Friday, July 13, 2007

tajuk letak sendiri part 2

pada mulanya, aku ingat nak bikin satu cerita romantis ala-ala "my date with drew barrymore"..namun atas beberapa sebab yang tak dapat dielak..aku batalkan sahaja niat nak buat cerita tu..jalan ceita dah ada..skrip dah ada..watak pun dah ada..namun..mood nak taip cerita tu semula..hilang...takpe..mungkin hari lain aku akan post jugak cerita tu..mungkin..aku tak jamin.. tengok pada situasi pada masa itu..oleh itu, aku buat cerita lain..nak menyedapkan hati yang tengah rungsing..

ketika itu, seorang budak bersama keluarganya keluar menikmati makan tengah hari..ketika itu dia baru berusia 12 tahun..pada masa itu budak itu suka mengumpul koleksi buku-buku bola yang ada gambar pemain kegemarannya,Ryan Giggs..nak dijadikan cerita, dia pergi ke gerai buku yang dia selalu beli buku kegemarannnya dan jilid kali itu ada poster pemain kegemarannya..dia pun tanpa berlengah berlari mendapatkan ayahnya untuk minta duit nak beli buku tuh..dia tak tahu yang ayahnya pada waktu ketika itu sedang pokai..dalam wallet ayahnya ketika itu hanya ada rm6.00 sahaja..mesin atm rosak..so takleh nak cucuk duit..apabila ayahnya berkata tak boleh..dia terus masamkan muka...kurang ajar juga..dia senyap tak berkata..muncungkan sahaja mulutnya..aku pendekkan cerita..ayahnya bengang dengan perangai anaknya yang tak memahami lantas dicampaknya duit ke arah muka budak itu..waktu itu orang ramai dapat melihat kejadian itu..budak itu terpaku...ibunya baru keluar dari kfc..ditanya kenapa..budak itu senyap sahaja..dapat dilihat ayahnya duduk di penjuru parking kereta..menangis melihat gelagat perangai anaknya, mengenang nasibnya..ditanya oleh ibu kenapa..ayahnya pun menceritakan segalanya..dikutip duit yang berada di atas lantai oleh budak itu..disimpan di dalam poket tak dibelinya buku itu..di dalam kereta semua pun senyap sahaja..sampai di rumah budak itu terus menyembunyikan diri di dalam bilik..pintu bilik diketuk oleh ibu.."kenapa buat perangai macam itu?" tanya ibu.."nak beli buku bola.."jawab budak itu.."tau tak ayah takde duit? tunggula sampai ayah ada duit..buku itu sebulan pasarannya..esok lusa pun ada lagi..tak boleh tunggu ker? kata ibu..budak itu senyap sahaja..."nanti bila dah besar taulah kamu macam mana rasa susah nak cari duit..nak tanggung makan sume..kalau tak pasal duit mesti akan timbul masalah lain..belajarlah menjadi seorang yang memahami..belajar terima bila orang cakap tak boleh..jangan ikut kepala sendiri..kurangkan ego.." nasihat ibu.."tau tak dosa besar buat ayah macam tuh sampai dia menangis? soal ibu.."tau.."jawab budak itu dalam keadaan sedeh.."pergi minta maaf dengan ayah" pinta ibu..budak itu diam membisu...tiba waktu malam..ketika semua orang sedang enak dibuai mimpi..budak itu masih lagi terjaga..ditulisnya sekeping nota..diturunnya tangga..diletakkan nota itu bersama duit yang dicampakkan oleh ayahnya siang tadi di atas meja...dan nota itu bertulis.."ayah, faiz minta maaf.." -tamat cerita-

itu sahaja cerita yang dapat aku kongsikan buat masa ini..kadangkala aku terfikir, macam mana budak lain yang merajuk dengan parentnya kalau tak dapat nak beli baju atau seluar..muncung..merajuk..tak bercakap seminggu..aku sudah serba sedikit dapat merasa keperitan dan kesusahan itu..kalau bukan pasal duit pun..pasal lain..habis cerita..

simphosia
cyberjaya

No comments: