Wednesday, July 19, 2006

kisah seorang teman

aku punya seorang teman
yang masih dalam kebingungan
dalam membuat keputusan
memilih lelaki sebagai pasangan
ada 2 orang lelaki yang menjadi pujaan
seorang ahli perniagaan dan seorang seniman
si ahli perniagaan terkenal dengan sikap panas baran
manakala sang seniman ini baru perasan akan kehadiran teman
si ahli perniagaan sudah pun melamar akan teman dengan sebuah ikatan
namun teman ini sudah hilang kepercayaan akan si ahli perniagaan
kerana kisah silam yang amat memeritkan
di mana si ahli perniagaan ini kaki perempuan
dan tak mampu dilupakan oleh teman
terus memujuk teman agar kenangan silam itu dilupakan
sebuah kisah baru dalam kehidupan dijanjikan
bagaimana dengan sang seniman??
sang seniman sudah tahu akan kisah teman yang bakal diikat dengan ikatan
mungkin terluka hati sang seniman
baru nak di'pancing' si teman yang cantik jeiltawan
sudah mahu diikat oleh seorang lelaki yang kononnya lelaki pujaan
sang seniman tidak berputus asa di tengah jalan
dikarang lagu yang kononnya ditujukan untuk wanita idaman
agar cair hati si wanita pujaan
ada ditanya kepada si teman
"masih ada aku dalam fikiran?"
si teman terdiam hilang tujuan
"tidak"
ringkas sahaja jawapan
namun jawapan itu hanya penipuan
kerana teman masih lagi dalam kebingungan
dalam membuat keputusan
sang seniman tetap berada di fikiran
namun teman menjadi mangsa keadaan
si ahli perniagaan masih menunggu hari sebagai ikatan
sang seniman hadir ketika teman berada dalam keadaan tertekan
hati kedua-dua buah keluarga juga berada dalam fikiran
si ahli perniagaan sudah pun menghantar rombongan
hati bakal ibu mertua membuatkan teman tertekan
teman berdoa agar berlaku sebuah keajaiban
agar ikatan ditundakan
dalam mencari jawapan yang bisa memuaskan
hanya Tuhan sahaja yang sekarang teman harapkan
dalam membuat keputusan........

p/s: ini kisah kawan aku..moga Tuhan membantunya dalam membuat keputusan..

2 comments:

Anonymous said...

lama tak nampak,
mana tercampak?

alliyah said...

ikatan sudah terikat, namun hatinya masih diawang2an..yang pasti sang seniman masih dalam fikiran..
hahahaha..thanks faiz..