Friday, August 04, 2006

kisah sahabat..

aku punya seorang sahabat
yang janggutnya kurang lebat
bakat yang ada padanya taklah hebat sangat
duitnya pun kurang lebat...
kesian si sahabat
terkena panahan kata-kata yang sungguh hebat
membuatkan air matanya turun dengan lebat..

tamat sudah hidup si sahabat
yang dikatakan kesetiaannya umpama Tuah dan Jebat
apa lagi kau boleh buat sahabat?
kerana kesetiaan kau diendahkan oleh orang yang lagi hebat
kesetiaanmu ditolak bulat-bulat
sakit dan perit yang kau dapat...

kesian si sahabat
dah tak tau apa nak buat
tak keruan hidupmu dibuat oleh orang yang lagi kuat
kecekalanmu dah tak kuat
kesabaranmu diuji dengan cabaran yang lagi hebat
kesetiaanmu dah tak bermakna wahai sahabat
hatimu dicincang lumat-lumat
fotomu disiat-siat
kata hati dan fikiranmu juga sudah tak sependapat..

ingat lagikah kata-katamu sahabat?
lelaki bakal jatuh kerana tiga TA..
harTA,takhTA dan waniTA
haih..
aku pun tak tau la sahabat
kau fikirlah dengan cermat
jangan aku tengok katilmu penuh dengan ubat..

tiada lagi yang perlu diperdebat..
kau jatuh kerana seseorang yang amat hebat...
kau harus terimanya bulat-bulat
jangan diri kau diperlakukan seperti seorang Muksibat..

No comments: