Thursday, May 17, 2007

waktu itu..tahun 1992-93


waktu itu
anak kecil itu baru kenal dunia
baru faham kenapa wujudnya televisyen
setiap hari dipujuk ibunya atau abangnya
agar dibawa ke kedai video
dengan sebekas tupperware berisi syiling
dapat pita video yang mahu disewa
waktu itu tahun 1992-93..
setiap petang lepas sekolah
dipasang video wretling
waktu itu tiada stone cold
tiada the rock
dan waktu itu wrestling masih dikenali sebagai
WWF..
entah apa yang menarik minatnya
mungkin penggusti bertubuh sasa
atau gerakan pemusnah yang hanya lakonan sahaja
waktu itu dia fikir semua gerakan merbahaya
tidak cukup dengan pita video sahaja
ditambah pula dengan koleksi action-figurenya juga
ada sahaja keluaran baru
dipujuk ayahnya ke Ipoh untuk membelinya
hanya kerana patung Shawn Michael dah keluar
banyak juga koleksinya
tidak dapat patung dia bermasam duka
muncung mulutnya
dituruti tangisan bingitnya
dia tidak tahu patung itu mahal harganya
yang penting dia mahu memilikinya
mahu kumpul action figure
faveret wreslernya
dan waktu itu..
tahun 1992-1993


post ini hanya suka-suka..
mengimbau kenangan lama
waktu kanak-kanak riang gembira
mengumpul patung figura
penggusti ternama
difikirkan kembali
entah mana patung itu berada sekarang ya?

simphosia
cyberjaya

No comments: