Thursday, July 27, 2006

curhat..

aku terpanggil untuk menulis post ini selepas membaca blog kakak aku...

walau tak ada yang sempurna,
hidup ini indah begini adanya..

-filosofi kopi-

"Walau kita masukkan hidup kita dalam situasi yang complicated, mungkin itulah indah dia kot?"

-kulatkulat-

bunyinya seperti pelik namun jika difikirkan kembali mungkin ada kebenarannya..mungkin kita seharusnya menerima segala perkara yang terjadi dalam hidup kita..tidak kira pahit atau manis..dan ya,kita harus menghayatinya...mungkin jika sesuatu yang perit berlaku dalam kehidupan..kita harus menghayatinya...mana tau ia indah..kerana perkara yang terjadi itu mungkin tidak terjadi pada individu lain..dan kita telah merasai 'keindahan'nya...aku masih teringat kata-kata sahabat aku,Khir.."selalu kita merasai rasa gembira,tak salah kita merasai rasa sakit..." pada aku ayatnya indah sekali..pada aku yang pernah merasa sakit itu..ianya amat indah jika dihayati dan diamati..tapi tak nak lah ianya berlaku setiap hari..so,aku harap kakak aku dapat menghadapi segalanya dengan tenang..tak semua perkara itu kita dapat dengan mudah..kerna seperti kata Heirzy, "dunia ini tidak adil!","hidup tak selalunya indah"..

Aku baru pulang dari kedai makan..dan ketika ini aku sendirian di dalam bilik sambil layan lagu yang ada dalam winamp ni..Tajuknya Ruang Legar dari Fathulistiwa..aku suka lagu ni..dalam sendirian aku terfikir tentang perkara-perkara yang terjadi dalam hidup..muhasabah diri..banyak lagi perkara yang aku tak buat lagi..banyak lagi benda yang aku nak tapi tak dapat lagi..mungkin susah nak dapat..tapi aku tahu dengan usaha,benda tu kita leh dapat..jika tak dapat,aku terima sahaja..kerana aku berpegang pada puisi sasterawan negara kita,A.Samad Said..

Segala yang dihasrat tapi tak dapat adalah nikmat yang paling padat.

(Nikmat,1973)

Aku tertarik dengan komen yang diberikan oleh seseorang tentang post aku bertajuk 'kosong-kosong'...aku hanya mampu tersenyum ketika membacanya..actually ayat tu adalah bait-bait lagu pak pandir ketika dia mempersembahkan lagu bertajuk 'kosong-kosong'..lagu itu adalah sebuah lagu cinta..liriknya terlalu indah untuk dihuraikan oleh orang seperti aku yang masih mentah dalam puisi..

Sekarang ni dah 3 tahun aku study di MMU nih..sekejap jer rasa..macam baru semalam still Alpha lagi..n rasa macam baru semalam aku lepak dengan rakan-rakanku di terminal,tempat kami selalu lepak..sekarang ni macam susah jer nak lepak sesama kerana timetable kitorang dah berbeza,ikut majoring masaing-masing..dlm majoring aku nih,aku leh melepak ngan Paan je lah..efry,apai,bk,amin,ken,poji majoring dalam Dm..Hakim masih setia dengan Film and Animation..chingy lak major major ID..bob,dato,heirzy lak major dalam VR..jarang untuk lepak macam dulu-dulu..haza dah keja dah..practical kat usj..man dan ahli-ahli mushbutton pun dah lama aku x jumpa..dah lama tak folo dorang jamming..aku nk melepak ngan korang! rindu nak bergelak ketawa ngan korang!


Chenta? huhu masih setia bersama aku..kitorang dah setahun bersama..Alhamdulillah..aku harap hubungan ini akan berkekalan selamanya..makin lama makin sayang aku kat dia...sayang aku dah tido dah masa aku taip post nih..huhu..rindu kat dia..sayang..i miss u n yes, i love u more..

aku rasa setakat ini dulu tulisan aku untuk kali ini..dah lama tak taip panjang-panjang macam ni..sekali sekala..

Al-Fatihah kepada arwah Amin,sahabatku...



sekian..:)


No comments: