Saturday, May 19, 2007

Suara Tok Guru Samad.


malam ini terasa sunyi
angin sepoi-sepoi perlahan meniup
langsir di kekisi
jari jemari menekan papan kekunci
di atas meja berselerak buku bersama
akhbar hari ini
(geleng kepala)
apa lagi yang pemimpin kita berbalah ni?

rak itu tersusun buku-buku seorang penulis disanjungi
dari koleksi puisi,warkah dari eropah hingga ke lantai T-Pinkie
seorang amat aku hormati
A samad said yang disegani
penulisannya amat aku kagumi
malangnya kami belum berjabat tangan lagi
hanya berkenalan melalui koleksi puisi.

malam ini
puisi-puisinya aku cuba hayati
dari dekad pertama hingga ke dekad ini
adakala suasana marah meresap ke dalam sanubari
marah pada orang-orang yang difigura bersikap pekak tuli
masih tak faham diri disindir dalam kebanyakan puisi
apa penulisan orang tua uzur datang dari Geylang Serai
hanya dibuat koleksi dan tidak perlu difahami?

apa suara hati asal petani dari
Belimbing Dalam ini tidak perlu didengari?
sayang..
"orang" itu buta,pekak dan tuli
Pak Samad mahu melihat bangsanya disanjung tinggi
dia mahu bangsanya tidak kehilangan bahasa
harus kita dengari rintihan penulis ini
jangan dibiarkan apa yang dia khuatiri terjadi;
kerana puncak ghairah pintarkan bangsa
tertakik pula usia lima dekad bahasa

berapa banyak puisi harus dijilidkan lagi
agar rintihan dia didengari?
jangan marah bila tercatit kata tidak sedap hati
perkataan biawak,buaya,ular
tulang wira apatah lagi reformasi
semua sudah dia halusi
berapa banyak puisi harus dijilidkan lagi
agar diterap nilai-nilai murni?

jika Pak Samad andaikan dia
pendekar nyata gagal berkeris bahasa

maka hasratnya harus dituruti
"orang" itu seharusnya sedar dari mimpi
bangun dari lamunan kuasa yang diberi
jangan hanya pandai memberi janji.
mahu bantu bangsa sendiri
maka bantu dengan hati yang suci
jangan dibiar Pak Samad menulis
puisi-puisi sindir pada diri "orang" itu lagi
jangan biarkan terjadi;
sekali janji,sekali nafi;
sekali pancang,sekali pincang.
ikhtibar apakah semua ini?
jika boleh jangan biar ayat ini keluar lagi.

harus didengari rintihan penulis ini.
sedarlah "orang" itu dari lamunan kuasa yang diberi

simphosia
cyberjaya

No comments: