Monday, August 14, 2006

itulah aku..


muzik itu hidup aku
melodi itu perjalanan hidup aku
lirik itu suara aku..

Saturday, August 12, 2006

handphone dia dan aku

takde cita menarik arini...aku bz ngan keja-keja aku..buat 3d la..report la...macam-macam..sakit kepala..pecah kepala...stress....tapi rasa mcm nk kongsi handphone idaman aku dan dia..



ni handphone idaman dia..razr V3 black



ni handphone idaman aku..razr V3i limited edition

aku tengah stress dengan assignment......

Friday, August 11, 2006

seringkali..

aku kat dalam bilik..tengah serabut cari idea nak buat assignment yang nk kena antar ari selasa ni..sambil-sambil tu aku layan jiwa dengar lagu...lagu 'seringkali' nyanyian teacher's pet..

diri ini selalu ingin bersamamu,
bila ku terkenangkan kemesraan bersamamu sayang..
masihkah aku di hatimu?


tiada apa lagi yang harus diperkatakan..hanya mampu tersenyum..segalanya hanya dapat disimpan dalam hati..tidak dapat dikongsi...tak mampu bersuara..hanya mampu tersenyum..

aku benci keadaan aku sekarang..

Thursday, August 10, 2006

sekadar kata


aku dan dia..



di dalam bilik ini
di hadapan monitor ini
aku hanya mampu tersenyum sendiri
pabila mengingatkan peristiwa yang terjadi
ada yang boleh dijadikan kenangan indah
kenangan yang cukup indah
yang bisa membuat aku tersenyum selalu
hendak ku kongsi bersama...

di dalam bilik ini
di hadapan monitor ini
yang indah pasti ada sakitnya
dalam gembira ada sedihnya
senyuman ditutup dengan linangan air mata
aku memegang tisu yang basah dengan air mata
bukan air mata aku

tapi air mata dia....


sekadar lidah yang singkat,
sekadar kata yang berkat...

-A.SAMAD SAID-


Wednesday, August 09, 2006

jawapan kisah sahabat

ini adalah jawapan daripada sahabat aku tentang post aku sebelum ni..

ribuan terima kasih wahai sahabat
tentang postmu sebelum ini..

benar janggut ku kurang lebat
begitu jua dengan duitku
tak perlu dikesiankan pada aku ini
kerna memang patut pun
aku terkena panahan kata-kata itu
kata-kata biadap serta pincang
yang tak setinggi darjat tuan punya badan..

apa benar kesetiaanku ditolak bulat-bulat?
kisah hidupku masih belum tamat
kesetiaanku masih umpama Tuah dan Jebat
sakit dan perit sudah menjadi kebiasaan bagiku
tidak mahu ku kongsi bersama dengan sesiapa
kerna lukanya masih ada..

tidak perlu dikesiankan aku ni wahai sahabat
aku masih tahu apa nak buat
malah aku masih waras..punya akal
tidak perlu ditunjukkan jalan
tidak perlu disuluhkan jalan
kesabaran dan kecekalan ku sentiasa ada bersama
biarlah fotoku disiat-siat
hatiku dicincang lumat-lumat
aku sudah biasa dengan keadaan itu..
bagaimana kau tahu kata hati dan fikiranku tak sependapat?

aku tahu aku ni kurang hebat
lagi-lagi dikenakan oleh seseorang yang teramat hebat
aku kalah bila berdebat...
aku terima segalanya
namun tak akan aku kongsi sakit dan perinya..

jangan kau bicara tentang aku ini muksibat
kerna kau pun sama sahabat...
kenapa?
walau nama kita berbeza
kita masih berkongsi tuan badan yang sama

-dirtyprettyugly-

Friday, August 04, 2006

kisah sahabat..

aku punya seorang sahabat
yang janggutnya kurang lebat
bakat yang ada padanya taklah hebat sangat
duitnya pun kurang lebat...
kesian si sahabat
terkena panahan kata-kata yang sungguh hebat
membuatkan air matanya turun dengan lebat..

tamat sudah hidup si sahabat
yang dikatakan kesetiaannya umpama Tuah dan Jebat
apa lagi kau boleh buat sahabat?
kerana kesetiaan kau diendahkan oleh orang yang lagi hebat
kesetiaanmu ditolak bulat-bulat
sakit dan perit yang kau dapat...

kesian si sahabat
dah tak tau apa nak buat
tak keruan hidupmu dibuat oleh orang yang lagi kuat
kecekalanmu dah tak kuat
kesabaranmu diuji dengan cabaran yang lagi hebat
kesetiaanmu dah tak bermakna wahai sahabat
hatimu dicincang lumat-lumat
fotomu disiat-siat
kata hati dan fikiranmu juga sudah tak sependapat..

ingat lagikah kata-katamu sahabat?
lelaki bakal jatuh kerana tiga TA..
harTA,takhTA dan waniTA
haih..
aku pun tak tau la sahabat
kau fikirlah dengan cermat
jangan aku tengok katilmu penuh dengan ubat..

tiada lagi yang perlu diperdebat..
kau jatuh kerana seseorang yang amat hebat...
kau harus terimanya bulat-bulat
jangan diri kau diperlakukan seperti seorang Muksibat..

Wednesday, August 02, 2006

kerana wanita...


ketika ditemuga seluruh kerabat keluarga
katakan kau seorang doktor majistret atau lawyer
ahli muzik tak main..satu sen pun tak laku
jika diriku yang kau mahu..
pastikan rombongan dipenuhi hantaran
dengan sebiji ferrari merah
barulah kau nampak gah
selipar jepon pun boleh jadi lawa...

Tuesday, August 01, 2006

pain..

Cicero's original text: "…neque porro quisquam est, qui dolorem ipsum quia dolor sit amet, consectetur, adipisci velit, sed quia non numquam eius modi tempora incidunt ut labore et dolore magnam aliquam quaerat voluptatem. Ut enim ad minima veniam, quis nostrum exercitationem ullam corporis suscipit laboriosam, nisi ut aliquid ex ea commodi consequatur? Quis autem vel eum iure reprehenderit qui in ea voluptate velit esse quam nihil molestiae consequatur, vel illum qui dolorem eum fugiat quo voluptas nulla pariatur?"

H. Rackham's 1914 translation: "Nor again is there anyone who loves or pursues or desires to obtain pain of itself, because it is pain, but because occasionally circumstances occur in which toil and pain can procure him some great pleasure. To take a trivial example, which of us ever undertakes laborious physical exercise, except to obtain some advantage from it? But who has any right to find fault with a man who chooses to enjoy a pleasure that has no annoying consequences, or one who avoids a pain that produces no resultant pleasure?"

Sunday, July 30, 2006

menulis itu bahagia dalam derita..

"Dan penulisan karya(atau novel) pada dasarnya adalah penjejakan kembali kepada kenangan itu, bukan kerana keinginan senimannya untuk merasakan semula kesengseraannya, tapi kehangatannya untuk berfikir dan bertanya tentang kewajaran peristiwa dan tabii manusia dalam kehidupannya.."

"Walaupun benar yang dikisahkan "cerita", tapi "cerita" itu sebenarnya adalah bukti kesengsaraan hati nurani pengarangnya sesudah dia berfikir lama tentang penderitaan itu.."

A.SAMAD SAID
sasterawan negara

kisah di kedai mamak..

satu hari di kedai mamak..

sahabat: faiz..aku nk tanye ko satu benda..
aku: arr..ape kebenda lagi? aku ngah makan nih..
sahabat: pada ko ar..ape itu cinta?
aku: ko ni mabuk ker demam? x penah-penah ko tanye soalan mcm ni..
sahabat: jawab je ar..aku sepuk jugak ko kang..
aku: benda tu subjektif ar..susah siot..
sahabat: ko xde pendirian ar..
aku: itulah aku!! ko mcm x kenal aku! okok.. cinta tu..klu kata armand gigi..cinta membutuhkan ketulusan dan pengorbanan..
sahabat: ko setuju ar ngan kata die tuh?
aku: setuju...mmg btul pon ape die kate..
sahabat: pengorbanan dari segi ape?
aku: banyak ar..masa,duit..lifestyle...org kate bila bercinta..sume pun leh ubah..eventhough benda tu ko x setuju..tp sbb sayang punya pasal...
sahabat: ko sanggup korban duit?
aku: babi! ko ni mcm baru kenal aku smalam..aku ni jenis tarahal la..biarlah abis banyak mana pun aku x kesah..
sahabat: ape pulangan ko dapat? sama gak?
aku: aku x harapkan pulangan..sbb bukan sume org sama..org xleh buat mcm mana kite buat..penghargaan..itu je..aku nk dihargai..bukan harap pulangan yang setimpal..
sahabat: aku x puas hati..buang duit la kire..
aku: aku dah ckp benda ni subjektif..hak individu...skang ko lak x puas hati..
sahabat: xde ar..kite dah bagi banyak..last2 x dpt ape2..
aku: suke ati ko ar...aku nk balik..
sahabat: weh..jap..birthday ko nanti..ko nak ape?
aku: ko br dpt duit kan? aku nk jaket adidas takpun jeans baru..ok?
sahabat: wah..babi...demand giler...mahal tuh!
aku: untuk awek..mak ko..ko leh kasi motorola baru kan? ape salahnya ko hadiahkan aku benda tuh...?
sahabat: erk..itu lain..aku x mampu ar...
aku: ko x mampu ke atau ko kedekut nk keluar duit? kad pun jadi ar..
sahabat: (terdiam)
aku: aku blk dl...chow
sahabat: hmmok...chow

sekian..

Thursday, July 27, 2006

curhat..

aku terpanggil untuk menulis post ini selepas membaca blog kakak aku...

walau tak ada yang sempurna,
hidup ini indah begini adanya..

-filosofi kopi-

"Walau kita masukkan hidup kita dalam situasi yang complicated, mungkin itulah indah dia kot?"

-kulatkulat-

bunyinya seperti pelik namun jika difikirkan kembali mungkin ada kebenarannya..mungkin kita seharusnya menerima segala perkara yang terjadi dalam hidup kita..tidak kira pahit atau manis..dan ya,kita harus menghayatinya...mungkin jika sesuatu yang perit berlaku dalam kehidupan..kita harus menghayatinya...mana tau ia indah..kerana perkara yang terjadi itu mungkin tidak terjadi pada individu lain..dan kita telah merasai 'keindahan'nya...aku masih teringat kata-kata sahabat aku,Khir.."selalu kita merasai rasa gembira,tak salah kita merasai rasa sakit..." pada aku ayatnya indah sekali..pada aku yang pernah merasa sakit itu..ianya amat indah jika dihayati dan diamati..tapi tak nak lah ianya berlaku setiap hari..so,aku harap kakak aku dapat menghadapi segalanya dengan tenang..tak semua perkara itu kita dapat dengan mudah..kerna seperti kata Heirzy, "dunia ini tidak adil!","hidup tak selalunya indah"..

Aku baru pulang dari kedai makan..dan ketika ini aku sendirian di dalam bilik sambil layan lagu yang ada dalam winamp ni..Tajuknya Ruang Legar dari Fathulistiwa..aku suka lagu ni..dalam sendirian aku terfikir tentang perkara-perkara yang terjadi dalam hidup..muhasabah diri..banyak lagi perkara yang aku tak buat lagi..banyak lagi benda yang aku nak tapi tak dapat lagi..mungkin susah nak dapat..tapi aku tahu dengan usaha,benda tu kita leh dapat..jika tak dapat,aku terima sahaja..kerana aku berpegang pada puisi sasterawan negara kita,A.Samad Said..

Segala yang dihasrat tapi tak dapat adalah nikmat yang paling padat.

(Nikmat,1973)

Aku tertarik dengan komen yang diberikan oleh seseorang tentang post aku bertajuk 'kosong-kosong'...aku hanya mampu tersenyum ketika membacanya..actually ayat tu adalah bait-bait lagu pak pandir ketika dia mempersembahkan lagu bertajuk 'kosong-kosong'..lagu itu adalah sebuah lagu cinta..liriknya terlalu indah untuk dihuraikan oleh orang seperti aku yang masih mentah dalam puisi..

Sekarang ni dah 3 tahun aku study di MMU nih..sekejap jer rasa..macam baru semalam still Alpha lagi..n rasa macam baru semalam aku lepak dengan rakan-rakanku di terminal,tempat kami selalu lepak..sekarang ni macam susah jer nak lepak sesama kerana timetable kitorang dah berbeza,ikut majoring masaing-masing..dlm majoring aku nih,aku leh melepak ngan Paan je lah..efry,apai,bk,amin,ken,poji majoring dalam Dm..Hakim masih setia dengan Film and Animation..chingy lak major major ID..bob,dato,heirzy lak major dalam VR..jarang untuk lepak macam dulu-dulu..haza dah keja dah..practical kat usj..man dan ahli-ahli mushbutton pun dah lama aku x jumpa..dah lama tak folo dorang jamming..aku nk melepak ngan korang! rindu nak bergelak ketawa ngan korang!


Chenta? huhu masih setia bersama aku..kitorang dah setahun bersama..Alhamdulillah..aku harap hubungan ini akan berkekalan selamanya..makin lama makin sayang aku kat dia...sayang aku dah tido dah masa aku taip post nih..huhu..rindu kat dia..sayang..i miss u n yes, i love u more..

aku rasa setakat ini dulu tulisan aku untuk kali ini..dah lama tak taip panjang-panjang macam ni..sekali sekala..

Al-Fatihah kepada arwah Amin,sahabatku...



sekian..:)


Wednesday, July 26, 2006

kesilapan saya..

Saya terbangun daripada latar hidup berbeza. Kesilapan saya: Saya dicelikkan oleh ilmu. Pemain akordion yang sempat belajar daripada kehidupan. Dan .. dan ilmu ini - ilmu kehidupan ini - terus menggugat saya, mempertanyakan tanggunjawab saya bukan terhadap diri saya, tapi terhadap bangsa dan tanah air saya ... seorang yang terlalu terseksa oleh batinnya.

-muhairi-
Lantai T. Pinkie

Tuesday, July 25, 2006

pak turut..


menurut biar berakal,
mengikut biar pintar..

tak kusangka dalam pintar
kau masih mengikut telunjukku
kau biarkan kepala kau dipijak
kau biarkan diri kau dihina,diherdik...

apa yang kau dapat dari aku dengan kesetiaanmu?
kau masih di bawah telapak kakiku..

"asal kau bodoh sangat ni?"


sirna


suaramu sejelas mimpiku yang semalam..

kosong kosong


invest banyak-banyak
pulangan kosong-kosong..

Wednesday, July 19, 2006

kisah seorang teman

aku punya seorang teman
yang masih dalam kebingungan
dalam membuat keputusan
memilih lelaki sebagai pasangan
ada 2 orang lelaki yang menjadi pujaan
seorang ahli perniagaan dan seorang seniman
si ahli perniagaan terkenal dengan sikap panas baran
manakala sang seniman ini baru perasan akan kehadiran teman
si ahli perniagaan sudah pun melamar akan teman dengan sebuah ikatan
namun teman ini sudah hilang kepercayaan akan si ahli perniagaan
kerana kisah silam yang amat memeritkan
di mana si ahli perniagaan ini kaki perempuan
dan tak mampu dilupakan oleh teman
terus memujuk teman agar kenangan silam itu dilupakan
sebuah kisah baru dalam kehidupan dijanjikan
bagaimana dengan sang seniman??
sang seniman sudah tahu akan kisah teman yang bakal diikat dengan ikatan
mungkin terluka hati sang seniman
baru nak di'pancing' si teman yang cantik jeiltawan
sudah mahu diikat oleh seorang lelaki yang kononnya lelaki pujaan
sang seniman tidak berputus asa di tengah jalan
dikarang lagu yang kononnya ditujukan untuk wanita idaman
agar cair hati si wanita pujaan
ada ditanya kepada si teman
"masih ada aku dalam fikiran?"
si teman terdiam hilang tujuan
"tidak"
ringkas sahaja jawapan
namun jawapan itu hanya penipuan
kerana teman masih lagi dalam kebingungan
dalam membuat keputusan
sang seniman tetap berada di fikiran
namun teman menjadi mangsa keadaan
si ahli perniagaan masih menunggu hari sebagai ikatan
sang seniman hadir ketika teman berada dalam keadaan tertekan
hati kedua-dua buah keluarga juga berada dalam fikiran
si ahli perniagaan sudah pun menghantar rombongan
hati bakal ibu mertua membuatkan teman tertekan
teman berdoa agar berlaku sebuah keajaiban
agar ikatan ditundakan
dalam mencari jawapan yang bisa memuaskan
hanya Tuhan sahaja yang sekarang teman harapkan
dalam membuat keputusan........

p/s: ini kisah kawan aku..moga Tuhan membantunya dalam membuat keputusan..

Tuesday, July 18, 2006

advert..oooo..advert


pembelajaran dari mr.K..

kenapa pilih MI sebagai major?
-bcoz I HATE ADVERTISING!

4 element of advert:
  • product/brand concept
  • target audience
  • communication medium
  • advertising message/(BIG IDEA)

Target audience:

  • behaviourism
  • mentality
  • income
  • age group

medium:

  • billboard
  • radio
  • tv/internet
  • magazine

'big idea':

  • good advertising message
  • good concept

"nothing is constant"-mr.K

peringatan dari mr K


"do not trust your eyes!"
-mr.K

ingat..ini bukan surat amarah!

melodi sumbang beralun kembali
masuk telinga kanan keluar telinga kiri
ingat..ini bukan surat amarah!
bait-bait lagu 1720 mahupun lagu samsons track no 8 umpama tak menjadi
tak mampu menceriakan hati
ingat..ini bukan surat amarah!
berikan sahaja lagu Dewa yang menjadi siulan muda mudi kini
namun aku sendiri masih tak mengerti
ingat..ini bukan surat amarah!
berikan aku sebuah diari..
sumpah penuh tulisan isi hati..
ingat..ini bukan surat amarah!
tolonglah wahai orang berbudi
jasamu akan ku kenangi
ingat..ini bukan surat amarah!
banyak perkara kuhalusi
baynyak yang menyakitkan hati
ingat..ini bukan surat amarah!
apa yang harus kulakukan lagi..
supaya hubungan ini terus menjadi..
ingat..ini bukan surat amarah!
message-message di inbox ku halusi
satu persatu ku simpan dalam hati
hanya dia sahaja bidadari
ingat..ini bukan surat amarah!
apa yang nak diluahkan pun aku sendiri tak pasti
begitu susah nak dikeluarkan dari hati
lagu ku kini..
kepastian yang ku tunggu dari GiGi..
ingat..ini bukan surat amarah!

Sunday, May 14, 2006

suara jiwa

assalamualaikum,
sudah lama aku x menulis..maksudku..menulis sesuatu tentang diriku serta persekitaranku.selama ini hanya bermain dengan kata-kata yang berbunga serta ada seninya..sebentar lagi aku akan menghadapi final exam..n yes..aku lom tido dr smalam lg..mmg blank la japlg! biarlah..aku x dapat lelapkan mata..byk benda telah terjadi..n yes makin banyak benda jadi..makin banyak la aku berfikir...benar..post2 sebelom ni boleh dikatakan aku kaitkannya dengan kehidupanku..selalunya aku menulis di kala aku bersedih..di kala aku buat orang lain sedeh..yes! aku mmg kejam dan x berguna!! dlm bulan ni,pernah aku berselisih faham dengan roomate ku sendiri..heh..mungkin salah aku kerna terlalu lurus bendul.. tapi akhirnya keadaan menjadi jernih semula...rakan2 baik? begitu juga..lebih seminggu kami x bertegur sapa..mungkin kerna terlalu sibuk membuat assignment memasing..sampai ada berlaku salah faham..mungkin bulan ni bkn bulan yang baik utk aku...benar kata efry, "mmg senang menuding salah pada org lain,kenapa x cermin diri sendiri? " aku harus berubah agaknya.. niatku ikhlas..xde niat nk layan org seperti anjing! x tergamak aku memperlakukan sebegitu pada org lain..seminggu lepas aku hidup bersendirian..chenta?? dia ada di rumah...menghabiskan study week di rumah menemani ibunya...semenjak pemergian adiknya..rumah itu menjadi sunyi..tidak ku nafikan...moga chenta dan keluarganya tabah menghadapi dugaan ini..aku byk menghabiskan waktuku bersendirian..menghabiskan assignment Che Mat yang mmg menyusahkan...terima kasih kepada kedua ibu bapa kerna membantuku..serta kepada cikin,apis,ware,fa,haza dll kerna membantu aku menyiapkan assignment yang byk mkn duit nih..seminggu aku sendirian..hmm aku menjadi seorang yang tidak berperasaan...jujur aku katakan..aku pk sal aku jer..pentingkan diri.. Astaga...aku harus berubah...kerna mungkin perasaan sunyi menguasai diri..perasaan kecewa mengatasi perasaan sayang..sayang itu x penah berkurang...cuma perasaan kecik hati lebih berkuasa... ampun dan maaf ku pinta..bkn sengaja...kerna kadang kala aku x mampu mengawal diri... bila ku baca post2 aku yang sebelumnya..ku tujukan pada orang2 tertentu..ingatkan dia akan paham..x berubah jua..x mengapa..aku buat post tu pon sbb aku x mampu menegur secara bersemuka..lebih elok kita berbahasa drpd mencari masalah dengan sesiapa..aku menulis berdasarkan gambar yang ada kaitan dengan apa yang telah terjadi terhadap kehidupanku.. ada juga aku rasa mahu berhenti menulis lagi..kerna kata-kataku tidak memberi apa-apa makna..hanya sebagai bahan bacaan bkn sebagai renungan..bak kata M.Nasir.." bagai habis bahasa bermutu.." entahlah..aku pun x tau sama ada akan terus menulis atau tidak..semuanya bergantung pada keadaan..terima kasih kepada yang kasi komen..aku hargai.. setelah seminggu sendirian..chenta sudah kembali..dan aku mungkin tidak lagi ditinggalkan sendirian..bergantung pada keadaan..I LOVE U SAYANG!