Thursday, November 30, 2006

lain dunia

















benar..
secara tersuratnya..
dia katakan dia mendoakan kegembiraan untuk aku
malah kebahagiaan aku..
namun..
secara tersiratnya..
dia tak sanggup melihat aku gembira..
sakit katanya..
kenapa ya?
mungkin kita berlainan dunia
kerna di dunia kamu, akulah protagonisnya..
tapi di dunia aku..kau biasa-biasa sahaja..
mungkin kerna aku terlalu menghormati kamu,
yang pernah menjengah dalam hidupku..
ibu terlebih awal menyelimutkan hati aku dengan selimut "cantik"..
maka bahasa yang digunakan masih berlapik..
buat kamu yang satu ketika dahulu aku anggap "menarik"..

simphosia
cyberjaya

Tuesday, November 28, 2006

what's love?

















love is subjective..
love is how the person that you love care about you and appreciate you..how the person shows her love towards you..dats love..
love is her..

Monday, November 27, 2006

crap..



















"i dont come here to hear about how horse dead eating cows fat"

means..

I dont come here to listen to you telling crap...

Sunday, November 26, 2006

an an an..?




















jangan pernah lari dari soalan
kerana ada orang mahukan jawapan
setiap orang punya pandangan
atau kau sendiri yang takut pada bayangan?

an an an..?

sungguh berliku satu perjalanan kehidupan
sungguh banyak ujian diturunkan
tak campur lagi godaan iblis dan syaitan
namun Al-Quran itu harus dijadikan panduan
moga kita dekat dengan tuhan..

an an an..?

setiap orang punya cara pergaulan
sudah banyak pergaulan telah diri aku libatkan
mahu tahu apa yang menyakitkan?
pabila terlibat dalam satu pergaulan dan percakapan
yang melibatkan harta dan kebendaan
terasa seperti diperkecilkan
mereka ini buat aku hairan dan
tak diendahkan
aku ini insan serba kesederhanaan
bak kata seorang "teman"
no evo no gucci no impreza no fendi tak "cool" la kan? -keluhan
ada apa pada kebendaan
jika perangai seperti disampuk syaitan..

an an an..?

aku baru dpt sms dr seorang kawan
minta attendance disignkan
tarahal punya kawan
janji ko blanje aku minum dan makan..

an an an..?

jangan anggap puisi ini satu sindiran
mungkin ini satu luahan
atau bahan yang boleh diketawakan..
aku kurang pasti apa yang aku tuliskan
namun ini sahaja dapat aku sampaikan..

an an an..?

p/s: sometimes it's a good hurts..

Tuesday, November 21, 2006

fakta nyata




















fakta nyata bebas ragu
sungguh aku cinta kamu..

Monday, November 20, 2006

hari jadi etieqa - 18/11

















bak kata sang pujangga,
hari jadi ini bukanlah sekadar bunga,
bukan sekadar suara,kerana,
ia harum dari bunga, nyaring dari suara.

etieqa,
hidup ini penuh pementasan dan drama
jika teman kau bilang hidup ini drama
maka kau ciptalah sebuah sketsa
di mana kau pelakonnya, pengarahnya
dan kau jugalah raja
kami di sini hulubalang setia melindungi raja yang dikasihi
memang..
memang ada mata jahat memerhati
maka raja itu kami lindungi
semperna menyambut seseorang insan istimewa yang dirai.

etieqa,
semperna hari jadi kau ini
hanya nasihat dapat aku beri
sentiasa beringat kau masih punya tuhan yang dikasihi
ujian yang turun bukan bermaksud kau dimurkai
malah kau disayangi
masih tetap ada rakan-rakan yang disayangi..(jgn lupa family)
menghargai pertolongan yang telah kau beri
maka persahabatan ini amat dihargai

etieqa,
semperna hari jadi ke 20 ini
tiada kata secantik bahasa dapat aku beri
kau tetap aku hargai dan
kami ingati..
tiada kata pujangga malah berseni
dapat aku halusi..-bingung
kerna persahabatan yang tulus telah kau hadiahi

SELAMAT HARI JADI
kepada Etieqa Syahri Idrus yang dirai.

munkyprettyugly
cyberjaya
18/11

Sunday, November 19, 2006

racun













selamba kau racun orang
yang kau rasa kau boleh makan.

-neves-

kau bilang seperti tiada apa yang berlaku
kau kata kau kenal aku dan mengerti hidup aku
aku ulang sekali lagi..
family,gf serta kawan-kawan itulah hidup aku
salah satu kau ganggu
maka kau kacau hidup aku..

senang sahaja wahai manusia..
jika kau janji tak ganggu mereka lagi
aku berhenti menulis puisi yang kau terasa keji..
itu satu sumpah
satu sumpah pantang dipunggah

p/s:
minggu ni aku dapat komen tentang coretan yang taip..n ya aku tau pasti ada yang terkena dan terasa..ingin aku jelaskan..puisi yang dihasilkan bukan untuk ditujukan utk seseorang..ianya dihasilkan atas rasa derita dengan apa yang telah aku lalui..n maksud aku semua orang yang pernah buat aku derita..bukan untuk seseorang..maaf jika aku kurang ajar..puisi dihasilkan daripada rasa..perasaan..jika terasa..maaf..bukan kau seorang yang terasa..n ya aku pun tak ingin kau terasa..siapa kau? fikirkan sendiri..aku tidak nyatakan nama sesiapa di sini..maka skopnya luas..

Friday, November 17, 2006

kufurnya manusia itu.















jika kau ada rasa bersalah padanya
lebih baik kau berdiam diri sahaja
tidak perlu ada rasa tersindir malah terasa
kau tidak sepatutnya mengharapkan "cahaya"
ketika kau tersungkur tidak bermaya
ingat!
kau masih punya tuhan yang Maha Esa

jangan terlalu kufur
kelak kau juga tersungkur.

Thursday, November 16, 2006

diari














di mana keistimewaannya jika semua dilayan sama rata.

ada benda aku tak tahu

dan mungkin aku x mahu tahu
dan mungkin juga aku tak perlu tahu.

jika ini aku punya diari

maka banyak harus aku isi
kerana kurangnya interaksi.

p/s: mungkin tiba masa aku hasilkan puisi happy?

Wednesday, November 15, 2006

jawapan aku.( kepada sesapa PERNAH menjengah di hidup aku)




















kau bilang aku kejam..?
tenang..ko masih belum aku rejam..
kau kata aku jahat..?
aku rasa perangai kau lagi bangsat..
kau cakap aku zalim..?
macam lah kau alim..

kau tanya macam mana aku boleh sembuh secepat ini?
kerna aku jadi diri sendiri
tidak mengharap simpati sana sini
aku tak kacau kau punya kawan mahupun family
namun..
aku mahu berterima kasih..
kerna kau..
aku berpijak di atas kaki sendiri.

Tuesday, November 14, 2006

penindas terpintar..yang ditindas terlantar















"harta kita tak seberapa
yang hanyut tak terkira.
kita juga manusia
minta sedikit timbang rasa."

"mereka yang enak dan senang
tidak pernah merasa ini semua
cuba fikir agak seketika
kalau tuan kena,apa rasa? "

-a samad said-

Monday, November 13, 2006

orang.















ada orang tak senang..
bila senyuman kita tak lekang..
bila kita dah susah..
dia lagi nak tambah masalah.

p/s: maaf jika bahasa kurang ajar.cuma meluahkan rasa kurang senang.

mana silapnya?















mana silapnya..
jika bahasa mudah tak difahami
mana silapnya..
jika bahasa indah dicaci
mana silapnya..
jika pemikiran tak tinggi..
mana silapnya..
jika bahasa sendiri tak didalami..
mungkin bahasa penjajah lebih dimengerti..

not a good monday














"bad monday will lead to a long bad week"

-bart ahmad-

Sunday, November 12, 2006

pendusta bertauliah




















kau pendusta bertauliah
malah kau pemberi masalah
sampai ke terminal cerita pasal aku kau luah
aku benci kau wahai pemberi masalah.

Wednesday, November 08, 2006

sambungan kelabu





















"kadangkala x semua perkara dapat dikongsi bersama. namun apa yang ada dalam kepala sebenarnya dapat dibaca dari pandangan mata atau riak muka yang kadangkala x kena dengan majlis yang sebegini indah adanya..."


Tuesday, November 07, 2006

kelabu.















masih ragu?
aku pun tak tahu..
yang aku tahu masih ada yang kelabu.

Monday, November 06, 2006

perhatian..





















hey kau!
ya..kau!
sila beri perhatian..
kau dalam pemerhatian..
pandai kau cari simpati aku punya kawan-kawan..
pada aku..
kau ini manusia bertopengkan SYAITAN.

sampah














ya..yeah
dia pernah SINGGAH
dia pernah menjengah
tapi pada aku..
dia tak ubah seperti SAMPAH..

ter..ter...














"kau lebih dapat bertenang sebenarnya.
kau terlalu bersembunyi sebenarnya.
terkadang kurasa kau seperti sentiasa malam - malam yang amat gelita
ter..terlalu rahsia.."

-muhairi-

kemuncak














kemuncak itu bertingkat-tingkat
banyak tangga perlu dipanjat
masih mencari jalan agar kita bisa terikat....

Sunday, November 05, 2006

syawal tiba lagi

genap sebulan kita berpuasa
menahan lapar,nafsu serta dahaga
ibadah dilaksana tidak kira masa
dan kini syawal pula menjelang tiba.

sebulan ramadhan kita hadapi
melakukan ibadah tidak kira malam pagi
melawan nafsu sehangat api
dan kini syawal tiba lagi

kedengaran suara kanak-kanak bersuka ria
menyambut kedatangan syawal menjelma
berdentam dentum bunyi mercun bersuara
ye..ye esok hari raya!
suara kanak-kanak riang ria juga ketawa

syawal tiba lagi
sembahyang raya tidak dilupai
dituruti bermaaf-maafan sesama keluarga yang dikasihi
menziarahi pusara mereka yang telah pergi

syawal tiba lagi
menemani hati yang kadang kala sunyi
syawal tiba lagi
syahdu mendengar takbir di syawal ini..