Monday, March 05, 2007

kisah laksamana..

tika itu..cuaca agak redup..angin sepoi-sepoi bahasa..

laksamana itu melangkah pulang ke rumahnya yang selang beberapa depa sahaja dari kawasan perkampungan yang dijaganya..sudah selesai tugasnya menjaga keamanan dan kedamaian desa penuh dengan pelbagai ragam manusia..

sampai sahaja di tetangga..dibilas kakinya dengan air sepenuh belanga..terus meluru ke kamar yang agak terang warnanya..diletak keris bermata naga di atas meja..dilabuhkan badan di atas katil,diletakkan kepala di atas bantal kekabu wangi baunya..

tanpa disedarinya, bininya memasuki ruang legar..gebu kulitnya..wangi pula bau badannya..dengan lesung pipit di pipi..masakan dia tidak digilai jejantan di perkampungannya..sungguh bertuah laksamana..

"kenapa ni kanda? tidak berkata-kata..senyap seribu bahasa walaupun banyak perkhabaran dari tempat kerja..kenapa muka kanda muram bagai ada berita tidak gembira?" tanya si jelita..

"entahlah..naik celaru kepala bila memikirkannya.." jawab laksamana.

"apa yang menganggu fikiran kanda? apa kampung itu berlaku bencana? siapa dalangnya?" tanya bininya dengan penuh sopan budi bahasa cair hati dibuatnya..

"bukan kerna kampung..tiada bencana mahupun dalangnya..kanda hanya memikirkan dinda..(laksamana bangun dan duduk di sisi katilnya..) saban hari..makin ramai jejantan berbicara tentang dinda..tentang kelembutan bicara dinda..keayuan dinda yang tiada bandingnya..apa mereka lupa dinda hak milik kanda?" bicara laksamana sambil berkerut dahinya..

"jejantan itu bicara apa lagi kanda?" soal si ayu ikal mayang rambutnya.

"mereka sibuk bercerita hingga tidak sedar kanda sedang minum di belakang mereka..mereka bercerita mereka sentiasa menunggu dinda datang ke pasar..dengan lenggok jalan dinda..hati mereka bagai dipanah ahli panah termasyhur kata mereka..dapat tengok keputihan kaki dinda sudah cukup memuaskan nafsu mereka..sungguh lancang bicara mereka..mahu sahaja ditetak kepala mereka oleh kanda.." kata laksamana sambil mengenggam tangannya..

bininya hanya tersenyum lalu memeluk suaminya bertubuh sasa dari belakang..diusap-usap belakang badan suaminya..

"biarkan mereka sahaja kanda..mereka masih muda..muda dalam mengawal nafsu mereka..mata meliar mencari betina.." ujar si chantek jelita..
"pedulikan mereka kanda..hanya kanda sahaja dapat merasa tubuh badan dinda..hanya kanda sahaja dapat melihat keputihan seluruh badan dinda..mereka hanya mampu melihat betis sahaja..kanda dapat semua..hanya kanda dapat merasai nafsu jiwa dinda..bukan malam khamis sahaja..bila-bila masa sahaja.." ujar bininya sengan senyuman memberi petanda..

dan petang itu juga..laksamana dan isterinya memainkan peranan untuk mendapat anak mereka yang ketiga, mungkin kembar juga..

p/s: aku hanya mahu mencuba sesuatu yang baru.

simphosia
cyberjaya

No comments: