Monday, May 07, 2007

hati lara zaman dera pelupa


jari jemari peneman papan kekunci
dari siang hingga malam hari
bertungkus lumus hingga tidak sedar terbenam matahari
masih ada kata-kata belum tersiap lagi
frasa dan kata yang disusun
boleh dikira dengan jari
untuk dihantar keesokan hari

angin tidak lagi sepoi-sepoi
bahasa yang dikarang tidak lagi sempoi
kasihan
ingatkan mampu hasilkan bahasa kiasan
bahasa sampah juga yang dikeluarkan
apa itu sahaja mampu dihasilkan?

cuba berdiri memandang langit
cuba mencari bulan
ada bulan..
tapi kasihan
bulan tiada teman
bintang tidak di sisi bulan
mungkin ditutupi awan
kerna hari seakan nak hujan

apa rasa jika berada di atas ya?
orang bawahan disuruh mengikut arahan
kalau salah dipanggil banjingan
bila diampu diberi pujian
apa rasanya jadi orang kaya?
menaiki sports car
bmw mercedes toyota
mahupun kereta nasional yang besar-
(sekadar menyebut beberapa nama)
apa,orang biasa dipandang sebelah mata?
begitu?

kalau dibaca buku sang idola
ada judul Memanggil Tun Teja
kalau dibaca raja itu kuasa
kuasa itu dera.mereka pemangsa.
apa orang kaya juga?
raja tidak kenal erti cinta
mereka hanya mahu dibelai dan dimanja
tidak kenal erti cinta
itu kata Tun Teja
tidak tahu mencinta dan dicinta
hanya mahu puaskan nafsu sahaja
yang mereka tahu apabila mereka mahu
kita mesti ada..
tidak kenal erti cinta sepenuhnya.
apa orang kaya juga sama?

aku bakal menjenggah usia 21 tahun
belum pernah ku pijak besi naik ke angkasa
apa rasa di balik awan?
apa rasa di langit biru?
kau tahu?
sudi-sudi luahkan..
banyak benda belum kucapai
banyak benda belum kudapat
bila?
aku hanya mampu angkat bahu sahaja
kalau ada..adalah
senang sahaja jawapannya..
dan harus bagaimana ya?

aku maksudkan setiap kata yang aku ucapkan
di kala bergurau kadangkala itulah waktu sindiran
dan aku maksudkan apa yang aku ucapkan
simpan di dalam ingatan..
ingat-ingatkan..
bila ku bilang jangan
maksudnya jangan
jangan dipersoalkan apa yang diperkatakan
ingat..
aku sindir dalam senyuman..

simphosia
cyberjaya

No comments: