atau tidak, kanda kan laksamana..harus menentang penjahat banjingan menceroboh kedamaian desa." tegas laksamana sambil memerhati isterinya yang gebu kulitnya.
"ada dinda..jejantan itu dalam usaha mengirim salam pada dinda.ada yang berani mahu menjaga kedai yang selalu dilawati dinda..semata-mata mahu melihat dari dekat kecantikan dinda..mahu diteliti bentuk badan dinda..ada juga rancangan mahu berkongsi masalah bersama dinda yang kononnya dinda bisa membereskannya..dinda kan pandai bertutur kata dalam bentuk nasihat khususnya.." sambung laksamana sambil berkerut dahinya.
"sabar sahaja kanda.bukankah dinda sudah bilang, dinda kan hak kanda..kanda sahaja mampu merasai semua..kanda sahaja bisa memuaskan nafsu jiwa dinda..kanda harus memikirkan bagaimana mahu mengalahkan pejahat berparut di mata..jangan hilang fokus!" ujar bininya yang duduk di sisi katil sambil tersenyum pada suami tercinta.
"tapi sampai bila harus kanda menahan marah bermuram durja hanya kerana jejantan bernafsu dewa?" tanya laksamana sambil dipegang tangan lembut bininya..
"ini semua dugaan kanda..kanda bilang kanda ada latihan silat panca dewa selepas isyak, apa kanda mahu penambah tenaga?" tanya si jelita sambil sandar pada bahu suaminya..

ditariknya tangan si ayu chantek molek jelita ke kamar mandi bersamanya..dan maka..bermulalah usaha laksamana menambah tenaga..kononnya dibilang seks mampu menambah tenaga..tak tahu sama ada betul kesahihan faktanya..mungkin laksamana dan isterinya dalam usaha menambah anak keempat ataupun kelima..

"bukankah ayahanda ada latihan silat panca dewa wahai abang sulungku?" tanya si adik berbaju coklat kalernya.
"benar..dan ayahanda sedang menambah tenaga dalam usaha menumbangkan banjingan pengacau desa.." jawab abg sulung diperhatikan kamar ibu bapa olehnya..
"sabar..kau akan merasainya bila kau sudah kelak dewasa.." ujar abg sulung sambil menepuk bahu adiknya..

simphosia
cyberjaya

No comments: