Friday, March 31, 2006

sedarlah..

sahabat..
kenapa kau masih termenung di situ?
kenapa kau masih menyorok di lorong itu?
kenapa kau tinggalkan aku?

sahabat..
sedarlah kau..
tiada siapa yang ubah diri kau..
kau mengubah diri kau sendiri..

sahabat..
buangkan panas baran kau..
kurangkan ego kau...
campak lah topeng itu..

sahabat..
kau masih ingat bila kau tinggalkan aku?
waktu itu pada bulan puasa..
di mana waktu dia kuar berbuka bersama kawannya..
saat itu kau terus lenyapkan aku dari hidup kau..
puisi yang dikau karang tidak lagi berseni..
semuanya berbau api kemarahan..
semuanya kerana terlalu melayan emosi..

sahabat..
layankan sahaja kedegilannya..
jika benar kau mencintainya..
jika benar pilihannya salah..
maka die akan sedar kesalahannya..

sahabat..
aku faham apa yang tersirat di hati kau..
namun mengapa kau tidak mahu berkongsi bersama aku?
aku faham kau bukan mahu memutar belitkan keadaan..
kau hanya memilih jalan yang banyak simpangnya daripada jalan yang lurus
kerana kau tidak mahu hatinya disiat-siat dengan duri di jalan lurus itu..

sahabat..
aku tahu kau mencintai dirinya
banyak pengorbanan kau lakukan..
sama ada die sedar ataupun tidak..
itu haknya..
asalkan kau ikhlas membantunya..

sahabat..
sedarlah kau dari fantasi yang kau bina..
kembali ke alam realiti..
berjalanlah kau bersama aku..
biar aku menjadi petunjukmu..
biar aku berada dalam acuan brownies itu..
jika kau mahu brownies itu terasa cintanya..
terasa keistimewaannya..
untuk diberikan kepada chenta..

No comments: