Friday, March 31, 2006

dingin malam

sahabat..
apa yang kau renungkan lagi?
apa lagi yang kau fikirkan?
kau hanya mampu memandang bintang dan merasai sejuknya angin malam..

sahabat..
baru sekarang kau kesali?
baru sekarang kau terasa sakitnya sedangkan dia sudah lama memendamnya?
kau hanya mampu duduk termenung memandang anak tangga itu..

sahabat..
ku sangkakan kau kuat..
rupa-rupanya kau lemah..
hati kau hanya mampu menangis..
menahan pedih luka yang kau sendiri lakukan..
tidak kira sembuh macam mana pun luka itu..
parutnya tetap ada bersama kau selamanya..

sahabat..
fikirkanlah yang terbaik..
korbankanlah apa yang perlu..
sembuhkan lah dia secepat mungkin..
jika kau tidak mahu kehilangannya..
aku tahu berat untuk kau hadapinya..
fikirkan lah...
selebar mana pun senyuman kau..
hati kau tetap menangis..

sedarlah..

sahabat..
kenapa kau masih termenung di situ?
kenapa kau masih menyorok di lorong itu?
kenapa kau tinggalkan aku?

sahabat..
sedarlah kau..
tiada siapa yang ubah diri kau..
kau mengubah diri kau sendiri..

sahabat..
buangkan panas baran kau..
kurangkan ego kau...
campak lah topeng itu..

sahabat..
kau masih ingat bila kau tinggalkan aku?
waktu itu pada bulan puasa..
di mana waktu dia kuar berbuka bersama kawannya..
saat itu kau terus lenyapkan aku dari hidup kau..
puisi yang dikau karang tidak lagi berseni..
semuanya berbau api kemarahan..
semuanya kerana terlalu melayan emosi..

sahabat..
layankan sahaja kedegilannya..
jika benar kau mencintainya..
jika benar pilihannya salah..
maka die akan sedar kesalahannya..

sahabat..
aku faham apa yang tersirat di hati kau..
namun mengapa kau tidak mahu berkongsi bersama aku?
aku faham kau bukan mahu memutar belitkan keadaan..
kau hanya memilih jalan yang banyak simpangnya daripada jalan yang lurus
kerana kau tidak mahu hatinya disiat-siat dengan duri di jalan lurus itu..

sahabat..
aku tahu kau mencintai dirinya
banyak pengorbanan kau lakukan..
sama ada die sedar ataupun tidak..
itu haknya..
asalkan kau ikhlas membantunya..

sahabat..
sedarlah kau dari fantasi yang kau bina..
kembali ke alam realiti..
berjalanlah kau bersama aku..
biar aku menjadi petunjukmu..
biar aku berada dalam acuan brownies itu..
jika kau mahu brownies itu terasa cintanya..
terasa keistimewaannya..
untuk diberikan kepada chenta..

Thursday, March 30, 2006

suara hati..


im tired of being a better person..
and yes i mean it...
i wanna be the best person..
and yes i do mean it!

jalan penuh simpang siur kupilih
walaupun banyak likunya..
jalan lurus kuhindar
kerana..di jalan itu..
awan mendung menanti,penuh duri-duri yang mampu menyiatkan hati..
pedih tidak terperi..

Sunday, March 26, 2006

V for Vendetta..Freedom Forever..


"Remember, remember, the 5th of November
Gunpowder, treason and plot;
I know of no reason, why the gunpowder treason
Should ever be forgot."
Guy Fawkes (April,14 1570-January, 31 1606)

Saturday, March 18, 2006

menulis itu keajaiban..


"hak alaa..manja sgt ar.."
"umur dah nk masuk dua dekad..nk manja lg"
"pc ko x cukup hebat.."
"klu die buat mcm tuh..ape ko rasa?"

gula itu manis rasanya,
kopi itu pahit rasanya,
cili itu..pedas sungguh rasanya,
air itu sejuk dan tenang sebenarnya...
keluarkan aku dr kepompong tersebut...

Thursday, March 16, 2006

anak panah..


"kisah berlaku pada suatu petang
pabila seorang mat saleh memasuki satu kedai
dibuka pintunya oleh seorang lelaki dan rerakannya
diucapkan terima kasih oleh mat saleh berikut
dijawab sesama oleh lelaki tersebut
dijawab welcome oleh rerakan lelaki tersebut.."

anak panahnya tepat mengenai sasaran..
tiada kata secantik bahasa..
tiada kata setajam maksudnya..
tiada perasaan..tiadalah nyawa..



Wednesday, March 15, 2006

suka atau duka..

kadang kala..
perbuatan tak menyamai kata-kata yang diluahkan..
maaflah..
aku hanya seorang yang biasa..
insan yang sempit dari sumber kewangannya..
mungkin agak hina pada pandangan mata-mata durjana..
maaflah..
aku hanya mahukan kebahagiaan..
hembuskanlah awan gelap itu..
datanglah sinar matahari..
maaflah..
bukan aku kedekut senyuman..
pabila si buta muram..
namun hatinya tetap tersenyum pabila melihat puan jelita..
harap puan jelita memahami..
maaflah..
hidup tak selaluya indah..
tak semua yang kita harap selalunya kita capai..
maaflah..
kadang kala terlalu penat untuk mengharungi hari..
aku mahukan rehat seketika..
biarkanlah aku lelap seketika..
maaflah..
bukan mamai menguasai diri ini..
tidak mahu pergaduhan berlaku lagi..
maaflah



Monday, March 13, 2006

sampai bila..

si buta masih teguh berdiri di penjuru jalan
si buta masih setia memegang tongkatnya
si buta lapar dan dahaga
si buta sakit dan penat
si buta mengharapkan keajaiban
si buta menjadi semakin kusut
kerana dugaan yg dtg menimpa x sudah-sudah
si buta semakin terhimpit dengan dunianya sendiri
dunia yang penuh onak duri serta gelap gelita
makin lama berjalan..
si buta makin mengenali hati budi manusia
juga bisa kenal siapa kawan siapa lawan
walaupun hidup si buta penuh dengan kesedihan
si buta masih tersenyum
di samping manusia bernama sahabat yang tinggi nilai budi pekertinya
juga di samping puan jelita yang tiada gantinya..

apabila..

bagaikan berada di dunia lain
menulis nukilan di atas helaian
pena pula bagaikan tidak berdakwat
makin lama coretan makin hilang seninya
makin lama manusia seakan hilang budinya
kerna dikuasai oleh kemarahan dan kesedihan
ruang semakin gelap gelita
apakah aku dapat diselamatkan oleh puan jelita?

gundah

hatiku gundah
semuanya bagai x kena..
hatiku susah
bagai dunia diam seribu bahasa
aku terhimpit
berasa sempit di ruang sendiri
perit lagi sakit..

dosed..

penat memerintah
penat diperintah
televisyenku dah rosak
video jangan kau gelak..

jangan jadikan aku idola..
jadikan kisah hidupku sebagai tauladan
kerna awan hitam sentiasa menyelubunginya
menantikan matahari belom pasti.

Sunday, March 12, 2006

kelainan..


menunggu mempunyai tujuan yang mulia dan misteri...

Thursday, March 09, 2006

menunggumu..


Di dalam sebuah cinta

Terdapat bahasa

Yang mengalun indah

Mengisi jiwa

Merindukan kisah

Kita berdua

Yang tak pernah bisa

Akan terlupa


Bila rindu ini masih milikmu

Kuhadirkan sebuah tanya untukmu

Harus berapa lama aku menunggumu

Aku menunggumu


Di dalam masa indah

Saat bersamamu

Yang tak pernah bisa

Akan terlupa

Pandangan matanya


Menghancurkan jiwa

Dengan segenap cinta

Aku bertanya



Aku menunggumu




Dalam hati ku menunggu

Dalam hati ku menunggu

Aku...

Dalam lelah ku menunggu

Dalam letih ku menunggu

Aku...

Masih menunggu


Bila rindu ini masih milikmu

Kuhadirkan sebuah...

Harus berapa lama, harus berapa lama

Aku menunggumu, aku menunggumu

Aku menunggu...aku menunggumu

aku adalah dia..dia adalah aku..

jika aku adalah dia..dia adalah aku...maka pasti aku merasai apa yang dia rasa...dan dia juga pasti merasa apa yang aku rasa...suka...duka...ketawa..menangis..dikongsi bersama...moga bahagia selamanya...hanya kuntuman senyuman dia mahukan..akan kuhadiahkan..

Tuesday, March 07, 2006

hidup aku..

coretan bermula dengan nada sumbang..hidup huru hara disebabkan oleh seorang gadis(gadis ker?) bkn chenta, tetapi xgf aku..haaa...huru hara hidup aku..aku dimaki oleh ayah aku..mak aku x sehat kerana masalah ini..haih...aku perlukan semangat..aku perlu harungi dugaan ni..semoga bahagia menanti di depan kelak..

gambar nih? ni menunjukkan keadaan aku skang..awan gelap menemani hidup aku buat masa ini..air mata mengalir umpama hujan...moga awan cerah bakal menjelma..insyaAllah...


p/s: terima kasih kepada adik beradik...chenta(i love u nyet!!! i miss u yang!!!)...serta sahabat2 yang byk kasi semangat...

Sunday, March 05, 2006

apa itu seni?


apa itu seni? aku masih mencari2 maksudnya...klu dipkkan..setiap org mempunyai seninya sendiri..apai dgn seni capo nya...seni pengambilan fotonya...efry...seni permainan muziknya...jua pengambilan gambar serta seni bermain dengan2 kata...k pula bijak dlm seni bermain kata2 tersirat tetapi padat maksudnya...heirzy..pandai dalam seni garphic designnya..jua dlm edit mengedit nih...haza? haa..terer dlm satu seni yang mana sudah semakin para remaja melupakan kecantikannya...haza terer dlm seni jawi...aku? aku masih mencari2 apa itu seni dlm diriku...