Friday, April 06, 2007

love story dulu dan sekarang.

malam itu agak sejuk persekitannya.maklumlah hari baru lepas hujan.masih ada titisan dari langit renyai-renyai.

keadaan di mamak hari itu agak sunyi.kurang pelanggannya.seperti biasa jiji melepak di table kegemarannya.

dalam dia menikmati air nescafe tarik sambil dihembus asap ke udara,dia didatangi seorang lelaki yang agak berumur.

"boleh pakcik tumpang duduk di sini? ditanya kepada jiji.
"sila la pakcik..saya pun sorang sahaja." jawab jiji.
"malam ni siapa lawan siapa? mana kawan-kawan kau yang lain?" soal pakcik yang agak berumur sambil menonton televisyen.
"chelsea valencia pakcik.kawan-kawan saya sibuk dengan urusan masing-masing." kata jiji sambil tersenyum.
"saya pilih chelsea.pakcik?" sambung jiji.
"dah kau pilih chelsea,pakcik amik valencia la."jawab pakcik sambil tersenyum.

tiba-tiba hanfon jiji bunyi..sms masuk..jiji tersenyum..

"makwe sms yer..?"soal pakcik itu.
"yeah.."jawab jiji pendek.
"budak sekarang senang..boleh kenal dl..kenal perangai..jumpa selalu..dating sana sini.."kata pakcik itu sambil menghirup kopi yang diordernya.
"apa maksud pakcik?" soal jiji dengan seribu pertanyaan.
"cara korang bercinta berbeza dengan zaman pakcik dulu..kami dulu,kahwin dulu baru bercinta..baru kenal antara satu sama lain..macam korang..dah kenal baru kahwin..cara kita berbeza..apa rasanya ya?" bilang pakcik itu.
"zaman pakcik dulu, pakcik mengkagumi cerita cinta Hang Tuah dan Tun Teja mahupun Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang..zaman kami, kami menonton cerita cinta Romeo n Juliet atau Mr n Mrs Smith.jauh bezanya.."bilang jiji panjang.
"namun begitu,banyak pro dan contranya.."bilang pakcik itu lagi.
"benar,mungkin di zaman pakcik tiada masalah dalam mengenal hati budi,kurang budaya terpengaruh, kurang pergaduhan mahupun kecurangan..namun di zaman kami,saya tak nafi benda itu banyak berlaku..tapi kami belajar..belajar mengenal erti cinta.."jawab jiji selamber.
"bagaimana?" soal pakcik itu lagi.
"ada di kalangan kami,masih terlalu muda untuk bercinta.namun masih ghairah mahu mencubanya.ada yang sudah matang menghadapinya.ada di kalangan kami, perlu diajar cara bercinta..perlu diajar cara menghargai..perlu belajar erti kehilangan..ada yang kena ajar erti setia..ada yang kena ajar jangan buat benda orang tak suka..perlu diajar erti kesabaran mengatasi segala kemungkinan.ada pula yang kena ajar cara bertolak ansur serta bertimbang rasa..kadang-kadang memanglah serabut menghadapinya.bila datang bab curang,pandai-pandailah kami mengatasinya.agak sukar untuk mendapatkan kembali kepercayaan.." jawab jiji panjang sambil dihembus asap rokok camelnya.
"ada di kalangan kami,punya dewa dan dewi cinta,itu benchmarknya."sambung jiji.
"bagaimana pula dengan dosa? zaman kamu ramai pasangan melakukan dosa.." soal pakcik itu lagi.
"ouh bab itu.tertakluk pada diri memasing.saya tak mahu bercerita mengenainya."jawab jiji pendek.
"zaman kamu ramai dah peluk sana sini,cium sana sini seperti dilakukan oleh bangsa itu." kata pakcik itu seperti geram.
"yeah..tak dinafikan..tapi bagaimana pula dengan dosa seorang lelaki tua yang dari tadi matanya meliar melihat gadis muda, bohsia melintas di hadapannya..? apa itu bukan dosa? soal jiji selamba.
"saya nampak pakcik usha pompuan yang pakai seluar dalam kaler pink itu.." sambung jiji.

pakcik itu diam.dihembusnya asap rokok.ditontonnya perlawanan bola tanpa menjawab soalan jiji tadi.

jiji tersenyum sinis.

Habis cerita.

p/s: aku terlalu sibuk dengan assignment hingga terlupa nak update cerita.tiada masa.hingga sekarang masih belum tamat buku cerita "Quiksilver" yang dibaca.

"its slightly hurt when u know u're change but still people think u're just the same"

simphosia
cyberjaya

No comments: