Friday, July 06, 2007

tajuk letak sendiri!

hari ini hari jumaat..seperti biasa umat muslimin akan bersolat jumaat pabila waktunya tiba..pabila azan sudah berkumandang...khutbah dibaca oleh khatib dengan semangatnya.."bangunlah! tegakkan keadilan kuatkan iman" khatib bersuara megah...namun orang di sebelah aku berdengkur dengan kuatnya..adakala air liurnya keluar menjejeh-jejeh..itu cerita pertama..

cerita kedua..pabila selesai solat, semua orang berpusu-pusu mencari kedai makan.."arini nak makan mana la plak!" itu suara dalam minda.."ah makan kat tempat biasa je la..nasi ayam hainan..pergh! dadah dadah!" itu jawapan minda...sampai di gerai makan..order makanan biasa...arini nak pekena jus oren...dadah dadah! skali bukak wallet.."alamak lepas bayar makanan nih..tapi..alamatnya malam kang mkn roti ngan ais kosong je la.."

cerita ketiga pula..macam ni mulanya..sampai ofis dah rasa tak tahu nak buat apa..rakan kerja bising gaji x dapat lagi..yang sorang lagi ngeluh elaun masih belom diberi..yang lagi dua orang lepas geram x dapat gaji ngan shopping beli baju 2-3 helai..mamak..mamak..jom! tak yah buat keja..bilang yang sorang lagi..

cerita keempat..sampai rumah kawan-kawan tiada..semua keluar..ye la awal bulan..elaun masyuk..mereka kata "mari kita enjoy!" ikut gaya puteri.. duduk ngadap komputer sorang-sorang..makan pun sorang jer arini..layan bong yang lawaknya ntah hape-hape..baru pulang dari bank..balance kosong.."jangan bising,bank hang tak penah tak kosong!" chantek..macam mana nk bayar hutang and duit rumah? itu soalan minda...call skali kena mara da..susah btul rasa skang

aku dah tak tahu nak cerita apa..so aku mengarut sambil berkerut..cerita ini takde nak sakitkan hati sesapa..aku mengarut sambil berkerut..kalau dibaca abaikan sahaja..cerita yang tah hape-hape..tajuk pun takde..susah susah..parah!

simphosia
cyberjaya

No comments: