Sunday, May 13, 2007

tangisan alam


diri tersedar seketika
membaca nukilan tulisan teman sebilik
benar katanya
dahulunya berumput hijau
sekarang berbata merah

jika dilihat malah dikenang
dahulunya kita boleh merasa kesejukan Cameron Highland
ketika itu anak muda ini masih budak hingusan
yang lagak jalannya mengalahkan orang kaya
dilihat dari jauh oleh ibunya
ketika itu baju yang dipakai
berhelai-helai
menanti kepulangan abang dan kakak dari sekolah
bermain basikal di laman
kini Cameron Highland sudah dilanda kepanasan
tiada lagi pakaian berhelai-helai
cuma perlu pakai sehelai

kalau direnung dan termenung
cyberjaya tidak lah semenggah mana
dahulunya kehijauan
kini..argh berwarna-warna bangunannya
tiada lagi daun hijau menarik perhatian
hanya tanah merah memenuhi jalan
kata kontraktor mereka mahu menggomol tanah
mahu bina bangunan atas tubuh tanah
tidak tahu mereka yang tanah sudah sumpah seranah

kasihan alam
pecah dara kerana dek tiang buatan manusia
hilang kesejukan kini bertemankan kepanasan
apa orang atasan tidak kepanasan?
oh!
aku lupa yang rumah mereka sudah dipenuhi
alat penyejukan atau air-cond
tidak merasa kesusahan rakyat mereka kepanasan
bila berlaku konfrantasi atau reformasi
pandai pula mereka mengeluarkan hujah dan isi-isi
katanya menuju era globalisasi
perlu bina bangunan tinggi-tinggi..

simphosia
cyberjaya



No comments: