Friday, July 20, 2007

old days..

tika ini
aku duduk di ruang tamu seorang diri
rerakan semua sudah berada dalam mimpi
aku masih segar membuat kerja
kerja yang dibuat tanpa gaji

tika ini
aku mendengar lagu lama
lagu zaman sekolah dulu
streets of uptown
ya..aku dengar skin dulu..
kalau dibicara bersama mas roomate aku dulu
lagu ini selalu dibawa ketika jamming zaman sekolah dulu
dulu lagu-lagu a.c.ab,butterfingers memang hangat..

teringat masa zaman-zaman belajar gitar
waktu itu ketika form two..
lagu-lagu a.c.ab yang mula dipelajari
mungkin kerana hanya perlu guna power chord
maka mudah diingati

teringat zaman sekolah dulu
main bola petang-petang
tak kira panas terik atau hujan
redah aja semua
kena rotan dengan ustaz amri
itu perkara biasa..
bila datang waktu subuh
ada jer yang sanggup menyorok dalam loker
tak boleh lari dari cikgu husni..

kini dah genap 4 tahun aku tinggalkkan zaman persekolahan
ada di antara rakan-rakan sudah terbang sana sini
rusia,german,england
sebut sahaja
pasti ada mereka
sudah nasib mereka
aku bangga
walaupun mungkin di antara mereka
sudah lupa akan kenangan waktu persekolahan..

kini..
aku masih berada di sini
di ruang tamu ini..
mungkin di kala begini aku sunyi
namun aku sudah biasa begini
mungkin aku akan merapu
cakap bukan-bukan
sahaja nak sedapkan perasaan..

tidak kesah di mana anda berada
janji ilmu banyak dalam kepala
pasti disanjung seperti dewa..

"dont wanna go back to the darkdays of mine
where i've gone too far till i hurt someone
so bad.."


simphosia
cyberjaya

No comments: