Monday, January 29, 2007

lorong

bila berlaku percanggahan emosi
iya..
ibarat pertembungan Sunni dan Sufi

terkadang-kadang
rasa ingin berendam di dalam naskhah ini
terpelihara bahasa duniawi
terkawal makna insani

apa yang kau dapat di sebalik topeng kegembiraan?
hanya mahu menutup kepahitan
mungkin kenangan yang sukar dilupakan
atau kau mahu meratapi tangisan di sebalik topeng kegembiraan?

bila mendongak ke awan
terkadang fikir tentang nota buat bulan
namun aku masih berpijak di tanah
masih berpegang kepada amanah

di sebalik senyuman
sebenarnya masih tercalit kesedihan
yang mungkin tak logik di fikiran
yang kawan masih makan kawan

fragment dan tekniknya masih bikin aku celaru
ayat-ayatnya masih kelabu
apa yang diharap oleh aku?
entah..
aku pun tak tahu
tiada biru
atau mahupun ungu..

aku tahu ada yang tahu
tapi tak mahu membantu..

simphosia
cyberjaya

No comments: