Thursday, February 22, 2007

tika ini..

tika ini..
hujan turun dengan lebat sekali..
aku pun baru bgn nih..
yer yer..aku belom mandi dan tak makan lagi dari tengahari..

tika ini..
handphone tidak berbunyi..
hanya itunes mengeluarkan melodi..
aku menaip komen kawan-kawan sana sini..

tika ini..
aku tengah menghargai..
menghargati erti hidup sendiri..
menghargai erti sunyi..

tika ini..
aku perdengarkan sebuah lagu yang chordnya bermula dengan D..
hujan masih lebat lagi ni..
rakan sebilik masih di alam mimpi..
walaupun guruh berdentum dentam sana sini

tika ini..
aku masih berfikir..
apa yang dia bilang tadi..
luahkan sahaja apa yang ada di hati..

tika ini..
aku menaip sesuka hati..
memikirkan apa dia bilang sekejap tadi..
aku karang aku coret aku isi
kerna aku tahu dia tak mungkin membaca apa yang ada di sini..

tika ini..
aku tahu aku sunyi..
dan aku tahu..
aku masih ada rerakan di sisi
dan dia..bidadari..

tika ini...

simphosia
cyberjaya

No comments: