Monday, June 18, 2007

akulah yang agong!

haritu gua sendirian..kerana kebosanan tahap dewa gua ambil keputusan nak melepak sahaja di mamak depan rumah gua..bebudak umah gua semua hilang..mungkin kerana malam minggu..masing-masing ada hal sendiri..dari rumah gua berjalan..dengan sebatang rokok di tangan gua dapat lihat couple2 jalan berpimpin tangan..bukan main mesra..gua tengok langit..saja gua cari bintang..ah bintang takde lagi malam nih..mungkin sebab ditutupi awan atau memang bintang tu dah hilang dah..peduli apa gua! sampai di kedai makan..gua order burger biasa ngan teh o ais..menu biasa gua..sedang gua layan feeling lonely sorang-sorang..gua didatangi seorang mamat yang tinggi tak tinggi la..rambut kerinting..gaya retro.."brader,pinjam lighter" kata dia..gua bagi lighter."lu sorang je ke brader? kanchik takder ker?" soal mamat tuh.."kanchik gua kat umah.." "oh! kire lu lonely ar ni?" kata dia lagi.."lebih kurang macam tu la..!" jawab gua selamba.."lu dah lama menapak sini ke brader?" tanya dia lagi sambil dia slow2 tarik kerusi sambil melabuhkan punggungnya."ada la 3 tahun gua dah menapak kat sini." jawab gua.."nama gua mustakim" kata mamat tuh.."gua weng" kata gua sambil salam tangan mamat tuh."weng? macam nama hero cerita the single la lu brader" "gua minat gila cerita tuh..setiap episod gua folo, sian weng bini cun dia mati..dah la bini mati..loser plak tuh..takder arah tuju hidup dia.."bicara mamat mustakim nih.."lu takde awek ker?" soal gua.."gua? dulu ada tapi sekarang dah takde..gua kena tinggal kerana gualah Mustakim yang agong!" kata mamat nih..gua dah naik pelik dah ngan gaya mamat nih...cakap dengan tangan2 menari.."gua dulu hidup terumbang ambing brader..gua angkat sumer..tapi bila jumpe sorang minah nih, hidup gua berubah..gua mula kenal tuhan..siap member-member gua cakap perubahan gua terlalu ketara.."kata mamat tuh.."asal member lu cakap macam tuh?" soal gua.."cerita dia panjang brader..gua ringkaskan la eyh..senang citer gua banyak ikut kata orang..gua menurut kata orang..gua hamba pada seseorang..!" jawab mustakim."hidup gua susah brader..tapi kerana perhubungan suci..gua jenis tarahal la..kira macam ayat melayu tuh..lautan api sanggup gua renangi la..tapi itulah dia brader..dia ingat gua ni jenis tarahal.so semua kehendak dia gua cuba la tunaikan..kalau tak abih gua kena sembur gua cakap lu!"kata mustakim.."gua dapat nama agong tu sbb orang cakap perangai gua sentiasa nak betul..memang ikut kepala gua la! gua jadi macam ni sbb gua dah go thru macam2 benda..gua dah penah susah sampai gua ikat perut dekat dua minggu..gua dah kena maki..gua dah kena pukul..gua dah penah kena campak dalam tong sampah..gua dah penah kena baling masuk dalam longkang..gua dah penah ikut orang sampai ke pusat bandar! gua dah penah kena hambat..gua dah lalui macam2..sebab tu gua agong! sbb orang lain x susah macam gua..parent orang lain bawak keta besar2..setiap minggu ada je duit masuk..gua bukan macam tuh..gua nak minta duit pon gua rasa serba salah..orang lain x lalui benda tuh! gua nak beli seluar levi's pun tak mampu..orang lain merajuk je terus dapat..gua buat macam tuh..memang gua kena lempang la..kerana itulah gua Mustakim yang agong! orang sampai satu tahap bila gua nak mengadu problem..dia terus paling muka! cakap gua tak abih2 dengan problem..gua tahu gua sengkek..gua tau gua banyak problem..sebab tu gua kena tinggal..tak kira la gua berkorban banyak mana pon..gua ungkit ker gua tetap dipandang rendah..kerna itulah gua Mustakim yang agong! sama macam Julius Caesar!" kata mamat tuh panjang lebar..gua hanya diam membisu.."brader, gua kena gerak dl ar..gua nak berhujah tempat lain pulak! ingat, gualah Mustakim yang agong!" kata mamat tu sambil salam tangan gua...dia pon blah dari meja gua..gua sebenarnya terpinga2.."dey macha! itu orang gila la.."kata mamak yang buat burger tuh..gua hanya senyum sinis..gua pun pulang ke rumah sambil gua terfikir apa yang mamat Mustakim tu cakap..sian dia susah..sanggup rendahkan ego..sanggup ikut kata orang..sanggup jadi hamba abdi orang..sian dia gila! itulah Mustakim yang Agong! lu nak cakap apa sekarang!! tak puas hati cakap la! gua dah lama simpan! itu ayat Mustakim yang Agong!

simphosia
cyberjaya