Monday, March 12, 2007

kisah laksamana part 3

di hujung pondok rehat itu..laksamana sedang duduk memerhati kedamaian kawasan kampung yang ditugaskan kepadanya..

langit agak mendung..namun penduduk di sini riang gembira menjalankan tugas harian biasa..tidak dihirau kalau-kalau bumi menjatuhkan air matanya..

sedang laksamana melayan angan-angan fantasi seks dia dan isterinya..dia dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda..tergopoh-gapah juga gayanya..

"bini tuan hamba..bini tuan hamba bermukah dengan saudagar macam Chow Yun Fatt mukanya..dalam rumah tuan hamba.." kata pemuda itu termengah-mengah..
Laksamana yang tadi senyuman tidak lekang di muka tersentap jadinya..merah padam mukanya..
"mana tuan hamba dapat berita? tuan hamba mengintai bini hamba ya!" jerkah laksamana..
"hamba..hamba on the way nak pergi ke pasar..nampak saudagar itu masuk ke dalam rumah tuan hamba..gelak ketawa sampai ke luar dengarnya.." jawab pemuda itu sambil disepuk kepalanya oleh laksamana..

laksamana pun terus pulang ke rumahnya..dari luaran tenang sahaja gayanya..dalam hatinya..entahlah..tak dapat dibaca..
benar kata pemuda itu..gelak ketawa mereka sampai keluar dengarnya..laksamana hanya duduk di beranda rumah memasang telinga..sungguh tenang laksamana..

" bila kanda pulang?" tanya si jelita kepada suaminya ketika dia dan temannya keluar dari pintu coklat kaler langsirnya..
"baru sahaja..masih berkocak air dalam tempayan.." jawab laksamana tenang gayanya..
" aku pulang dulu..nanti ketemu lagi ya" ujar saudagar kepada si ayu sambil menyalam tangan laksamana..laksamana tersenyum sahaja..

"kanda..kenapa kanda bermuram sahaja?" tanya bininya lemah lembut gayanya..
"kanda sudah dengar semuanya dinda..akrab sungguh dinda bersamanya..sampai luar dengar kamu berdua gelak ketawa.." ujar suaminya serius nadanya..
"dia hanya teman sahaja..kami berkawan semenjak sekolah pondok lagi..dia datang dari cina..sudah lama tak ketemu dia..kami hanya bercerita..tidak membuat apa-apa.." jawab isteri tercinta laksamana..
"ya,kanda sudah dengar kesemuanya..maka ke negara cina dinda akan menurutnya..mahu meluaskan pengalaman dan pengetahuan dinda kata kepadanya bukan?" kata laksamana sambil memandang ke arah tingkap menahan marah rasanya..
"itu hanya rancangan sahaja..kanda terlalu sibuk menjaga desa..dinda sudah muak melihat benda yang sama..dinda hanya mengikutnya..tidak akan buat apa-apa..hanya ronda-ronda sahaja..kan melancong dan bergambar itu hobi dinda..kanda tahu itu bukan..? bukannya lama..hanya 2 purnama.." ujar isterinya mengusap badan lakinya..
"ya..dulu dinda tidak begini..kenapa tiba-tiba? kerana bosan melihat desa? dinda tidak boleh sabar menunggu kanda? kenapa dia?" tanya laksamana ditolak tangan isterinya..
isterinya hanya diam sahaja..
"baiklah..dinda pergilah bersamanya..mahu melancong ya..pergilah..mungkin itu kegembiraan yang dikejar dinda..maaf kanda bukan sepertinya..mempunyai masa untuk bersama.." ujar laksamana sambil keluar dari kamar tidurnya..
"sementara dinda bergembira..kanda akan bertapa di gunung hujung sana..sudah tamat 2 purnama..kanda akan pulang..pulang menanti dinda kembali dari negara cina..anak-anak boleh ditinggalkan di rumah bonda.." ujar laksamana keluar pula dari rumahnya..
isterinya hanya diam duduk di beranda..

haih..mengeluh laksamana..tidak tahu apa di hatinya...

kenapa dan kenapa itu sahaja yang keluar dari mulut laksamana..

simphosia
cyberjaya

No comments: