Thursday, February 15, 2007

kisah anak murid dan sifu..

post kali ni tiada gambar dan tiada kata-kata pendek..saje aku ubah sedikit kali ini..

aku berkesempatan bermsg dengan sifuku,ad samad..siapa ad samad? ar..orgnya botak, manis, gambar yang diambil mesti dia tgh lompat, pencipta lagu dan lirik yang disegani, style bahasa blognya..amat aku kagumi..dan ya! dia bukan anak a samad said..kalau mahu tau,dialah yang buat lirik nyata dan maya nyanyian search, pencipta lagu elyana serta ramai lagi artis sudah merasai sentuhan seninya.

kalau lepak ngan ad,kecoh meja dibuatnya..ditambah lagi kalau ada tag teamnya, aidit alfian..ikon kakak aku..mmg best lepak ngan dorang nih..byk ilmu yang dipelajari..tak lupa juga perkataan2 lucah serta perkataan seks rambang..hahaha

aku sempat bertanya kepada ad atau abg ad(hahaha)..apa itu kehidupan dan apa itu percintaan?

jawapan ad: Menurut Douglas Adams (pengarang Hitchhiker's Guide To The Galaxy), jawapan kepada misteri hidup ini adalah '42'. Namun, yang lebih mustahak untuk kita fahami bukanlah jawapan, sebaliknya, APAKAH SOALANNYA pada JAWAPAN '42' itu?!

faham? membuatkan anda terfikir sejenak..aku terdiam

setelah lama berfikir..aku membuat satu kesimpulan..kehidupan itu adalah jalan cerita dari tuhan iaitu Allah SWT kepada makhluk bernama insan..percintaan itu adalah babak-babak dalam jalan cerita supaya insan mengenal erti kehidupan..aku bertanya kepada ad samada jawapan aku boleh diterima atau tak..dia jawab okay sangat tu..

aku berfikir lagi..aku rasa jawapan ad lebih tepat..itulah ad samad..dengan stylenya tersendiri..papa stylo..haha

ad agak terkejut mendengar khabar aku dah single.dia macam tak percaya..sampai ke toilet ditanya..mungkin kerana dia tak boleh terima yang aku masih boleh senyum ketika bercerita..yang sebenarnya..aku tak berapa pandai buat ekspresi muka sedeh dpn org..aku simpan dlm2 jer..hati menangis rasanya, cuma x sekuat yang dulu..

ad tanya macam mana selepas ni? aku sebenarnya menunggu bidadari..orang yang pernah aku panggil bidadari..aku sorang je yang faham..heh dan aku rasa orang tu pun mungkin faham..

sebenarnya banyak benda boleh dipelajari apabila lepak ngan orang-orang seperti ad dan aidit..haha..terima kasih kakak kerana memperkenalkan paeh kepada orang-orang seperti mereka..

sekarang ni aku hanya mahu menyiapkan segala tugasan yang diberi..dan ya! aku rindu brownies..hantu brownies..

simphosia
cyberjaya


Wednesday, February 14, 2007

R.I.N.D.U


SuaraMu pencetus sejuta rasa
Gelora terbakar menyala-nyala
Tak sedia rasaKu nya bertemu bersua
Mata ke mata
Kan bahaya
SuaraMu pencetus sejuta rasa
Gelora terbakar menyala-nyala
Dan harus bagaimana ya?


-fathullah luqman-

simphosia
cyberjaya

Tuesday, February 13, 2007

tenang..



aku dengar kau menangis
apa yang kau tangiskan?
kau sudah membuat keputusan kan..

kau inginkan kegembiraan

mahukan pelukan keceriaan
mahu buang segala kesengsaraan

tak perlulah kau bazirkan air mata
sekarang terbang bebaslah kau

terbang umpama rama-rama

terbang mencari kehidupan..
kehidupan yang membawa kebahagiaan
usap air mata..
kuntumkan senyuman..

simphosia
cyberjaya

Monday, February 12, 2007

woo!


tak tergambar sebenarnya perasaan tika ini
sayu pilu boleh dijadikan jilid buku
tak terkeluar perkataan
senyap membatu umpama disampuk syaitan
woo!
itu sahaja yang mampu diucapkan
tak sangka semuanya berlaku begitu pantas
terjadi perkara yang tak terlintas..

simphosia
cyberjaya

Sunday, February 11, 2007

ape?


apa?
tak suka?
haa..blah jer..
tak payah nak pening-pening kepala..
tutup cerita..

simphosia
cyberjaya

Friday, February 09, 2007

penangan


"baru sekarang kau rasa penangan dia bro..haha"

-efry-

simphosia
cyberjaya

Thursday, February 08, 2007

speechless


...selalunya, yang tak dapat, yang paling hebat. Paling ingat.

-ad samad-

simphosia
cyberjaya

Wednesday, February 07, 2007

nyata dan maya


aku tak tahu nak cakap macam mana..
tapi aku rasa macam agak kecewa
kerana macam ada perkara yang diambil mudah sahaja
kau macam buat tak endah sahaja
tulisan diletakkan dalam maya
tapi tak dipraktikkan secara nyata
kau ambil ringan semata-mata
mungkin kerana ayat itu indah ya?
atau ayat itu buat kau terasa?
kau buat aku macam boneka sahaja
mungkin pak tunggul juga
owh aku kongsi dengan semua yang membaca
tak dispesifikkan kepada dua tiga orang sahaja
kenapa?
mereka berhak tahu jalan cerita
dan mungkin yang membaca
ada yang tahu pucuk pangkal cerita
bukan atas dasar kasihan melihat aku menderita
aku tak tahu nak cakap macam mana
segalanya hanya ada dalam maya
tapi tak dipraktikkan secara nyata
ingat apa yang aku kata..
nyata dan maya..
masukkan ayat itu dalam kepala!

simphosia
cyberjaya

statement kakak..



kak Jojie kem salam sayang. Dia cakap ajaklah faiz pi tgk kak Ell perform kat Planet ahad ni. Jawab aku.."faiz tak cukup umur". Hehehe... mesti berdebar lagi kalau jumpa. Kan? gatal!
-opie si kulatkulat-

jawapan aku senang je..iya
ketar lutut pun ada..

mak pun dah approve aku gatal dlm sms dia..

haha
mak rock gila..
tarahal jojie peluk cium dl..

tapi aku tahu dalam hati dia berkenan sorang ajer..

simphosia
cyberjaya




penat dah..


dah la..
aku sebenarnya dah penat..
fikir punya la x ingat..
dah la..
tak perlu lagi bermain dengan kata
pada aku apa yang kamu bilang itu
hanya mahu menyedapkan hati semata
owh..
atau mungkin lawak kelakar pada dasarnya
aku dah malas nak fikir sebenarnya
tunggu ke
ruang legar ke
brownies ke
hanya lirik dan ayat dalam movie semata-mata..
dah malas nak mengharap sebenarnya
takut ayat diputar belit oleh orang yang tak tahu
pucuk pangkal cerita
nanti ada lagi yang terasa..

simphosia
cyberjaya

Tuesday, February 06, 2007

mati akal..

Dalam satu ruang jarak yang membuat segala yang lain menjadi lenyap...
Ketika itu hanya udara yang kuhirup adalah dari nafasnya...
Aku menjadi hilang mengerti segala metafora...
Kerana terlalu fana dalam saat ini

-ad samad-

tiada udara yang tinggal untuk aku hirup
kau tanam aku hidup-hidup..

simphosia
cyberjaya

macam mana?


macam mana tadi..?
kembali..?
peluang fifty-fifty?
apa yang kau merepek pagi-pagi dalam kelas nih!

ruang legar


tiada terkira betapa sedihnya rasa hati
ini bukan yang pertama kalinya..

simphosia
cyberjaya

ya..ya..


ya..
ya..
aku tahu perangai aku macam celaka..

simphosia
cyberjaya

Monday, February 05, 2007

tunggu aku..

Menurut Douglas Adams (pengarang Hitchhiker's Guide To The Galaxy), jawapan kepada misteri hidup ini adalah '48'. Namun, yang lebih mustahak untuk kita fahami bukanlah jawapan, sebaliknya, APAKAH SOALANNYA pada JAWAPAN '48' itu?!

-kata-kata di atas adalah dari ad samad-

sebenarnya..
aku juga masih menunggu..
tak tahu lah klu apa yang kamu bilang hari itu,
hanya satu jenaka untuk aku..
aku tunggu kamu..

simphosia
cyberjaya




Sunday, February 04, 2007

ungkapkan rasa


jika aku ambil langkah seterusnya
apa beda pada keputusannya..
aku tidak mampu lagi lihat kamu menderita
nak jadikan cerita
biar rasa ungkapkan kesemuanya..

simphosia
cyberjaya

brownies



aku rindukan saat brownies..

simphosia
cyberjaya

Friday, February 02, 2007

jalan gelap


you put your shoes on and moved on
before i could say

dia sudah jauh di hadapan..
aku?
aku masih di sini..kabur tak nampak jalan..
berselindung..
selindung di balik topeng kegembiraan
agar tiada yang tahu seksa penderitaan..

simphosia
cyberjaya

Thursday, February 01, 2007

cam haram


dia bilang aku ni sweetalker
aku tanya sweetalker tu macam mana
dia jawab macam kau la
yeh..aku tanya sambil garu kepala
sebab tu mak kau buat tak kesah sahaja bilang dia
asal ar aku tanya
kau sendiri tau jawapan dia jawab dia
cam haram aku jawab sambil sepuk kepala dia

simphosia
cyberjaya

final blow


my minds unweaving
i look at you with such disdain

simphosia
cyberjaya