Sunday, May 20, 2007

beruk..


aku ini beruk dari sejarah sengsara
bertuankan manusia yang hatinya
kalah binatang buas hutan belantara
busuk umpama himpunan sampah
yang penuh langau di sekelilingnya

aku ini beruk durjana
arahan tuan harus aku turuti
tidak kira aku penat separuh mati
panjat sana panjat sini
petik kelapa sana
petik kelapa sini
habuannya?
tiada..

aku ini beruk dari sejarah sengsara
digari..dirantai setiap hari
dibonceng ke sana ke mari
tidak berani melawan kerana
tuan ku bengis kalah Firaun
makanan ku?
apa-apa sahaja
dari bekas-bekas makanannya
adakala
seharian perutku tidak diisi
kerana salah aku
tidak mendengar arahan yang diberi
tidak mampu membuat tuan aku
tersenyum..
di kala itu rotan mahupun tangan jadi teman
lempangan sedas dimakan..

aku ini beruk pembawa sial katanya
pernah kanak-kanak kecil
datang dan bertanya kepadaku
"sampai bila nak kena pukul dan dilayan umpama macai?"
aku bersuara
dia tidak faham bahasa berukku
dia bukan dari spesisku
aku hanya dapat menitiskan air mata
tidak pernah terdetik
untuk keliru
atau untuk rasa keliru
walaupun fikiran sering terganggu
aku tidak faham kenapa aku begitu.

aku ini beruk dari sejarah sengsara
begitu banyak cerita
begitu banyak parut luka
tuan kata aku durjana
arahannya aku ikutkan jua
tak tahu kenapa
tak pernah terdetik untuk rasa ragu-ragu
aku turutkan sahaja

aku ini beruk dari sejarah sengsara.

simphosia
cyberjaya