Monday, August 14, 2006

itulah aku..


muzik itu hidup aku
melodi itu perjalanan hidup aku
lirik itu suara aku..

Saturday, August 12, 2006

handphone dia dan aku

takde cita menarik arini...aku bz ngan keja-keja aku..buat 3d la..report la...macam-macam..sakit kepala..pecah kepala...stress....tapi rasa mcm nk kongsi handphone idaman aku dan dia..



ni handphone idaman dia..razr V3 black



ni handphone idaman aku..razr V3i limited edition

aku tengah stress dengan assignment......

Friday, August 11, 2006

seringkali..

aku kat dalam bilik..tengah serabut cari idea nak buat assignment yang nk kena antar ari selasa ni..sambil-sambil tu aku layan jiwa dengar lagu...lagu 'seringkali' nyanyian teacher's pet..

diri ini selalu ingin bersamamu,
bila ku terkenangkan kemesraan bersamamu sayang..
masihkah aku di hatimu?


tiada apa lagi yang harus diperkatakan..hanya mampu tersenyum..segalanya hanya dapat disimpan dalam hati..tidak dapat dikongsi...tak mampu bersuara..hanya mampu tersenyum..

aku benci keadaan aku sekarang..

Thursday, August 10, 2006

sekadar kata


aku dan dia..



di dalam bilik ini
di hadapan monitor ini
aku hanya mampu tersenyum sendiri
pabila mengingatkan peristiwa yang terjadi
ada yang boleh dijadikan kenangan indah
kenangan yang cukup indah
yang bisa membuat aku tersenyum selalu
hendak ku kongsi bersama...

di dalam bilik ini
di hadapan monitor ini
yang indah pasti ada sakitnya
dalam gembira ada sedihnya
senyuman ditutup dengan linangan air mata
aku memegang tisu yang basah dengan air mata
bukan air mata aku

tapi air mata dia....


sekadar lidah yang singkat,
sekadar kata yang berkat...

-A.SAMAD SAID-


Wednesday, August 09, 2006

jawapan kisah sahabat

ini adalah jawapan daripada sahabat aku tentang post aku sebelum ni..

ribuan terima kasih wahai sahabat
tentang postmu sebelum ini..

benar janggut ku kurang lebat
begitu jua dengan duitku
tak perlu dikesiankan pada aku ini
kerna memang patut pun
aku terkena panahan kata-kata itu
kata-kata biadap serta pincang
yang tak setinggi darjat tuan punya badan..

apa benar kesetiaanku ditolak bulat-bulat?
kisah hidupku masih belum tamat
kesetiaanku masih umpama Tuah dan Jebat
sakit dan perit sudah menjadi kebiasaan bagiku
tidak mahu ku kongsi bersama dengan sesiapa
kerna lukanya masih ada..

tidak perlu dikesiankan aku ni wahai sahabat
aku masih tahu apa nak buat
malah aku masih waras..punya akal
tidak perlu ditunjukkan jalan
tidak perlu disuluhkan jalan
kesabaran dan kecekalan ku sentiasa ada bersama
biarlah fotoku disiat-siat
hatiku dicincang lumat-lumat
aku sudah biasa dengan keadaan itu..
bagaimana kau tahu kata hati dan fikiranku tak sependapat?

aku tahu aku ni kurang hebat
lagi-lagi dikenakan oleh seseorang yang teramat hebat
aku kalah bila berdebat...
aku terima segalanya
namun tak akan aku kongsi sakit dan perinya..

jangan kau bicara tentang aku ini muksibat
kerna kau pun sama sahabat...
kenapa?
walau nama kita berbeza
kita masih berkongsi tuan badan yang sama

-dirtyprettyugly-

Friday, August 04, 2006

kisah sahabat..

aku punya seorang sahabat
yang janggutnya kurang lebat
bakat yang ada padanya taklah hebat sangat
duitnya pun kurang lebat...
kesian si sahabat
terkena panahan kata-kata yang sungguh hebat
membuatkan air matanya turun dengan lebat..

tamat sudah hidup si sahabat
yang dikatakan kesetiaannya umpama Tuah dan Jebat
apa lagi kau boleh buat sahabat?
kerana kesetiaan kau diendahkan oleh orang yang lagi hebat
kesetiaanmu ditolak bulat-bulat
sakit dan perit yang kau dapat...

kesian si sahabat
dah tak tau apa nak buat
tak keruan hidupmu dibuat oleh orang yang lagi kuat
kecekalanmu dah tak kuat
kesabaranmu diuji dengan cabaran yang lagi hebat
kesetiaanmu dah tak bermakna wahai sahabat
hatimu dicincang lumat-lumat
fotomu disiat-siat
kata hati dan fikiranmu juga sudah tak sependapat..

ingat lagikah kata-katamu sahabat?
lelaki bakal jatuh kerana tiga TA..
harTA,takhTA dan waniTA
haih..
aku pun tak tau la sahabat
kau fikirlah dengan cermat
jangan aku tengok katilmu penuh dengan ubat..

tiada lagi yang perlu diperdebat..
kau jatuh kerana seseorang yang amat hebat...
kau harus terimanya bulat-bulat
jangan diri kau diperlakukan seperti seorang Muksibat..

Wednesday, August 02, 2006

kerana wanita...


ketika ditemuga seluruh kerabat keluarga
katakan kau seorang doktor majistret atau lawyer
ahli muzik tak main..satu sen pun tak laku
jika diriku yang kau mahu..
pastikan rombongan dipenuhi hantaran
dengan sebiji ferrari merah
barulah kau nampak gah
selipar jepon pun boleh jadi lawa...

Tuesday, August 01, 2006

pain..

Cicero's original text: "…neque porro quisquam est, qui dolorem ipsum quia dolor sit amet, consectetur, adipisci velit, sed quia non numquam eius modi tempora incidunt ut labore et dolore magnam aliquam quaerat voluptatem. Ut enim ad minima veniam, quis nostrum exercitationem ullam corporis suscipit laboriosam, nisi ut aliquid ex ea commodi consequatur? Quis autem vel eum iure reprehenderit qui in ea voluptate velit esse quam nihil molestiae consequatur, vel illum qui dolorem eum fugiat quo voluptas nulla pariatur?"

H. Rackham's 1914 translation: "Nor again is there anyone who loves or pursues or desires to obtain pain of itself, because it is pain, but because occasionally circumstances occur in which toil and pain can procure him some great pleasure. To take a trivial example, which of us ever undertakes laborious physical exercise, except to obtain some advantage from it? But who has any right to find fault with a man who chooses to enjoy a pleasure that has no annoying consequences, or one who avoids a pain that produces no resultant pleasure?"