Wednesday, August 09, 2006

jawapan kisah sahabat

ini adalah jawapan daripada sahabat aku tentang post aku sebelum ni..

ribuan terima kasih wahai sahabat
tentang postmu sebelum ini..

benar janggut ku kurang lebat
begitu jua dengan duitku
tak perlu dikesiankan pada aku ini
kerna memang patut pun
aku terkena panahan kata-kata itu
kata-kata biadap serta pincang
yang tak setinggi darjat tuan punya badan..

apa benar kesetiaanku ditolak bulat-bulat?
kisah hidupku masih belum tamat
kesetiaanku masih umpama Tuah dan Jebat
sakit dan perit sudah menjadi kebiasaan bagiku
tidak mahu ku kongsi bersama dengan sesiapa
kerna lukanya masih ada..

tidak perlu dikesiankan aku ni wahai sahabat
aku masih tahu apa nak buat
malah aku masih waras..punya akal
tidak perlu ditunjukkan jalan
tidak perlu disuluhkan jalan
kesabaran dan kecekalan ku sentiasa ada bersama
biarlah fotoku disiat-siat
hatiku dicincang lumat-lumat
aku sudah biasa dengan keadaan itu..
bagaimana kau tahu kata hati dan fikiranku tak sependapat?

aku tahu aku ni kurang hebat
lagi-lagi dikenakan oleh seseorang yang teramat hebat
aku kalah bila berdebat...
aku terima segalanya
namun tak akan aku kongsi sakit dan perinya..

jangan kau bicara tentang aku ini muksibat
kerna kau pun sama sahabat...
kenapa?
walau nama kita berbeza
kita masih berkongsi tuan badan yang sama

-dirtyprettyugly-

2 comments:

Anonymous said...

VR Troopers will rule them all.

Anonymous said...

apa guna asek nak berdebat,
kalau kita tak pernah cukup solat,
hari kiamat semakin dekat,
mari taubat cepat cepat.