sahabat..
apa yang kau renungkan lagi?
apa lagi yang kau fikirkan?
kau hanya mampu memandang bintang dan merasai sejuknya angin malam..
sahabat..
baru sekarang kau kesali?
baru sekarang kau terasa sakitnya sedangkan dia sudah lama memendamnya?
kau hanya mampu duduk termenung memandang anak tangga itu..
sahabat..
ku sangkakan kau kuat..
rupa-rupanya kau lemah..
hati kau hanya mampu menangis..
menahan pedih luka yang kau sendiri lakukan..
tidak kira sembuh macam mana pun luka itu..
parutnya tetap ada bersama kau selamanya..
sahabat..
fikirkanlah yang terbaik..
korbankanlah apa yang perlu..
sembuhkan lah dia secepat mungkin..
jika kau tidak mahu kehilangannya..
aku tahu berat untuk kau hadapinya..
fikirkan lah...
selebar mana pun senyuman kau..
hati kau tetap menangis..
Friday, March 31, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
selebar mana pun senyuman kau..
hati kau tetap menangis..
hoh hoh hoh..
aku terasa jugak sakit dia.. =(
to be a tough person u have to go through tough times...
sacrifice is something nobel...
Post a Comment