Sunday, April 30, 2006

kosong..


burung yang terbang saban senja
berlegar manja di langit sepi
mendorongku untuk bertanya:
Pernahkah ia merasa sunyi?

Saturday, April 29, 2006

sayang


sayang..
aku tahu cubaan terhadapmu kali ini sangat berat..
tapi aku yakin cubaan itu akan membuatmu menjadi lebih kuat dan tabah
untuk menghadapi hari-hari yang akan datang..
aku bangga memiliki seorang gadis yang kuat semangatnya serta tabah meghadapi dugaan..

i love u dear..
i'll always be with u..

Wednesday, April 26, 2006

terbang atau jatuh?


haruskah aku mendongak memandang langit
atau
haruskah aku mencangkung memandang tanah?




kakak aku ckp,"pasni..harus jd yang lebih memahami tau! jaga dia elok-elok!"
member aku plak ckp," kasi aku id ym awek kau ngan no tepon skali.aku nk ayat dia."

adik..


ketiadaannya dirasakan kehadirannya,
kehadirannya dirasakan kehilangannya,
kehilangannya dirasakan kerugiannya.



tribute to arwah irna amalyna bt mohamad kamal yang kembali ke Rahmatullah pada 24 april jam 9:45 malam.

al-fatihah

Saturday, April 22, 2006

sekali kata


dulu banyak...!
sekarang?
kosong!
habuk pun tarak..!
kenapa?
makin dalam jawapan digali..
makin sukar difahami..

Friday, April 21, 2006

harta paling bernilai.

aku tulis aku catit
aku warna aku curi masa
aku beri harap dihargai dan dikongsi
disimpan di dalam peti besi
dikatakan harta tidak terperi
lesung pipit di pipi.

harap?...harapan


sekali janji,sekali nafi;
sekali pancang,sekali pincang;
sekali kalbu,sekali peluru;
sekali kata,sekali dusta;
sekali biru,sekali ungu;
sekali manis,sekali sinis;
bagaimana?
sakit?
udah ku kata..
terbang jangan tinggi!
harap?
harapan...

hitam


sampai di sini kehitaman malam
yang tragis
kesumbangan badai tualang jalang
disharmonis
memburu
di bawah tapakmu.

Thursday, April 20, 2006

pertembungan.


fikiranku serabut
gerak geriku kalut
segalanya kelam kabut
keadaan huru hara bagai dilanda ribut.

Sunday, April 16, 2006

buat temanku..

teman..
hilang satu;
tumbuh seribu..


p/s: aku tujukan khas buat teman rapatku.aku kagumi semangatmu keras seperti kerikil.

kuasa?


Mereka itu kuasa,kuasa itu dera.
Mereka pemangsa.Aku mangsanya.

Bagaimana jika keadaan bertukar menjadi sebaliknya?

Wednesday, April 12, 2006

Monday, April 10, 2006

ambilkan gambar boleh..?


hey kamu..
kamu yang memegang kamera itu..
boleh ambilkan gambar aku?
ambil gambar tentang perasaanku boleh?
ambil gambar tentang pemikiran aku..boleh?

sudah tentu tidak bukan?

bertopengkan syaitan..


walau perangai ku sejahat syaitan
walau hati ku hitam dan gelap katanya
namun aku masih punya hati dan perasaan
untuk dicintai dan mencintai..

Sunday, April 09, 2006

kasar ke?


mengapa harus mengeluarkan kata-kata
yang mampu menguriskan hati?
tika hati ini setenang air
tika fikiran sudah mula meloncat gembira..

fikirkanlah..
aku bukan mahu rasuah ..
aku bukan mahu dosa..

cinta vs tekanan..

jika benar cinta itu terikat..
mampukah ia mengatasi tekanan?
atau ia kalah di sebalik tekanan?
kau sahaja tentukan...

mana satu?


kalau aku gerakkan bala tentera dahulu
apa mungkin raja aku selamat?
mungkin kalau kudaku melangkah beberapa tapak
adakah kerajaan putih itu akan hancur?
kau sahajalah tentukan keputusannya
kerana kau lagi bijak dalam segalanya..

manalah aku tahu!!

Saturday, April 08, 2006

manis...


basikal tua itu beroda dua..
masih ingatkah adinda kali pertama kita bersua?

kusut




tangan masih kental memegang pena
mata pula asyik memandang monitor
telinga bergendang bersama alunan muzik
mulut diketap rapat
kenapa fikiranku melayang?
kenapa tiba-tiba terasa serabut?
kenapa semua bagai tidak kena?

entah..
aku pun masih tidak tahu..
mungkin tidak mahu ambil tahu..
kau tahu?
beritahulah aku..

Thursday, April 06, 2006

bacalah..fahamilah..

dalam bilik ini
aku ditinggalkan
ditemani sebuah buku dan seekor haiwan
ku belek setiap helaian muka surat buku itu
makin ku belek
makin kencang degupan jantungku..

sedang ku memahami kandungan ayat dalam buku itu
ku lihat pula haiwan itu memerhatiku
apakah dia faham dengan apa yang terjadi?
apakah dia mengerti dengan keadaan ku ini?
kalau lah haiwan itu bisa berkata-kata..

dalam bilik ini
aku ditinggalkan
aku buntu
aku bingung
bagai dihentak ke dinding kepalaku ini
perit sungguh sakitnya
kini ku membaca,
mataku membaca,
tumpuanku pula pada mesin suara itu,
mesin suara yang sudah lama tidak berbunyi hendaknya.

bila mesin itu akan berbunyi?
aku pun tak tahu
meskipun berbunyi
bukan suara itu aku mahu
aku mahu suara manja belaian dahulu
ianya sudah hilang
hilang di sebalik ego serta hati yang keras agaknya
mungkin bila ia hadir kembali
barulah mesin itu beroperasi sepenuhnya..

catatan:
masih dipengaruhi oleh sajak sasterawan negara, a samad said. sampai bila aku akan diperlakukan begini? bila dia akan sedar? bukan putus jalan penyelesaiannya..aku sekarang seperti orang gila..

duka bersahaja..

tiadakan putus hasratku
walau kau sakitkan hatiku
kerna tidak pernah luntur semangatku.

tiadakan mahu padaku
walau kau mahu tinggalkanku
kerna aku tahu apa yang kau tak tahu.

siapa tak akan tahu?

tiadakan tunduk cita-citaku
walau sekejam sedurja manusia itu
kerna di dalam kepalaku hasratnya hanya satu.

tiadakan tahu padaku
bila kau menembak bertalu-talu
di dalam mataku hanya berteman pilu.

siapa tak akan tahu?

siang begini malam begini
siang begini malam begini
siapa pun tak akan pulang riang hati.

hasratku begini citanya begini
hasratku begini citanya begini
siapa pun tak akan senang susahnya hati

mana hati tak tahu?

kukhabarkan begini jawapannya begini
kukhabarkan begini jawapannya begini
siapa pun tak akan senang sampai ke pagi

di mana simpang mahu ku tuju hanya hati yang tahu
di mana ada bimbang hanya dadaku yang tahu
di mana ada syaitan itu hanya kepalaku yang tahu.

aku tahu siapa tahu?

sungguh panas keadaan begini
sungguh pantas degupan jantung ini
aku tahu aku tahu:

segalanya kini bagaikan sayu
memikirkan keadaan yang tak menentu
bagaikan menemui jalan buntu.

aku tahu siapa tahu.

catatan:
puisi ini telah diolah dari puisi a samad said bertajuk serenade.mungkin telah hilang mutu keaslian bahasanya.maaf jika aku merosakkan bahasa.segalanya gelap di depan dan aku bagai hilang arah tujuan.kepalaku sakit..perutku sakit..segalanya sakit..kepada ibu bapaku,maaf dipinta kerana banyak menyusahkan kalian berdua.

Tuesday, April 04, 2006

kalau..

kalau betul aku ini berperangai seperti syaitan
sudah lama aku melupakan tanggungjawab aku sebagai seorang insan
sudah lama aku lupakan tuhan
sudah lama aku hancurkan iman..

jika benar patung bernyawa itu jahat karekternya
butakan sahaja matanya
kudungkan sahaja tangan dan kakinya
biar dia sedar akan makna pembalasan..

mungkin benar kata seorang tua
jangan kamu mengharap pada yang belum pasti
kerana jika kamu gagal mendapat seperti yang diharapkan
sakit dan peritlah hadiahnya..

mana pergi kalimat itu
mana pergi rasa itu
mana pergi kata kata manis itu
sudah mati di lurah yang kejam?
kau sahaja yang tahu..

Saturday, April 01, 2006

undecided

satu ayat yang boleh mengembirakan jiwa
satu ayat yang boleh menyakitkan hati
satu ayat yang boleh menceriakan hari
satu ayat yang boleh melemahkan raga

satu ayat yang boleh MENGUBAH semuanya..
aku mahu dia kembali..