Wednesday, March 28, 2007

tenung


tenung betul-betul..
ada cahaya bukan?
walaupun dalam kegelapan..
masih ada sinar harapan..
namun ada cakaran..
gelap malam tu kan?
masih hidup dalam angan-angan..
harapan pahlawan..
terkadang tak sehaluan..
sukar untuk dicapai bukan?


simphosia
cyberjaya

awat?


teguq la..
jangan tak teguq..
awat nak malu?
awat?
hang malu?
ka hang takut?
awat?
aku leh buat lagi haru..
hang tunggu..
awat?

simphosia
cyberjaya

Tuesday, March 27, 2007

about it.


she, she..she dont wanna talk about it
he, he..he wants to fight about it.

simphosia
cyberjaya

Monday, March 26, 2007

bintang part 2


kini
soalan itu berbangkit semula
jawapan diungkit semula
memang sukar ya bintang?
hanya muncul pada malam hari
kadang kala
bintang itu cerah adanya
kadang kala
bintang itu malap dalam tiada
bintang..
aku fikir tak dapat melihat ia arini.
kufikir ia akan hilang untuk 2 minggu
ia malap.
namun di kala hati sunyi
ia cerah menggembirakan jiwa ini.
bintang memahami?
mungkin kebetulan
aku dapat lihat bintang itu
sudah dikelilingi dewa-dewi lain
ia sudah tidak sendiri.
sudah menjadi hak orang lain jua
bukan aku punya sahaja
ia untuk ditonton untuk semua.
bintang..
kenapa setiap kali exam mesti jd mcm ni?
apa sukar penerimaan mahupun penyampaiannya?
aku kadangkala bingung tak megerti.
apa susah sangat ke bahasa untuk difahami?
sukar untuk bintang itu menjadi hak aku sendiri?

simphosia
cyberjaya

Saturday, March 24, 2007

kisah laksamana part 4

Malam itu laksamana ditemani hulubalang yang juga teman karibnya.

ya..sudah 2 purnama..namun isteri ayunya masih belum pulang dari tanah besar China.

masih sabar ditunggunya.kalau diperhatikan secara terperinci,perwatakan laksamana sudah tidak seperti dahulu lagi. dia sudah tidak seceria dahulu..latihan silat pencak dewa sudah lama tidak dihadirinya..lebih masa untuk bertapa..kawasan desa diminta dijaga olehnya kepada teman karibnya.dia sudah tidak terurus.mukanya muram.jambangnya makin panjang.kalau dahulu ada isterinya untuk men'trim' misai dan jambangnya.kini tidak lagi.

"Sahabat, kalau tuan hamba selamanya begini, orang kampung akan hilang hormat kepada tuan hamba.." tegur sahabatnya.
laksamana hanya senyum sinis.
"Tak mengapa..kalau begitu tempatku diganti kamu.." kata laksamana.
"Sahabat, mungkin dia tidak akan pulang lagi. Dia sudah bergembira di tanah sana. Bersama rakan-rakan yang berkongsi hobinya. Tuan hamba hanya mensia-siakan hidup tuan hamba. Mungkin ini destinasinya." tegur sahabatnya lagi.
"Sukar wahai sahabatku. Kerna dia istimewa. Tak kusangka dia boleh berubah dalam sekelip mata. Pelukan dia yang dahulu milikku kini mungkin menjadi milik orang lain. Vaginanya juga!" kata laksamana.
"Jangan difikir terlalu dalam wahai sahabat. Dia hanya mahu melakukan apa yang dia mahukan. Seperti dibilangnya, tuan hamba terlalu sibuk dengan tanah desa sehingga dia jarang dapat melihat dunia. Hatinya meronta." bilang sahabat akrab dari kecil lagi.
" Dia..dia..dia bilang sanggup berkongsi apa sahaja.(laksamana mengeluh). Cara hidup kami nyata berbeza. Kami memandang pada bintang yang berbeza walapun kiblat kami sama. Kini dia gembira bersama teman-teman lelakinya yang dibilangnya teman biasa. Melakukan hobi yang dikongsi bersama." ujar laksamana sambil menghirup shisha di tangannya.
" Jangan diulangi perangai lama tuan hamba. Tuan hamba tahu apa padahnya. Dan sakitnya. Jangan diulanginya lagi." kata sahabat memerhati laksamana yang kini sudah susut sedikit badannya.
" Mungkin dia sudah lama berada dalam sangkar emas itu. Kufikir dia gembira..nyata aku silap. Dia mahu bersama temannya. Dia mahu bersembang dengan teman-teman lelaki sekolah pondoknya, berkongsi pengalaman gembira mahupun pedihnya. Terlalu sibuk melayan aku hingga tiada masa untuk bercakap dengan orang lain..Tak mengapalah..sudah itu jalan yang dipilihnya. pergi ke tanah besar china..Dia ada hak untuk melakukannya."ujar laksamana panjang lebar.

Laksamana melangkah keluar dari pondok gerai minum yang selalu dilepaknya.

"Tuan hamba mahu ke mana?" tanya sahabatnya.
"Aku mahu tunggu dia di atas bukit sana. Biarlah sampai 4 purnama pun aku akan menunggunya. Jagakan anak-anakku ya!" ujar laksamana.

Sahabatnya hanya mampu menggelengkan kepala melihat tingkah laku laksamana.

simphosia
cyberjaya

ada baiknya.


dalam fantasi nyata
penyampaiannya agak berbeza
penerimaan ada batasnya
soalan berbangkit
jawapan mengungkit
ada baiknya..
bintang itu ada
namun jarang dapat melihatnya
bintang itu ada
hanya mahu bersamanya
terdapat sukarnya?

Tuesday, March 20, 2007

matahari terbenam..


dalam armada maya..
singgah di sana bersama tinta.

-nazri vovin-

simphosia
cyberjaya

menu hari ini

baru pulang dari kelas..penatnya masih terasa..peluhnya masih ada..sebentar lagi ada janji temu dengan tuhan..sejadah bakal dibentangkan.

menu hari ini..

kelas dari pagi sampai ke tengah hari.disambung pada waktu petangnya.

ntah hape yang belajar pun pemuda itu tak mengerti..yang ada pada telinganya adalah bunyi.

diketahuinya minggu depan ada mid term lagi..kali ini subjek paling dibenci..law..pemuda itu mengeluh lagi.duit lagi!

kerja seorang lecturer yang digeruni masih belum start lagi..mungkin malam nanti..

hari ini dia nyata busy..kejar masa sana sini..

makan pun hanya sekali..itu pun makcik kedai makan duk perli-perli. tes! sana sini..

dikorek dompetnya..argh! duit dh abis lagi..kali ni tiada simpati..tak mahu harap simpati..

kali ini susah macam mana pun, dia nak tanggung sendiri..x nak susahkan si gadis yang dah start busy.dia memahami.tiap waktu dia teman si gadis study walaupun bukan dalam dunia realiti.

dia rindu ibunya.ibu yang menanggung sakit misteri.dia rindu gelak tawa ibunya. lawak yang gelak sampai tak kering gusi. dia rindu masakan ibunya. hampir sebulan tidak dirasainya.

pemuda itu mengeluh lagi!

duit belanja dah tinggal 30 sen.bukan rm30. tapi 30 sen.nak makan apa ni?
nak kena beli buku utk study lagi.nak bayar hutang lagi.

itulah menu hari ini.

simphosia
cyberjaya

Monday, March 19, 2007

kata pujangga..


bahagia tak datang percuma..
perlukan pengorbananmu..

simphosia
cyberjaya

pemuda pemudi part 3

sejadah yang tadinya dibentang chantek kini dilipat dan di simpan di dalam almari..

malam tenang, tiada bintang..mana bintang?

pemuda seluar kotak-kotak kembali mengadap komputer selepas bertemu Tuhan Yang Maha Esa..ada sedikit kemurungan di wajahnya. ada kala air mata bergelinangan di kelopak mata..mungkin timbul keinsafan dalam diri..

dia merenung luar tingkap.dipandangnya awan.dihembusnya asap..Phew! keluhan darinya..

dia merenung nasibnya..dia memikirkan masalah yang dihadapinya.."kenapa?" itu sahaja yang keluar dari mulutnya..dia tidak putus asa..cuma hanya bertanya kenapa..mungkin agak berat ujiannya kali ini..moga ibu cepat sembuh..

dalam melayan rasa sedehnya, dia sempat merindui gadisnya..ya, gadisnya! kisah petang tadi masih belum dilupainya..kisah di kedai bunga..sungguh jarang dia ke kedai bunga..menemani gadisnya mecari bunga..

"yang,jom!" kata gadis setelah tamat berbicara dengan tauke bunga.
gadisnya sudah memasuki kereta namun pemuda itu masih menilau melihat bunga.
"ros merah sekuntum!" bilang dia pada tauke bunga
"tak perlu wrapping.." bilangnya lagi..sambil senyum pada tauke bunga
"untuk gadis itu? untungnya dia.." tanya tauke bunga.
"ya..kerna dia istimewa.." bilang pemuda itu sambil meluru ke keretanya.tauke bunga itu hanya senyum melihat gelagat pemuda itu.
"for u.." kata pemuda itu..
"thank u..itu sahaja?" tanya gadis itu sambil tersenyum manja.
"saya sayang kamu.." bilang pemuda itu..sambil senyum pada gadisnya.

lamunannya terhenti pabila rakan sebileknya pulang..

"mana kau hilang 2 hari ni?" tanya rakannya..
"aku kerja..amik gambaq af!" bilang pemuda itu
"hahaha..bahan aku lagi..last-last kau pun sangkut ngan af tuh!" ketawa membernya.
"aku tolong kakak aku la.."ujar pemuda itu..
"patut aku yang masuk af tuh! dapat peluk gadis sambil nyanyi lagu Uptown Girl tuh!" bilang membernya sambil ketawa..
"ya.." katanya pendek.
"kenapa sedeh jer nih?" tanya rakannya.
"ibuku..tak sehat.." bilangnya pendek.

malam itu suasana agak sepi..

simphosia
cyberjaya

Sunday, March 18, 2007

moment.

moment..

moment banyak moment..

moment di kala bersama si dia..

moment di kala bersama mereka..

moment di kala gembira..

moment di kala berduka..

moment di kala bertengkar..

moment di kala kau masih boleh bersabar..

moment di kala kau dah tak tahan dan mengungkitnya..

moment di kala berjenaka..

moment di kala meninggalkan..

moment di kala ditinggalkan..

moment di kala terasa..

moment di kala sunyi sepi..

moment di kala tak nak mengaku salah diri sendiri..

moment di kala tunjuk salah orang lain..

moment di kala tahu diri sendiri dah berubah..

moment di kala orang still anggap kau player..

namun..

moment paling best antara semua..

adalah..

moment di kala kau dekatkan diri dengan-Nya..

tak kiralah dari luaran kau nampak kafir ke..janji kau masih tau di hati kau masih ada Tuhan Yang Maha Esa..

simphosia
cyberjaya

Wednesday, March 14, 2007

itulah dia..

orang kita,
banyak sungguh ragamnya.
macam-macam pulak perangainya.
itulah dia..

orang kita,
sopan santun berbudi bahasa sebenarnya.
tidak lupa juga rasa ambil beratnya.
bila berlaku kemalangan,
yg accidentnya jalan sebelah kiri, jalan sebelah kanan pun sesak jua.
ambil berat sungguh orang kita.

orang kita,
pandai menyusun kata.
ada juga pandai mengata.
ada yang pandai dah cakap "pukimak dia!"
pastu pandai plak cakap maaf darinya.
pastu minggu depan buat balik benda yang sama.
cakap tak serupa bikin..poyo sahaja..ada juga.
ada juga yang dah kutuk-kutuk, alih-alih akrab jadinya.
telan ludah sendiri nampaknya.
perkara biasa kata orang kita.
bikin kelakar aja.
buat orang geleng kepala.
ada yang pandai tepati janji..
tak lupa juga yang pandai memungkirinya.
ada pula,
salah diri sendiri pandai pula salah orang dicakapnya.
bila bertengkar ada sahaja diungkitnya.
itulah dia..

orang kita..
tak perlu diterangkan panjang lebar cerita.
kita sendiri tahu perangai orang kita.
aku bangga menjadi Melayu,orang kita namun kecewa dengan perangai sesetengah orang kita.
aku kecewa dan terasa pukimaknya.
itulah dia..

simphosia
cyberjaya

Tuesday, March 13, 2007

kalau..

kalau..

aku di sini..

kamu di sini..

kamu di sini..


aku di sini..


aku dan kamu sepatutnya berada di sini...

simphosia
cyberjaya

Monday, March 12, 2007

kisah laksamana part 3

di hujung pondok rehat itu..laksamana sedang duduk memerhati kedamaian kawasan kampung yang ditugaskan kepadanya..

langit agak mendung..namun penduduk di sini riang gembira menjalankan tugas harian biasa..tidak dihirau kalau-kalau bumi menjatuhkan air matanya..

sedang laksamana melayan angan-angan fantasi seks dia dan isterinya..dia dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda..tergopoh-gapah juga gayanya..

"bini tuan hamba..bini tuan hamba bermukah dengan saudagar macam Chow Yun Fatt mukanya..dalam rumah tuan hamba.." kata pemuda itu termengah-mengah..
Laksamana yang tadi senyuman tidak lekang di muka tersentap jadinya..merah padam mukanya..
"mana tuan hamba dapat berita? tuan hamba mengintai bini hamba ya!" jerkah laksamana..
"hamba..hamba on the way nak pergi ke pasar..nampak saudagar itu masuk ke dalam rumah tuan hamba..gelak ketawa sampai ke luar dengarnya.." jawab pemuda itu sambil disepuk kepalanya oleh laksamana..

laksamana pun terus pulang ke rumahnya..dari luaran tenang sahaja gayanya..dalam hatinya..entahlah..tak dapat dibaca..
benar kata pemuda itu..gelak ketawa mereka sampai keluar dengarnya..laksamana hanya duduk di beranda rumah memasang telinga..sungguh tenang laksamana..

" bila kanda pulang?" tanya si jelita kepada suaminya ketika dia dan temannya keluar dari pintu coklat kaler langsirnya..
"baru sahaja..masih berkocak air dalam tempayan.." jawab laksamana tenang gayanya..
" aku pulang dulu..nanti ketemu lagi ya" ujar saudagar kepada si ayu sambil menyalam tangan laksamana..laksamana tersenyum sahaja..

"kanda..kenapa kanda bermuram sahaja?" tanya bininya lemah lembut gayanya..
"kanda sudah dengar semuanya dinda..akrab sungguh dinda bersamanya..sampai luar dengar kamu berdua gelak ketawa.." ujar suaminya serius nadanya..
"dia hanya teman sahaja..kami berkawan semenjak sekolah pondok lagi..dia datang dari cina..sudah lama tak ketemu dia..kami hanya bercerita..tidak membuat apa-apa.." jawab isteri tercinta laksamana..
"ya,kanda sudah dengar kesemuanya..maka ke negara cina dinda akan menurutnya..mahu meluaskan pengalaman dan pengetahuan dinda kata kepadanya bukan?" kata laksamana sambil memandang ke arah tingkap menahan marah rasanya..
"itu hanya rancangan sahaja..kanda terlalu sibuk menjaga desa..dinda sudah muak melihat benda yang sama..dinda hanya mengikutnya..tidak akan buat apa-apa..hanya ronda-ronda sahaja..kan melancong dan bergambar itu hobi dinda..kanda tahu itu bukan..? bukannya lama..hanya 2 purnama.." ujar isterinya mengusap badan lakinya..
"ya..dulu dinda tidak begini..kenapa tiba-tiba? kerana bosan melihat desa? dinda tidak boleh sabar menunggu kanda? kenapa dia?" tanya laksamana ditolak tangan isterinya..
isterinya hanya diam sahaja..
"baiklah..dinda pergilah bersamanya..mahu melancong ya..pergilah..mungkin itu kegembiraan yang dikejar dinda..maaf kanda bukan sepertinya..mempunyai masa untuk bersama.." ujar laksamana sambil keluar dari kamar tidurnya..
"sementara dinda bergembira..kanda akan bertapa di gunung hujung sana..sudah tamat 2 purnama..kanda akan pulang..pulang menanti dinda kembali dari negara cina..anak-anak boleh ditinggalkan di rumah bonda.." ujar laksamana keluar pula dari rumahnya..
isterinya hanya diam duduk di beranda..

haih..mengeluh laksamana..tidak tahu apa di hatinya...

kenapa dan kenapa itu sahaja yang keluar dari mulut laksamana..

simphosia
cyberjaya

Thursday, March 08, 2007

pemuda pemudi part 2

pemuda berboxer itu sedang duduk di atas tembok..tiada siapa di situ kecuali dirinya dan bayangannya..

malam ini..masih tiada bintang..kasihan bulan..tiada siapa yang meneman..langit gelap ada sedikit warna kemerahan di balik awan..

malam ini pemuda berboxer itu bersendirian..dengan tangannya yang agak biru kelebaman menggenggam sehelai kertas putih sambil dia memandang awan..

dibacanya kertas berisi dakwat biru yang ada penegasan di dalamnya..
hanya dua baris ayat..ya, hanya dua baris ayat sahaja..
baru sekejap tadi dia mendengar suara tangisan seorang perempuan..
dan kini dia menerima sehelai kertas sebagai balasan..

"aku terlebih kasar nampaknya..hanya mahu menyampaikan apa yang aku rasa..namun agak kasar bahasa aku guna..tak patut tinggikan suara.." ujar hatinya..
"aku tak patut lebih-lebih agaknya..hanya kerana mahu diletakkan sekeping gambar kita..padanya susah,kenapa ya? tak mengapalah..banyak songeh la pula..takpa,janji aku tahu dia istimewa.." diketap bibirnya..dihembus asap dari mulutnya..

dilontar puntung selesai sahaja dia menghembus asap terakhirnya..melompat dari tembok meluru dia ke bileknya..temannya seperti biasalah..mengadap monitor tanpa menyedari pemuda berboxer sudah baring di atas katilnya..

"arini leh padam lampu..aku rasa malam ni tiada hantu.." kata pemuda berboxer kepada teman sebileknya..

"aku ada video terbaru maria ozawa di folder biasa di komputer aku.." ujar pemuda berboxer lagi sambil mengubah posisi baringnya..

temannya meluru mengadap monitor yang lagi satu,tersenyum gembira..

simphosia
cyberjaya

Wednesday, March 07, 2007

pemuda pemudi..

pemuda pemudi.. langit mendung..tiada bintang..hanya bulan..mungkin hari mahu hujan..

tika ini dua pemuda sedang rancak bersembang dalam bilek mereka..masing-masing berbicara sambil monitor mengadap muka..asap dihembus menghalau nyamuk kononnya teman mendengar cerita yang tanpa tajuk agaknya..

"pelik..tak pernah-pernah lu kuar buat assignment memalam..malam ni lu kuar..mesti ada awek tadikan?" tanya pemuda tidak berbaju kepada rakannya..
"memang lah..sebab tu gua sanggup berjalan nak amik baunya!" jawab pemuda yang sedang rancak menonton bola di tengah malam buta..
"lu kena antar bila keja tuh?" tanya pemuda yang kurus badannya..
"jumaat.." jawab rakannya dengan selamba..
"gua dah komen blog lu..jiwang gak lu rupanya.." ujar pemuda tak berbaju berboxer sahaja.
"hmm yelah..cakap orang!" bicara teman sebileknya..

keadaan yang tadinya riuh-rendah mungkin kerana menyaksikan perlawanan bola dengan emosi mengalahkan wanita tiba-tiba menjadi senyap seketika..

pemuda berboxer yang banyak soalannya tadi tetiba terdiam seribu bahasa..kalau diikutkan..pemuda itu baru sahaja selesai menyiapkan lukisan yang diminta oleh kliennya..dibuangnya masa oleh dia dengan melayari ruang siber..diteliti rerakan cyber-spacenya,juga teman istimewa di komputer..ada ketika dia gelak bagai nak gila..dan sekarang dia terdiam seketika..dia lalu melabuhkan pinggulnya di katil berselimut kotak-kotak kainnya..dia senyap seribu bahasa..termenung pula jadi menunya..

"dah lu plak kenapa?" pemuda kawannya bertanya..
"xde papelah!" jawabnya ringkas sahaja..

diperhati monitor pemuda berboxer oleh temannya..dan agaknya dia tahu kenapa temannya terdiam macam kena renjatan elektrik teruknya..

"xkan pasal benda ni pun lu terasa bro?" tanya membernya kepada pemuda yang baring di atas katil kotak-kotak kainnya..
"entah lah..gua tak tau apa gua rasa..gua cuba nak elak utk baca..tapi gua dah terbaca.."jawab pemuda itu dalam nada tak bermaya..
"message biasa-biasa jer nih..dari member kepada member jer..takkan tu pun lu nak kacau jiwa.." tegur membernya..
"gua pun x message sebanyak tu bro..member gua pun gua x reply message sebanyak tuh..rancak betul mereka bercerita..bergelak ketawa dalam ruang siber.." jawab pemuda berboxer berkerut dahinya..
"lu tak pernah tegur dia ker? abih tu lu nak buat apa?" soal lagi temannya..
"tak..malas nak berbalas-balas bahasa..skang ni,gua cuba yakinkan diri gua yang dia itu tak seperti orang biasa yang selalu gua jumpa..dia itu istimewa!" bicara pemuda berboxer sambil mengubah posisi baringnya.

temannya kembali mengadap monitor kerana sepak bola separuh masa kedua telah bermula..

"jangan tutup lampu! gua nak kena lukis benda tu lagi satu..gua takut hantu!" ujar pemuda berboxer itu memecah suasana senyap sepoi-sepoi bahasa..

temannya itu hanya mengangguk dan membatu sahaja..

entah apa kena la dengan pemuda berboxer..dalam keadaan riang gembira..tetiba dia memasuki ruang senyap seribu bahasa..entah apa yang dilaluinya dan telah dibacanya..hanya dia dan teman biliknya yang tahu cerita..

tapi kalau aku jadi pemuda itu pun..mungkin aku akan senyap juga..

p/s: nantikan sambungan kisah laksamana..part 3-4 sudah siap skripnya..part 3 di mana laksamana bakal berkongsi cerita posisi seksnya..dan part 4 di mana bininya telah bertemu dengan seorang jejaka bermuka seperti Chow Yun Fatt..

simphosia
cyberjaya

Tuesday, March 06, 2007

kisah laksamana part 2

di beranda rumahnya..laksamana sedang mengasah parang berkepala singa dihujungnya...diletakkan parang di tepi,diasah pula kerisnya yang bermata naga..

angin sedap sepoi-sepoi bahasa..bintang-bintang seperti disusun aturannya..ada 3 bintang seperti menunjuk kiblat arahnya..umpama bulan purnama cerahnya..

diperhatikan bintang oleh laksamana..dihisapnya shisha..ditemani pula oleh anak-anak yang hensem ikut muka bapa mereka kononnya, mata mengikut ibu mereka pastinya..

dimasuki kamar oleh laksamana..disoroknya senjata di bawah katil berselimut sutera..tiada pula bayang bini chanteknya..baunya ada..duduk di hadapan cermin sambil di oter misai dan janggutnya..

"dinda dengar ada pertarungan di desa pada malam bulan purnama pertama.." ujar bininya berkemban seksi nampak separuh kulit putihnya..rambut dihiasinya bunga melur wangi baunya.
"ya..banjingan itu mencabar kanda..mahu ditakluk desa itu dijadikan wilayahnya.." jawab laksamana tak berbaju sasa badannya.
"apa kanda sudah bersedia? ada lagi berita tentang dinda oleh jejantan desa?" tanya si ayu jelita berkemban mak aih seksinya..
"bersedia atau tidak, kanda kan laksamana..harus menentang penjahat banjingan menceroboh kedamaian desa." tegas laksamana sambil memerhati isterinya yang gebu kulitnya.
"ada dinda..jejantan itu dalam usaha mengirim salam pada dinda.ada yang berani mahu menjaga kedai yang selalu dilawati dinda..semata-mata mahu melihat dari dekat kecantikan dinda..mahu diteliti bentuk badan dinda..ada juga rancangan mahu berkongsi masalah bersama dinda yang kononnya dinda bisa membereskannya..dinda kan pandai bertutur kata dalam bentuk nasihat khususnya.." sambung laksamana sambil berkerut dahinya.
"sabar sahaja kanda.bukankah dinda sudah bilang, dinda kan hak kanda..kanda sahaja mampu merasai semua..kanda sahaja bisa memuaskan nafsu jiwa dinda..kanda harus memikirkan bagaimana mahu mengalahkan pejahat berparut di mata..jangan hilang fokus!" ujar bininya yang duduk di sisi katil sambil tersenyum pada suami tercinta.
"tapi sampai bila harus kanda menahan marah bermuram durja hanya kerana jejantan bernafsu dewa?" tanya laksamana sambil dipegang tangan lembut bininya..
"ini semua dugaan kanda..kanda bilang kanda ada latihan silat panca dewa selepas isyak, apa kanda mahu penambah tenaga?" tanya si jelita sambil sandar pada bahu suaminya..

ditariknya tangan si ayu chantek molek jelita ke kamar mandi bersamanya..dan maka..bermulalah usaha laksamana menambah tenaga..kononnya dibilang seks mampu menambah tenaga..tak tahu sama ada betul kesahihan faktanya..mungkin laksamana dan isterinya dalam usaha menambah anak keempat ataupun kelima..

"bukankah ayahanda ada latihan silat panca dewa wahai abang sulungku?" tanya si adik berbaju coklat kalernya.
"benar..dan ayahanda sedang menambah tenaga dalam usaha menumbangkan banjingan pengacau desa.." jawab abg sulung diperhatikan kamar ibu bapa olehnya..
"sabar..kau akan merasainya bila kau sudah kelak dewasa.." ujar abg sulung sambil menepuk bahu adiknya..

simphosia
cyberjaya

naya..naya dibuatnya oleh maya..

satu malam..ketika sedang labu dan labi bermain kad uno di medan selera usj 19..di kedai faveret..kedai maggi goreng pedas dengan kepak ayam..lobo datang dalam keadaan tergesa-gesa..

dibalingnya kunci motor kapcainya di atas meja serta dicampaknya helmet bentuk cangkerang kura-kura di atas kerusi berkaki tiga..

"lu pahal bro?" tanya labu
"pahal lu bro?" tanya pula si labi
"kita ada masalah ar beb!" jawab lobo sambil meneguk air ntah sapa punya..

lobo pun memulakan ceritanya dengan gaya tangan umpama bersilat..
yang peliknya, sedang lobo bercerita..labu labi sentiasa memandang sesama sendiri sambil jari jemari mereka menari umpama mengira hari..
berpeluh lobo bercerita..kadang kala dia meneguk air tanpa tahu siapa tuannya..kemudian disambungnya bercerita umpama cerita cerekarama di tv3..

sedang mereka bersembang sesama mereka..tiba seorang perempuan yang mak aih seksinya..dia datang menaiki kelisa wana merah terang kalernya..perempuan itu kecil molek sahaja..kulitnya putih..di lehernya ada kesan gigitan cinta namun tak dihiraunya..memakai singlet kaler putih berskirt pendek mungkin dalamnya g-string sahaja..kaler pink agaknya..

dihentaknya meja di mana mereka bertiga bersidang..berpeluh-peluh labu labi dan lobo sambil mengucap hye kepada gadis kecil molek bernama maya..

" i x kira..salah sorang dari korang kena bertanggungjawab.." ujar maya dalam suara garang tak garang la..

"tapi maya, u sure ke benda tu datang dari salah sorang dari kitorg? " tanya labu dalam gaya machonya..
"kami dah kira..klu mengikut hari..bukan dari kitorg..i selasa..lobo jumaat..labu ahad..betul ke u nih? " ujar si labi terkebil-kebil matanya..
"im very sure..sapa lagi nak datang umah i malam-malam buta kalau bukan korang bertiga!" jawab maya sambil diorder teh o limau ais..
"sapa x pakai masa shift malam tuh?" tanya maya

"huih..i pakai..kotak besar beli kat watson..kotak kaler oren merah yang ada tanda love bertanduk kat kotak tuh!" jawab labi dengan bangganya sambil menunjukkan sample kotak.
"i pakai kotak kaler biru tuh sebab u suke kaler biru.." jawab labu
"korang cerita sal kotak apa nih? aku blur ar.." tanya lobo sambil terkebil-kebil..
"DUREX la!" jerkah mereka bertiga kepada lobo..
"du..durex tu benda apa?" tanya lobo dengan selamba..
" durex tu apa bro? " tanya lobo lagi..

"punggah! dah sah-sah ko lobo!" ujar labu dan labi...

naya..naya lobo..dibuatnya maya..

simphosia
cyberjaya

Monday, March 05, 2007

kisah laksamana..

tika itu..cuaca agak redup..angin sepoi-sepoi bahasa..

laksamana itu melangkah pulang ke rumahnya yang selang beberapa depa sahaja dari kawasan perkampungan yang dijaganya..sudah selesai tugasnya menjaga keamanan dan kedamaian desa penuh dengan pelbagai ragam manusia..

sampai sahaja di tetangga..dibilas kakinya dengan air sepenuh belanga..terus meluru ke kamar yang agak terang warnanya..diletak keris bermata naga di atas meja..dilabuhkan badan di atas katil,diletakkan kepala di atas bantal kekabu wangi baunya..

tanpa disedarinya, bininya memasuki ruang legar..gebu kulitnya..wangi pula bau badannya..dengan lesung pipit di pipi..masakan dia tidak digilai jejantan di perkampungannya..sungguh bertuah laksamana..

"kenapa ni kanda? tidak berkata-kata..senyap seribu bahasa walaupun banyak perkhabaran dari tempat kerja..kenapa muka kanda muram bagai ada berita tidak gembira?" tanya si jelita..

"entahlah..naik celaru kepala bila memikirkannya.." jawab laksamana.

"apa yang menganggu fikiran kanda? apa kampung itu berlaku bencana? siapa dalangnya?" tanya bininya dengan penuh sopan budi bahasa cair hati dibuatnya..

"bukan kerna kampung..tiada bencana mahupun dalangnya..kanda hanya memikirkan dinda..(laksamana bangun dan duduk di sisi katilnya..) saban hari..makin ramai jejantan berbicara tentang dinda..tentang kelembutan bicara dinda..keayuan dinda yang tiada bandingnya..apa mereka lupa dinda hak milik kanda?" bicara laksamana sambil berkerut dahinya..

"jejantan itu bicara apa lagi kanda?" soal si ayu ikal mayang rambutnya.

"mereka sibuk bercerita hingga tidak sedar kanda sedang minum di belakang mereka..mereka bercerita mereka sentiasa menunggu dinda datang ke pasar..dengan lenggok jalan dinda..hati mereka bagai dipanah ahli panah termasyhur kata mereka..dapat tengok keputihan kaki dinda sudah cukup memuaskan nafsu mereka..sungguh lancang bicara mereka..mahu sahaja ditetak kepala mereka oleh kanda.." kata laksamana sambil mengenggam tangannya..

bininya hanya tersenyum lalu memeluk suaminya bertubuh sasa dari belakang..diusap-usap belakang badan suaminya..

"biarkan mereka sahaja kanda..mereka masih muda..muda dalam mengawal nafsu mereka..mata meliar mencari betina.." ujar si chantek jelita..
"pedulikan mereka kanda..hanya kanda sahaja dapat merasa tubuh badan dinda..hanya kanda sahaja dapat melihat keputihan seluruh badan dinda..mereka hanya mampu melihat betis sahaja..kanda dapat semua..hanya kanda dapat merasai nafsu jiwa dinda..bukan malam khamis sahaja..bila-bila masa sahaja.." ujar bininya sengan senyuman memberi petanda..

dan petang itu juga..laksamana dan isterinya memainkan peranan untuk mendapat anak mereka yang ketiga, mungkin kembar juga..

p/s: aku hanya mahu mencuba sesuatu yang baru.

simphosia
cyberjaya

Saturday, March 03, 2007

mereka yang sering kutemui..

mereka yang sering kutemui..mewarnakan buku bernama kehidupan..

irda yang kukenali..
kuasa cintanya tak cukup setakat satu puisi..
harus dijilidkan dalam buku,dihormati malah disayangi..
chenta hati..

opie kakakku..
semangatmu amat aku segani..
kata-katamu harus dihormati..
kakak paling best satu malaya malah dunia..

kawan-kawanku..
efry,apai,heirzy,khir...
nasihat dan tunjuk ajar mereka yang amat berguna..
gelak ketawa mampu mengegarkan dunia..
tak lupa juga pada akeem..chingy..ari..nak namakan semua kalau boleh..
mereka terlalu ramai..
dan pada umair,teman kelas storyboard..pendengar setia..

ad samad..
sifu..
tok guru..
antara penulis lirik yang disegani..
blog-blog yang dihasilkan amat menarik..
sangat aku hormati..

abg aidit dan kak zaza..
couple yang sgt comel dan sweet..
ikon kak opie..
guitar hero..
cerita-cerita yang dikongsi sangatlah menarik..
gelak ketawa tak kering gusi..
antara orang-orang yang aku hormati..

etieqa syahri..
teman sejati..
pendengar setia..
kawan yang sentiasa menjaga kawan..

Mashelmy..
rumetku..
orang yang boleh dikatakan hari-hari aku temui..
tido..tengok movie,tv series..buat photografi..
itulah menu dia hari-hari..

tak mungkin aku lupa pada family..
aku jumpa ayah dan mak setiap hari minggu..
mak tak pernah lupa nak call hari-hari..
yana pula sibuk dengan study..
abg dan kak nadia tiada dalam gambar..
tak sabar nak tunggu bulan 7 nih..
bakal menjadi pakcik..

rerakan kelas..rerakan melepak(nazri,bart,kak anim,jesse,erna,imran,neves,boy,dll)..erin dan ina..tak lupa juga pada nicol..mereka ini semua mewarnai kehidupan ini...wehuu!

simphosia
cyberjaya