Thursday, September 21, 2006

hanya menaip

tika ini..aku masih berjaga..blom mahu tido..baru lepas membaca karya A.Samad Said..ya..perkara yang akan aku lakukan tika hati ini kurang tenang..sekurang-kurangnya daripada aku melayan perasaan memikirkan masalah yang amat menyakitkan hati dan memeningkan kepala..ya..aku kaitkan masalah aku dengan hasil tulisan sasterawan itu..buku itu dihadiahkan oleh chenta..terima kasih chenta kerna sudah lama aku idamkan buku sasterawan ini...bila sakit..akan kubaca puisi bertajuk irama rindu..bait-bait ayatnya amat menarik.."mahu kujadi debu hidrogen tidak mengenal kasih manusia? mahu kau lihat ku jadi syaitan lupa budi,cita dan cinta? " sangat mendalam...bila gelisah pula..bait-bait ayat ini menjadi teman..." kegelisahannya berlukar harapannya tasik kerinduannya menggelepar di medan mencekik" baru ku tahu betapa perit penderitaan itu...aku terlalu banyak bersabar..Dia telah banyak menguji aku sehingga aku menjadi sungguh penyabar... syukur ke hadrat Ilahi..hari ini aku sakit..dan tiada siapa boleh mengungkai kesakitan itu..ingin ku luahkan..tapi bahasa mulut tak sama dengan bahasa hati..tika ini hati aku gelisah..serba salah..sakit..sedih..perit menerima ujian ini..aku x mampu melafazkannya..terlalu perit..bagaimana harus aku lafazkan? kerna aku takut bahasa murni bertukar menjadi bahasa maki..bukan itu maksudku..ya..aku ini tidaklah sempurna..sentiasa melakukan kesalahan..aku sudah berusaha..tapi apakan daya..manusia itu sentiasa tamak..dahaga..tidak pernah cukup..seakan aku sudah tidak berdaya..tapi masih ku kuatkan semangat..tambahkan kesabaran..masalah bukan datang dari satu pihak..kalau masalah terjadi..ianya salah kedua-dua pihak..aku akui fakta itu..ianya seakan bait-bait tulisan ini.." hasrat begini cita begini hasrat begini cita begini,siapa pun tak akan senang mekarnya murni" lebih mudah untuk ku katakan..aku dalam dilema..aku lemah..sudah lama aku pendam..dan hari ini aku luahkan sedikit..tak mampu menahannya lagi..mungkin mak aku boleh kata aku seakan terpenjara..tapi dia cepat menasihati aku.."kalau itu yang hang nak..lagu tu la jadinya..jangan pernah menyesal" aku yang memilih jalan ini..aku yang memilih simpang ini..maka harus aku lalui segala duri.." hatiku tahu di mana simpang dadaku tahu di mana bimbang kepalaku tahu di mana pertualang" aku sebenarnya tidak memahami kehendak hati..kerna tidak mahu menyakitkan hati..aku hanya menaip sesuka hati..siapa yang boleh rasa sakitnya..aku hargai..aku hanya mahu happy.. jangan tambahkan beban masalah ini..pliz.. "segala rasa akan pilu segala pilu akan biru segala biru akan ungu..aku tahu apa ungu!" aku pening..atau mungkin sudah lali bila masalah ini terjadi..bila terjadi masalah..aku berpegang pada bait-bait puisi ini.."segala yang dihasrat tapi tak dapat adalah nikmat yang paling padat"...aku sudah melalui masalah ini..dan aku sudah lama merasakan kesakitannya wahai bulan..bukan aku mahu segala masalah ini terjadi..apa salah aku kalau aku terlalu busy? apa salah aku? aku tidak mahu semua ini..berapa banyak lagi isu yang harus aku dengari? dan berapa kali harus aku akhiri perbualan dengan nada tinggi? yang sebenarnya..luka yang sudah menjadi parut kini berdarah kembali...sesiapa boleh ubatkan hati ini amatlah aku hargai...aku hanya mahu happy buat masa ini..sakit..sangat sakit tika menaip post ini...

3 comments:

Anonymous said...

Kawan, i seriously HOPE that i can make u happy, in any ways, u helped me in so many ways.. i really hope i could help u.. but i know, even if im in ur situation, it will be hard for me to make any judgement/decision/conclusion..

Saya Harap Awak Akan Terus Ceria..
Jgn Sedih, Setiap Yg Berlaku Pasti ada sebabnya..

peace!

Anonymous said...

rakan,aku dapat merasa perit hati mu.tapi keputusan itu berada di tangan mu. apa yang kau pilih itulah pilihan mu.dan bila kau telah memilih jangan sesekali kau kesal dan runsing akan orang lain.kerna kau dan hanya kau yang layak menentukan segalanya.

Anonymous said...

berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. consider yourself lucky. see how ppl still care about u walaupun u berada dlm susah. take care kay :)