Sunday, December 31, 2006

lani..jomblo


"dia belom pernah secantik hari ini"
-agus-

simphosia
cyberjaya

Thursday, December 28, 2006

jomblo

Film ini bercerita tentang proses pencarian cinta dari 4 pemuda lajang yang tinggal dan kuliah di Bandung. Cerita mengenai cinta, komitmen atas cinta itu sendiri, mempertanyakan cinta dan tanggung jawab terhadap cinta. Dikemas dalam komedi drama tanpa ada banyolan konyol atau jokes yang memancing orang tertawa. Komedi disini lebih pada menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya tanpa disengaja.

Keempat lelaki jomblo tersebut adalah: Agus, Doni, Olip (Olifiyan), dan Bimo. Keempatnya adalah mahasiswa perguruan tinggi UNB di kota Bandung. Mereka satu angkatan, satu jurusan di Teknik Sipil. Agus dikenal sangat idealis dalam mencari perempuan. Dalam kamus Agus, pacaran adalah untuk menikah dan memiliki rumah tangga ideal. Calon istri harus punya sifat keibuan

Doni dikenal sangat playboy dan sangat pragmatis dalam berpikir soal perempuan. Seks, seks dan seks menjadi kata penting dalam hubungan pacaran. Bagusnya, Doni memang mudah menaklukkan cewek. Kepada Doni-lah, Olip belajar cara menaklukkan cewek. Termasuk menundukkan hati Asri. Asri adalah pujaan hati Olip. Selama tiga tahun Olip hanya bisa memendam cinta tanpa pernah sanggup mengungkapkannya

Sementara Bimo, ia sadar diri bahwa ia tak punya modal fisik menaklukkan hati cewek. Bahkan ketika kopi darat dengan Febi, Febi malah cuek dan pura-pura tak mengenalnya. Padahal keduanya janjian bertemu, dan jelas-jelas Febi mengenakan sweeter dengan namanya.

Dari sinilah petualangan-petualangan keempat sahabat itu dimulai.

5 Tips Dari Para JOMBLO Dalam Mencari Pasangan:
1. Kalo Cari Cewe yang Baik, yang keibuan
2. Ramah senyum, tapi nggak perlu senyum sama cewe yang sudah punya gandengan
3. Hati – hati suara di telepon bias menipu
4. Nggak usah safe sex, Safe Sex….!! Cari pacar aja susahnya minta Ampuuunnnn…
5. Jangan pernah nerima tips “Mencari Pasangan” dari para JOMBLO…Pasangan aja gak punya, mau ngasih – ngasih tips lagi !


Pada pendapat aku..jalan cerita ini adalah ringan dan mudah difahami. Jalan cerita yang banyak mengisahkan kehidupan para remaja di mana masih di paras pemikiran mahu mencuba semua benda. Ada di kalangan mereka yang sudah matang pemikirannya dan tahu batasnya. Penamat jalan cerita ini mungkin menimbulkan sedikit rasa kekeliruan tapi mungkin itu kelainannya.

Adakala terlintas di fikiran..bagaimana jika jalan cerita itu diubah..?
Bagaimana jika Agus memilih Lani bukan Rita?
Bagaimana pula jika tempat Lani diambil alih oleh Rita dan sebaliknya?
Adakah penamatnya masih sama?


simphosia
cyberjaya

Wednesday, December 27, 2006

sekitar 2006.



gambar2 sekitar 2006. ada yang takde dalam gambar.nanti aku update lagi.terima kaseh.

simphosia
cyberjaya

tahun lama dan baru..

Selang beberapa hari sahaja lagi, 2007 akan menjengah dan 2006 akan melabuhkan tirainya..banyak kisah suka duka terjadi dan dapat dikongsi..dan mungkin ada yang lebih elok disimpan sendiri..

2006 banyak meninggalkan kenangan.dan pada aku, kenangan itu membuat aku menjadi lebih dewasa..hidup ada turun naiknya..kawan ada datang dan pergi..perempuan? ya..ada juga datang dan pergi.

dari mana harus aku bermula?

tahun 2006 sebenarnya membuatkan aku lebih rapat dengan kakak aku..di awal semester..aku menumpang di rumahnya..sejujurnya,aku gembira ketika berada di sana..banyak kenalan serta pengalaman yang aku dapat..kerna kakak,aku kenal dengan bebudak parking project,ise khususnya.ya dia sangat kreatif orangnya.kerna kakak juga,aku menambah kenalan serta mengenali lebih rapat dengan kawan2 nya.bart,nazri,imran,kak anim,kak jesse,pijoe,awie,pak ngah,nasrul,pae,kak dea..terlalu ramai untuk disebut..mereka membuatkan aku menjadi seorang yang lebih matang.kerna kakak jugaklah..aku dapat melepak dengan neves,ad samad semua..insan2 seni..ouh ya..tak lupa..m nasir..idola kakak..hahaha..dapat tgk spider buat recording..terima kasih kepada kak alliyah khususnya..kakak jugak menjadi orang yang bertanggungjawab bawak aku ke konsert2..huhu..konsert sheila on 7 byk bawak kenangan pada aku..hehe..aku dan kakak banyak berkongsi rahsia bersama..dia sangat supportive..aku harap dia bisa ketemu jodoh nanti..haha..bila lagi dapat bertemu jojie ya kak? reza n piyu? kakak hutang membawa aku lepak dengan GIGI dan PADI..she s the best sister in the world! ingat lagi masa kami tgk world cup bersama di craven di mana memasing sampai panjat kerusi bila team kitorg score..dats the best time!

kawan-kawan? kawan-kawan sentiasa ada bersama..kalau diikutkan,aku terhutang budi dengan kawan-kawan aku..mereka banyak membantu aku..dari segi pelajaran mahupun kewangan..mereka jugalah yang ada ketika aku berduka..masih ingat di mana efry begitu berusaha membuat aku happy..tak lupa juga apai..haha..bawak pi gallery,pastu belanje tengok wayang sumer...korang memang sahabat sejati..tak lupa buat paan yang banyak membantu aku dalam pembelajaran..kau memang dewa ar paan!!bebudak jahat yang sangat cool..Khir,Hezi,chingy,bk,amen,haza,man,bob,copo orell n da geng sumer begitu sempoi..banyak mewarnai episod di tahun 2006.aku juga dapat menambah kenalan baru.Faiz..Mas..rumet aku yang kuat tido..hahaha..open house umah apai memang da bomb ar! aku jumpe kawan2 aku balik..sembang2..huhuhu

2006 juga menyaksikan aku mengenali seorang teman..teman sejati..yup yup..etieqa..kawan baik aku..damn she s a nice friend n good listener..kenal time camping..balik dr camping terus rapat..huhu..dialah tempat aku mengadu..dia jugak banyak tolong aku buat assignment..bila kenal tqa..aku kenal ili..reem..uchop..fezi..amirul..baik ngan amir..dapat kenal heidi n sean..farah..wanie..x lupa juga ili liyana..huhu..lagi besar circle of friends aku..

study? oklah...ada naik turun..setakat ni aku masih lagi leh bawak..cume stress giler bila assignment bertimbun...semua classmate aku mcm tu jugak kot..duit byk habis..rejection perkara biasa...every week kena ubah kot benda2 yang aku dah buat..pergh! sakit kepala..

cinta? hmm..2006 banyak menyaksikan episod suka duka..tutup buka lama buka buku baru...
yeah..hubungan aku n irda cuma bertahan selama 13 bulan...lama gak tuh..mungkin salah aku x pandai jaga relationship tu..bila problem jadi,ianya salah kedua2 pihak..mungkin tiada tolak ansur n persefahaman menyaksikan hubungan ni x lama..anyway,she s a nice girl..honestly..dia sangat baik..perhaps she deserved someone better..its not an excuse..memang realiti..dia perlukan seorang yang lagi baik dari aku..banyak kisah n cerita after kitorang break..heh..biasalah..but somehow, aku x marah..just kecewa..anyway..the last day we met was totally a sweet memory..although ada part sedeh n scene nangis..its still memorable..to irda, if u think some of my previous post about u..actually, it s not about u..some of the posts are about my friend's life..but if sorry is what u want..dan secara ikhlasnya..dalam post kali ni..i wanna say sorry if i ever hurt u..minta maaf..jujur dan ikhlas...tq 4 da memorable one year...

tahun 2006 juga menyaksikan perkenalan aku dan shima..aku still ingat kali pertama aku jumpa dia..damn she s hot..haha..shima banyak membawa perubahan dalam hidup aku..she brings me to a new world..dia banyak mewarnai hidup aku..tq a lot baby...aku still ingat masa dia minta couple..pergh! speechless...kluang station menjadi saksi...n the cake was so sweet baby! hahaha...aku tahu masih terlalu awal untuk berbicara tentang ini..tapi aku akan cuba membaiki kesilapan yang lepas agar relationship kali ini berjaya...InsyaAllah..

2006 juga menyaksikan pemergian arwah Amin dan Irna..Al Fatihah..

kita ingat, kita lupa..
kita simpan, kita buang..
mungkin itu adat resam kehidupan...
2006 yang banyak episod dan kenangan..

Friday, December 22, 2006

kini dan akan datang..


So line by line I write this down
and I'm just trying to find the end


catatan ringkas 2006..
bersama dia..
bersama kamu..
bersama mereka..
akan datang!

simphosia
cyberjaya

Thursday, December 21, 2006

understatement..




Take your jealous heart and cast it into stone

simphosia
cyberjaya

Wednesday, December 20, 2006

magik..


i think i need a miracle to make it through..

simphosia
cyberjaya


Monday, December 18, 2006

bakal tiba..


"sering kita berjabat tangan
mengapa tak juga berkenalan?"
-a samad said-

simphosia
cyberjaya

Thursday, December 14, 2006

bangsa kutu


apa yang kau tahu tentang aku?!
kau bukannya kenal aku..
jangan fikir kau punya banyak pengalaman lalu
kau aku anggap mahaguru
kau bukan tuhan untuk menilai apa yang akan berlaku..

memang aku bangsa berkerut
apa lagi kau nak mencarut?!

harus lalui sebelum berkata sesuatu
tapi tak bermakna aku kutu.

simphosia
cyberjaya

aku rasa..macam neraka


kadang kala..
ada cerita kita berkongsi skrip hanya berdua
bukan bertiga!
haih..
kerja macam neraka

simphosia
cyberjaya

Tuesday, December 12, 2006

satu tanya


masih mencari sejentik idea realistik
mungkin perlu berehat dan menunggu hati terdetik
agar objek menjadi subjek
dan subjek menjadi cantek
seperti irama melankolik angelik.

tiada kasut putih
tiada bulan
tiada pelangi
tiada terowong
hanya melankolik angelik.

mahu lari dari bayangan penulis munafik.

simphosia
cyberjaya

Sunday, December 10, 2006

selamat hari jadi apai.


apai,
angka umurmu sudah meningkat lagi satu
namun kau tetap akan aku hormati seperti abangku
terima kasih atas segala nasihat dan tunjuk ajarmu
selamat hari jadi buat sahabat
yang kepalanya lebih gila dari aku..
happy birthday apai!

simphosia
cyberjaya
11/12

Wednesday, December 06, 2006

filosopi kopi


"kopi ni dah tak sesedap dulu.."

simphosia
cyberjaya

Tuesday, December 05, 2006

hak siapa?


tiada kompromi,tiada kontrovesi.
tak mustahil,tapi aku musyhkil.
hak milik siapa sekarang ni?!

simphosia
cyberjaya


Monday, December 04, 2006

jangan begitu..


"Kehidupan akan menjadikan segala yang kau cintai sebagai tawanan.

Dan kau akan menyerah pada segala ugutan kehidupan.

Justeru, kau tidak boleh TERLALU menyintai sesuatu itu.

Kecualilah kau bersedia hadapi kecewa."

-ad samad-

rasa..

"apa tuan rasa jika sebuah diari lengkap berisi konon ungkapan isi hati tapi sebenarnya tak bermakna secara 'physically'..?"

munkyprettyugly
cyberjaya

Sunday, December 03, 2006

diari II

















jadi terlalu bijak pandai kadangkala tak berguna juga..
bila tak mampu mengubah apa-apa..

ada benda aku nk sgt tahu
aku tak tahu apa benda yang aku perlu tahu
tapi aku tak tahu macam mana nak tahu benda yang aku patut tahu
tapi aku nak tahu!
iri hati pula bila orang lain yang lagi tahu menahu
sedangkan aku tercegat berdiri tak tahu benda aku nak tahu
rasa tak berguna..
mana silapnya bila orang lain lagi tahu benda yang sepatutnya aku tahu?
haih..

interaksi harus diperbaiki
jika mahu ia berisi
agar lengkap sebuah diari

munkyprettyugly
cyberjaya

suku keempat..




















tiada tersurat
bukan tersirat
apa yang aku dapat..
hanya sekeping surat..
atau sebuah bingkai berkulat
mungkin sebuah kereta berkilat...
semuanya pun tak sependapat..

Friday, December 01, 2006

badut.













"badut pakai topeng kerna orang gaya kamu.."
"kenapa orang gaya aku?"
"kerna orang seperti kamu tak percaya manusia bisa baik antara satu sama lain..badut cuma mahu menghiburkan..tapi supaya dipercaya..harus pakai topeng yang lucu dulu.."

-petikan filem vina bilang cinta-

Thursday, November 30, 2006

lain dunia

















benar..
secara tersuratnya..
dia katakan dia mendoakan kegembiraan untuk aku
malah kebahagiaan aku..
namun..
secara tersiratnya..
dia tak sanggup melihat aku gembira..
sakit katanya..
kenapa ya?
mungkin kita berlainan dunia
kerna di dunia kamu, akulah protagonisnya..
tapi di dunia aku..kau biasa-biasa sahaja..
mungkin kerna aku terlalu menghormati kamu,
yang pernah menjengah dalam hidupku..
ibu terlebih awal menyelimutkan hati aku dengan selimut "cantik"..
maka bahasa yang digunakan masih berlapik..
buat kamu yang satu ketika dahulu aku anggap "menarik"..

simphosia
cyberjaya

Tuesday, November 28, 2006

what's love?

















love is subjective..
love is how the person that you love care about you and appreciate you..how the person shows her love towards you..dats love..
love is her..

Monday, November 27, 2006

crap..



















"i dont come here to hear about how horse dead eating cows fat"

means..

I dont come here to listen to you telling crap...

Sunday, November 26, 2006

an an an..?




















jangan pernah lari dari soalan
kerana ada orang mahukan jawapan
setiap orang punya pandangan
atau kau sendiri yang takut pada bayangan?

an an an..?

sungguh berliku satu perjalanan kehidupan
sungguh banyak ujian diturunkan
tak campur lagi godaan iblis dan syaitan
namun Al-Quran itu harus dijadikan panduan
moga kita dekat dengan tuhan..

an an an..?

setiap orang punya cara pergaulan
sudah banyak pergaulan telah diri aku libatkan
mahu tahu apa yang menyakitkan?
pabila terlibat dalam satu pergaulan dan percakapan
yang melibatkan harta dan kebendaan
terasa seperti diperkecilkan
mereka ini buat aku hairan dan
tak diendahkan
aku ini insan serba kesederhanaan
bak kata seorang "teman"
no evo no gucci no impreza no fendi tak "cool" la kan? -keluhan
ada apa pada kebendaan
jika perangai seperti disampuk syaitan..

an an an..?

aku baru dpt sms dr seorang kawan
minta attendance disignkan
tarahal punya kawan
janji ko blanje aku minum dan makan..

an an an..?

jangan anggap puisi ini satu sindiran
mungkin ini satu luahan
atau bahan yang boleh diketawakan..
aku kurang pasti apa yang aku tuliskan
namun ini sahaja dapat aku sampaikan..

an an an..?

p/s: sometimes it's a good hurts..

Tuesday, November 21, 2006

fakta nyata




















fakta nyata bebas ragu
sungguh aku cinta kamu..

Monday, November 20, 2006

hari jadi etieqa - 18/11

















bak kata sang pujangga,
hari jadi ini bukanlah sekadar bunga,
bukan sekadar suara,kerana,
ia harum dari bunga, nyaring dari suara.

etieqa,
hidup ini penuh pementasan dan drama
jika teman kau bilang hidup ini drama
maka kau ciptalah sebuah sketsa
di mana kau pelakonnya, pengarahnya
dan kau jugalah raja
kami di sini hulubalang setia melindungi raja yang dikasihi
memang..
memang ada mata jahat memerhati
maka raja itu kami lindungi
semperna menyambut seseorang insan istimewa yang dirai.

etieqa,
semperna hari jadi kau ini
hanya nasihat dapat aku beri
sentiasa beringat kau masih punya tuhan yang dikasihi
ujian yang turun bukan bermaksud kau dimurkai
malah kau disayangi
masih tetap ada rakan-rakan yang disayangi..(jgn lupa family)
menghargai pertolongan yang telah kau beri
maka persahabatan ini amat dihargai

etieqa,
semperna hari jadi ke 20 ini
tiada kata secantik bahasa dapat aku beri
kau tetap aku hargai dan
kami ingati..
tiada kata pujangga malah berseni
dapat aku halusi..-bingung
kerna persahabatan yang tulus telah kau hadiahi

SELAMAT HARI JADI
kepada Etieqa Syahri Idrus yang dirai.

munkyprettyugly
cyberjaya
18/11

Sunday, November 19, 2006

racun













selamba kau racun orang
yang kau rasa kau boleh makan.

-neves-

kau bilang seperti tiada apa yang berlaku
kau kata kau kenal aku dan mengerti hidup aku
aku ulang sekali lagi..
family,gf serta kawan-kawan itulah hidup aku
salah satu kau ganggu
maka kau kacau hidup aku..

senang sahaja wahai manusia..
jika kau janji tak ganggu mereka lagi
aku berhenti menulis puisi yang kau terasa keji..
itu satu sumpah
satu sumpah pantang dipunggah

p/s:
minggu ni aku dapat komen tentang coretan yang taip..n ya aku tau pasti ada yang terkena dan terasa..ingin aku jelaskan..puisi yang dihasilkan bukan untuk ditujukan utk seseorang..ianya dihasilkan atas rasa derita dengan apa yang telah aku lalui..n maksud aku semua orang yang pernah buat aku derita..bukan untuk seseorang..maaf jika aku kurang ajar..puisi dihasilkan daripada rasa..perasaan..jika terasa..maaf..bukan kau seorang yang terasa..n ya aku pun tak ingin kau terasa..siapa kau? fikirkan sendiri..aku tidak nyatakan nama sesiapa di sini..maka skopnya luas..

Friday, November 17, 2006

kufurnya manusia itu.















jika kau ada rasa bersalah padanya
lebih baik kau berdiam diri sahaja
tidak perlu ada rasa tersindir malah terasa
kau tidak sepatutnya mengharapkan "cahaya"
ketika kau tersungkur tidak bermaya
ingat!
kau masih punya tuhan yang Maha Esa

jangan terlalu kufur
kelak kau juga tersungkur.

Thursday, November 16, 2006

diari














di mana keistimewaannya jika semua dilayan sama rata.

ada benda aku tak tahu

dan mungkin aku x mahu tahu
dan mungkin juga aku tak perlu tahu.

jika ini aku punya diari

maka banyak harus aku isi
kerana kurangnya interaksi.

p/s: mungkin tiba masa aku hasilkan puisi happy?

Wednesday, November 15, 2006

jawapan aku.( kepada sesapa PERNAH menjengah di hidup aku)




















kau bilang aku kejam..?
tenang..ko masih belum aku rejam..
kau kata aku jahat..?
aku rasa perangai kau lagi bangsat..
kau cakap aku zalim..?
macam lah kau alim..

kau tanya macam mana aku boleh sembuh secepat ini?
kerna aku jadi diri sendiri
tidak mengharap simpati sana sini
aku tak kacau kau punya kawan mahupun family
namun..
aku mahu berterima kasih..
kerna kau..
aku berpijak di atas kaki sendiri.

Tuesday, November 14, 2006

penindas terpintar..yang ditindas terlantar















"harta kita tak seberapa
yang hanyut tak terkira.
kita juga manusia
minta sedikit timbang rasa."

"mereka yang enak dan senang
tidak pernah merasa ini semua
cuba fikir agak seketika
kalau tuan kena,apa rasa? "

-a samad said-

Monday, November 13, 2006

orang.















ada orang tak senang..
bila senyuman kita tak lekang..
bila kita dah susah..
dia lagi nak tambah masalah.

p/s: maaf jika bahasa kurang ajar.cuma meluahkan rasa kurang senang.

mana silapnya?















mana silapnya..
jika bahasa mudah tak difahami
mana silapnya..
jika bahasa indah dicaci
mana silapnya..
jika pemikiran tak tinggi..
mana silapnya..
jika bahasa sendiri tak didalami..
mungkin bahasa penjajah lebih dimengerti..

not a good monday














"bad monday will lead to a long bad week"

-bart ahmad-

Sunday, November 12, 2006

pendusta bertauliah




















kau pendusta bertauliah
malah kau pemberi masalah
sampai ke terminal cerita pasal aku kau luah
aku benci kau wahai pemberi masalah.

Wednesday, November 08, 2006

sambungan kelabu





















"kadangkala x semua perkara dapat dikongsi bersama. namun apa yang ada dalam kepala sebenarnya dapat dibaca dari pandangan mata atau riak muka yang kadangkala x kena dengan majlis yang sebegini indah adanya..."


Tuesday, November 07, 2006

kelabu.















masih ragu?
aku pun tak tahu..
yang aku tahu masih ada yang kelabu.

Monday, November 06, 2006

perhatian..





















hey kau!
ya..kau!
sila beri perhatian..
kau dalam pemerhatian..
pandai kau cari simpati aku punya kawan-kawan..
pada aku..
kau ini manusia bertopengkan SYAITAN.

sampah














ya..yeah
dia pernah SINGGAH
dia pernah menjengah
tapi pada aku..
dia tak ubah seperti SAMPAH..

ter..ter...














"kau lebih dapat bertenang sebenarnya.
kau terlalu bersembunyi sebenarnya.
terkadang kurasa kau seperti sentiasa malam - malam yang amat gelita
ter..terlalu rahsia.."

-muhairi-

kemuncak














kemuncak itu bertingkat-tingkat
banyak tangga perlu dipanjat
masih mencari jalan agar kita bisa terikat....

Sunday, November 05, 2006

syawal tiba lagi

genap sebulan kita berpuasa
menahan lapar,nafsu serta dahaga
ibadah dilaksana tidak kira masa
dan kini syawal pula menjelang tiba.

sebulan ramadhan kita hadapi
melakukan ibadah tidak kira malam pagi
melawan nafsu sehangat api
dan kini syawal tiba lagi

kedengaran suara kanak-kanak bersuka ria
menyambut kedatangan syawal menjelma
berdentam dentum bunyi mercun bersuara
ye..ye esok hari raya!
suara kanak-kanak riang ria juga ketawa

syawal tiba lagi
sembahyang raya tidak dilupai
dituruti bermaaf-maafan sesama keluarga yang dikasihi
menziarahi pusara mereka yang telah pergi

syawal tiba lagi
menemani hati yang kadang kala sunyi
syawal tiba lagi
syahdu mendengar takbir di syawal ini..

Saturday, October 14, 2006

uh huh




















setiap ada kamu
mengapa jantungku berdetar lebih kencang...

slamber...aku suke...huhuhu

masa untuk berubah..

bagaimana harus bermula? hurmm...aku x tahu mcm mana nak buat ayat yang sedap sebagai pembuka bicara..seminggu dua ni..aku rasa sungguh happy actually..x penah2 aku rasa sehappy ini..aku leh buat ape aku ske..lepak mana aku suke..tanpa ada kawalan dari orang tertentu..yeah..tapi dlm happy sure ada rasa sedeh kan? x tau kenapa..cume aku tak senang dengan keadaan orang nk tahu kenapa aku leh happy secepat ini? aku dh cakap banyak kali dah..aku x ske tunjuk rasa sedeh aku kat orang, sbb aku ni ske menghappykan orang..sangat menyedehkan bila orang x paham bahasa ibunda nih..x perlu kot bila terjadi masalah antara dua pihak..maka nk dikaitkan dengan orang lain..x perlu campur tangan dari orang lain rasanya..ntah la..pada aku..benda dah jadi..jadi lah..tak perlu la nk dibesarkan masalahnya..aku ada life aku..ko ada life ko..kite ada jalan memasing..ada eloknya aku ckp bahasa baik dahulu..kerna satu ketika aku pernah hormat sama ko..aku berikan keistimewaan..jangan disebabkan aku happy n life aku yang mcm ni..ko ingat aku ini kutu..jangan kerna hanya satu kesilapan..maka terhapus semua perkara yang pernah suatu ketika indah..aku masih boleh berbicara dalam bahasa ibunda yang agak manis alunannya..jangan sampai aku rosakkan bahasa ibunda dengan menggunakan bahasa penjajah kerna terlalu marah...jangan kacau hidup aku kerna aku tak kacau hidup ko!

Friday, October 13, 2006

mereka















a singer and 3 tormented handsome musicians.

Thursday, October 12, 2006

dia atau dear?




















bila rindu menjadi selimut
maka saya akan mimpi kamu
dan pasti di pagi hari nanti
saya akan tersenyum teringatkan kamu..

terima kasih "gembira"

Sunday, October 08, 2006

"wajah" duka, "wajah" gembira

" kewarasan realiti mempunyai rasionaliti dan ambiguiti yang khusus, sementara kewarasan seni pula mengandungi batini. dan rahsia sedemikian hanya dapat dihayati oleh seseorang yang telah tersedia bekalan pengalaman dan pengetahuannya. maklumlah, seni tidak saja memberikan wajah, tapi juga mengondong hemah, dan keistimewaan ini memerlukan gunung pengetahuan dan laut pengalaman seseorang seniman terlebih dahulu"

-simposia-

" setiap generasi penulis mempunyai keterbatasan dan kelebihannya, ditentukan oleh pengaruh lingkungan, pendidikan dan gelora zamannya. kami telah dididik oleh hemah guru dan santun keluarga yang sentiasa mengagumi kesederhanaan. kami beransur menjadi seniman penyegan, mungkin "penakut". lazimnya, ibu bapa kami sendiri yang lebih awal bantu menabirkan dulu perlakuan "buruk" dengan selimut "cantik"...."

-a.samad said-

wajah duka (dahulu)

tiada terkira betapa sedihnya rasa hati
ini bukan yang pertama kalinya...
masih ku sendiri di sini...

-ruang legar-

wajah gembira (kini)

suaramu sejelas mimpiku yang semalam
bagaikan baru sekejap tadi kita bersama
dan telah kunanti saat ini
pada saat mula bersua dua jiwa
tiada lagi rasa sunyi sepi
kerna kini ku tahu kau sentiasa di sisi...

-sirna-

ya..mungkin coretan kali ini agak panjang serta berisi kandungannya..aku sendiri tidak mengerti apa yang sebenarnya mahu disampaikan..ahaha..mungkin curahan hati? mungkin? atau menjawab segala persoalan oleh seseorang yang telah pun mendapat jawapan. aku tidak bisa menunjukkan 'expression' sedihku di khalayak ramai..kerna mungkin aku ini dilahirkan serta dibesarkan supaya membuat org lain gembira...maka kamu tidak dapat merasa kesedihan aku..hanya jika kamu rapat denganku..maka kesedihan itu dapat dirasakan..namun hanya secebis..kesedihan itu memang ada namun itu tidak menghalang aku untuk membuat orang lain gembira..sekejap? tidaklah.. sudah lama aku merasakan kesakitan serta kesedihan..maka kerna itu aku sudah membuat keputusan untuk memilih jalan baru..kerna aku terlalu mengasihani diriku yang sudah lama berada dalam mimpi ngeri atau jalan kesakitan..sudah sampai masa untuk aku fikirkan tentang diriku sendiri..jangan jadikan pengalaman lepas untuk kamu menilai orang lain..setiap orang dilahirkan ada batinnya sendiri..ada etikanya sendiri..maka kurang enak jika dinilai keperibadiaan seseorang hanya kerna kamu pernah merasa sakit..itu yang aku belajar dari ibuku..i love u mom...setiap orang harus diberikan peluang..mungkin diri sendiri juga perlu diberi peluang..jangan kerna pengalaman lampau..kita disekat untuk meneruskan perjalanan hidup..kerana itu setiap orang yang hadir dalam hidupku..aku memberikan mereka peluang..kerna setiap orang mempunyai kehidupan yang berbeza..kita belajar dari kesilapan..mungkin pengalaman lampau memeritkan tapi bohonglah sepanjang masa peritkan..ada bahagianya..kita teruskan rasa bahagia..kita belajar dari pengalaman perit itu...ada orang rasa lebih sakit dari apa yang kita rasa..aku kini gembira dengan jalan yang aku pilih..aku gembira..kerna "gembira" sentiasa menceriakan aku..walaupun aku tahu masih ada rasa gusar dalam jiwa "gembira"... aku cuba yang terbaik untuk menjadi orang yang terbaik..tiada siapa sempurna sebenarnya..tapi kita mampu mencuba..jangan mudah cepat melatah jika ditimpa ujian dari-Nya...aku ini hanya mahu orang lain gembira, yakinlah...kerna bila melihat orang lain gembira..ia akan melupakan rasa sedih itu...terima kasih "gembira"..





Friday, October 06, 2006

one more sad n happy song

dari mana harus aku bermula...? hmm dah lama x menaip membuatkan aku janggal untuk menaip kembali..seni seakan hilang..bukan hilang tapi dipendam..aku terlalu sibuk dengan duniaku sendiri 2-3 minggu ni..terlalu sibuk menyiapkan assignment yang x putus2..ditambah beban exam..ditemani masalah yang x penah selesai..di kala ini hanya ada satu lagu gembira dan lagu sedeh bermain di fikiran..ya..lagu all these things i hate dan lagu she is...aku down 2-3 minggu ini..aku amat susah untuk menunjukkan emosi aku..mungkin kerna pengalaman lepas..aku x dapat kongsi rasa sedih aku bersama org lain..mungkin kerna aku x mahu org lain turut berduka..x mahu org lain turut merasa peritnya sakit itu..jujurku katakan..aku sudah biasa dengan rasa sakit itu..memang senang untuk berkata tenang kepada teman2 lain yang ditimpa masalah..namun bila diri sendiri terpaksa meredah masalah..maka aku sendiri hilang arah tujuan..
Hari ini..aku telah membuat keputusan..untuk berhenti di jalan yang sudah lama aku lalui..yang sudah lama aku redah...Hari ini aku telah memilih jalan baru..mungkin kerana sudah x mampu untuk merasa sakit maka aku terpaksa memilih jalan baru yang aku harapkan mampu membawa kegembiraan..tiada niat untuk aku katakan jalan lama itu menyusahkan..aku gembira..suatu ketika..namun sakitnya sudah tidak terperi..dah x boleh tahan dah..aku sudah lemah..maka kerana itu aku memilih jalan baru..suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan bila efry menegur aku...jujur aku katakan..dah lama aku x lepak ngan bebdk jahat nih..lebih kurang berbulan2..namun bila ditegur mereka..haih..terharunya...hari ini..jalan baru itu membuat aku tersenyum..terima kasih "gembira"...jangan sesekali kamu berhenti berharap dengan ku..maka kamu harus terus setia wahai "gembira"....

satu lagi lagu sedeh














I never knew
I never knew that everything was falling through
That everyone I knew was waiting on a queue
To turn and run when all I needed was the truth
But that's how it's got to be
It's coming down to nothing more than apathy
I'd rather run the other way than stay and see
The smoke and who's still standing when it clears

Everyone knows I'm in
Over my head
Over my head
With eight seconds left in overtime
She's on your mind
She's on your mind

Let's rearrange
I wish you were a stranger I could disengage
Just say that we agree and then never change
Soften a bit until we all just get along
But that's disregard
Find another friend and you discard
As you lose the argument in a cable car
Hanging above as the canyon comes between

Everyone knows I'm in
Over my head
Over my head
With eight seconds left in overtime
She's on your mind
She's on your mind

Everyone knows I'm in
Over my head
Over my head
With eight seconds left in overtime
She's on your mind
She's on your mind

And suddenly I become a part of your past
I'm becoming the part that don't last
I'm losing you and its effortless
Without a sound we lose sight of the ground
In the throw around
Never thought that you wanted to bring it down
I won't let it go down till we torch it ourselves

And everyone knows I'm in
Over my head
Over my head
With eight seconds left in overtime
She's on your mind
She's on your mind

Everyone knows
She's on your mind
Everyone knows I'm in over my head
I'm in over my head
I'm in over...

Everyone knows I'm in
Over my head
Over my head
With eight seconds left in overtime
She's on your mind
She's on your mind

p/s: jika ditanya..apa perasaan aku..tiada siapa dapat gambarkan kesedihannya..namun di sebalik kesedihan, aku terharu kerana ada yang bisa membuat aku gembira..aku harapkan kesedihan tidak berpanjangan..kerna kegembiraan sentiasa menemani aku...terima kasih "gembira"

Friday, September 22, 2006

air mata

A B/Eb
Air mata yang telah jatuh
D7 C#m7 F#m
Membasahi bumi ... takkan sanggup
F#dim C#
Menghapus penyesalan

A B/Eb D7 C#m7
Penyesalan yang kini ada ... jadi tak berarti
F#m F#dim C#
Karna waktu yang bengis ... terus pergi

Reff :
A E/Ab F#m E
Menangislah… bila harus menangis
D A/C# B7
Karena kita semua… manusia
A E/Ab F#m E
Manusia bisa terluka… manusia pasti menangis
D A/C# B7
Dan manusiapun bisa mengambil Hikmah …

A B/Eb
Dibalik segala duka
D7 C#m7
Tersimpan Hikmah
F#m F#dim C#
Yang bisa kita petik pelajaran

A B/Eb
Dibalik segala suka
D7 C#m7
Tersimpan Hikmah
F#m F#dim C#
Yang mungkin bisa jadi cobaan ...

Thursday, September 21, 2006

hanya menaip

tika ini..aku masih berjaga..blom mahu tido..baru lepas membaca karya A.Samad Said..ya..perkara yang akan aku lakukan tika hati ini kurang tenang..sekurang-kurangnya daripada aku melayan perasaan memikirkan masalah yang amat menyakitkan hati dan memeningkan kepala..ya..aku kaitkan masalah aku dengan hasil tulisan sasterawan itu..buku itu dihadiahkan oleh chenta..terima kasih chenta kerna sudah lama aku idamkan buku sasterawan ini...bila sakit..akan kubaca puisi bertajuk irama rindu..bait-bait ayatnya amat menarik.."mahu kujadi debu hidrogen tidak mengenal kasih manusia? mahu kau lihat ku jadi syaitan lupa budi,cita dan cinta? " sangat mendalam...bila gelisah pula..bait-bait ayat ini menjadi teman..." kegelisahannya berlukar harapannya tasik kerinduannya menggelepar di medan mencekik" baru ku tahu betapa perit penderitaan itu...aku terlalu banyak bersabar..Dia telah banyak menguji aku sehingga aku menjadi sungguh penyabar... syukur ke hadrat Ilahi..hari ini aku sakit..dan tiada siapa boleh mengungkai kesakitan itu..ingin ku luahkan..tapi bahasa mulut tak sama dengan bahasa hati..tika ini hati aku gelisah..serba salah..sakit..sedih..perit menerima ujian ini..aku x mampu melafazkannya..terlalu perit..bagaimana harus aku lafazkan? kerna aku takut bahasa murni bertukar menjadi bahasa maki..bukan itu maksudku..ya..aku ini tidaklah sempurna..sentiasa melakukan kesalahan..aku sudah berusaha..tapi apakan daya..manusia itu sentiasa tamak..dahaga..tidak pernah cukup..seakan aku sudah tidak berdaya..tapi masih ku kuatkan semangat..tambahkan kesabaran..masalah bukan datang dari satu pihak..kalau masalah terjadi..ianya salah kedua-dua pihak..aku akui fakta itu..ianya seakan bait-bait tulisan ini.." hasrat begini cita begini hasrat begini cita begini,siapa pun tak akan senang mekarnya murni" lebih mudah untuk ku katakan..aku dalam dilema..aku lemah..sudah lama aku pendam..dan hari ini aku luahkan sedikit..tak mampu menahannya lagi..mungkin mak aku boleh kata aku seakan terpenjara..tapi dia cepat menasihati aku.."kalau itu yang hang nak..lagu tu la jadinya..jangan pernah menyesal" aku yang memilih jalan ini..aku yang memilih simpang ini..maka harus aku lalui segala duri.." hatiku tahu di mana simpang dadaku tahu di mana bimbang kepalaku tahu di mana pertualang" aku sebenarnya tidak memahami kehendak hati..kerna tidak mahu menyakitkan hati..aku hanya menaip sesuka hati..siapa yang boleh rasa sakitnya..aku hargai..aku hanya mahu happy.. jangan tambahkan beban masalah ini..pliz.. "segala rasa akan pilu segala pilu akan biru segala biru akan ungu..aku tahu apa ungu!" aku pening..atau mungkin sudah lali bila masalah ini terjadi..bila terjadi masalah..aku berpegang pada bait-bait puisi ini.."segala yang dihasrat tapi tak dapat adalah nikmat yang paling padat"...aku sudah melalui masalah ini..dan aku sudah lama merasakan kesakitannya wahai bulan..bukan aku mahu segala masalah ini terjadi..apa salah aku kalau aku terlalu busy? apa salah aku? aku tidak mahu semua ini..berapa banyak lagi isu yang harus aku dengari? dan berapa kali harus aku akhiri perbualan dengan nada tinggi? yang sebenarnya..luka yang sudah menjadi parut kini berdarah kembali...sesiapa boleh ubatkan hati ini amatlah aku hargai...aku hanya mahu happy buat masa ini..sakit..sangat sakit tika menaip post ini...

wondering

If you want me to wait
I will wait for you
If you tell me to stay
I would stay right through
If you don't wanna say
Anything at all
I'm happy wondering

Go!

Yeah, yeah

Since I was a young man
I never was a fun man
I never had a plan and no security
Then ever since i met you
I never could forget you
I only wanna get you right here next to me

Cause everybody (a-whoa-oh-oh)
Needs someone that they can trust and
You're somebody (a-whoa-oh-oh)
That I found just in time

If you want me to wait
I would wait for you
If you tell me to stay
I would stay right through
If you don't wanna say
Anything at all
I'm happy wondering

Now my life is changing
It's always rearranging
It's always getting stranger than I thought it ever could
Ever since I found you
I wanna be around you
I wanna get down to the point that I need you

Cause everybody (a-whoa-oh-oh)
Needs someone that they can trust and
You're somebody (a-whoa-oh-oh)
That I found just in time

If you want me to wait
I would wait for you
If you tell me to stay
I would stay right through
If you don't wanna say
Anything at all
I'm happy wondering

Go!

Yeah, yeah
Yeah, yeah

Don't tell me
The bad news
Don't tell me anything at all
Just tell me
That you need me
And stay right here with me

If you want me to wait
I would wait for you
If you tell me to stay
I would stay right through
If you don't wanna say
Anything at all
I'm happy wondering

If you want me to wait
I would wait for you
If you tell me to stay
I would stay right through
If you don't wanna say
Anything at all
I'm happy wondering

p/s: lagu tika hati x senang



chop me up














Little lady {lady lady}
You got me just {screwed up}
Off of your melody
Easy baby {baby baby}
Come on girl don't {chop me up}
Please don't make a fool of me

p/s: tetiba je mendengar lagu Justin Timberlake..huahuahuahua

Wednesday, September 20, 2006

Monday, September 18, 2006

pandu















biar apa pun yang akan terjadi di esok hari
aku akan berada di sana dengan mata yang segar
malah dengan tangan yang terbuka
mahu memeluk pemandangan terbentang luas
biar apa pun yang akan terjadi di esok hari
aku akan berada di sana..berada di sana..pasti

tak percaya..




















benarkah apa yang ku tanya
benarkah apa yang kau rasa
jika begitu..salahkan aku yang rindu
salahkah apa yang ku tanya
salahkah apa yang kau rasa
jika begitu..benarkan aku merindu dirimu

keluar untuk buang masa
harap kita akan berjumpa
di satu malam
di satu jalan...bertembung
memang nak dijadikan cerita
satu meja kita bersua
kau tunduk malu
ku lukis gambarmu..bersama diriku

masih tak percaya kau gila bercinta
masih tak percaya aku yang kau cinta
bukalah matamu..percaya kataku
butakan matamu..ku di depan mata

terduduk bila ku terima
pesanan ringkas yang bermakna
kata dirimu..engkau pun impi diriku
kutujukan lagu untukmu
kutujukan untuk diriku
apa yang pasti
di malam nanti kita kan bertemu

satu memori yang terindah
senyuman yang takkan ku lupa
di malam itu..
diriku dirimu bertembung....

p/s: wats love?? huhu love is everything..u can assume everything...and u might dont believe it wen u know bout it..

Sunday, September 17, 2006

kisah ofis..BOSS KANTOI!

satu hari...di tempat makan..bos tgh berdiskus ngan p.a nya

boss: ooo cik p.a....sy ada meeting lagi ker pasnih?
P.A : jap ar bos..nope...xde..kenapa bos?? bos nk pi memana ker??
boss: xdelah..saje tanye..nk tanya sket...ape cite kawan awk yg lawa tu?? si S tuh... hahaha sy dok teringat kat die la
P.A : ala bos ni dh start angau ar nih...die ok..br pas kuar makan ngan die last week..die ok..dh start bz ngan keja die dah..
boss: sy ske die..erm i mean cara die..although die blur..hahaha slalu kena bahan...but i like her eyes..so beautiful..angau neh..hahahaha
P.A : boss ni..aritu org len...ni org len lak..dh le kawan sy plak tuh..ahahahaha
boss: we're open rite??? sbb tu sy amik awak jd p.a. sy..open to talk about this thing..
P.A : so boss nk buat ape??
boss: ntah ar..hahaha..sy dh ada bini la cik P.A oiii..suke sy ada limit die...
P.A : tu lah..silap ar boss dh ada bini..klu tak sy tarahal..summore die kawan saya...so pepaham la kan..
boss: itu sy tahu...bla bla bla....(TETIBA)

S : hye T...u buat ape kat sini...?
P.A : hey S..u buat ape kat sini? u ngan sape? u dr mana?
S : i dok blakang boss u je..sepanjang masa korang sembang..i ngan I...i dgr sume...kecoh lah korang...
P.A dan Boss: oh shit...kantoi...
I : si S ni dh dgr sume..korang kantoi abih...hahahahah

ari paling memalukan buat BOSS! sorry boss

chantek




















dia ini sangat cantik
membuatkan semua anak adam tertarik
haih..rasa macam nak minta waktu berhenti berdetik
utk menonton senyuman manjanya melirik...