Friday, November 17, 2006

kufurnya manusia itu.















jika kau ada rasa bersalah padanya
lebih baik kau berdiam diri sahaja
tidak perlu ada rasa tersindir malah terasa
kau tidak sepatutnya mengharapkan "cahaya"
ketika kau tersungkur tidak bermaya
ingat!
kau masih punya tuhan yang Maha Esa

jangan terlalu kufur
kelak kau juga tersungkur.

Thursday, November 16, 2006

diari














di mana keistimewaannya jika semua dilayan sama rata.

ada benda aku tak tahu

dan mungkin aku x mahu tahu
dan mungkin juga aku tak perlu tahu.

jika ini aku punya diari

maka banyak harus aku isi
kerana kurangnya interaksi.

p/s: mungkin tiba masa aku hasilkan puisi happy?

Wednesday, November 15, 2006

jawapan aku.( kepada sesapa PERNAH menjengah di hidup aku)




















kau bilang aku kejam..?
tenang..ko masih belum aku rejam..
kau kata aku jahat..?
aku rasa perangai kau lagi bangsat..
kau cakap aku zalim..?
macam lah kau alim..

kau tanya macam mana aku boleh sembuh secepat ini?
kerna aku jadi diri sendiri
tidak mengharap simpati sana sini
aku tak kacau kau punya kawan mahupun family
namun..
aku mahu berterima kasih..
kerna kau..
aku berpijak di atas kaki sendiri.

Tuesday, November 14, 2006

penindas terpintar..yang ditindas terlantar















"harta kita tak seberapa
yang hanyut tak terkira.
kita juga manusia
minta sedikit timbang rasa."

"mereka yang enak dan senang
tidak pernah merasa ini semua
cuba fikir agak seketika
kalau tuan kena,apa rasa? "

-a samad said-

Monday, November 13, 2006

orang.















ada orang tak senang..
bila senyuman kita tak lekang..
bila kita dah susah..
dia lagi nak tambah masalah.

p/s: maaf jika bahasa kurang ajar.cuma meluahkan rasa kurang senang.

mana silapnya?















mana silapnya..
jika bahasa mudah tak difahami
mana silapnya..
jika bahasa indah dicaci
mana silapnya..
jika pemikiran tak tinggi..
mana silapnya..
jika bahasa sendiri tak didalami..
mungkin bahasa penjajah lebih dimengerti..

not a good monday














"bad monday will lead to a long bad week"

-bart ahmad-

Sunday, November 12, 2006

pendusta bertauliah




















kau pendusta bertauliah
malah kau pemberi masalah
sampai ke terminal cerita pasal aku kau luah
aku benci kau wahai pemberi masalah.

Wednesday, November 08, 2006

sambungan kelabu





















"kadangkala x semua perkara dapat dikongsi bersama. namun apa yang ada dalam kepala sebenarnya dapat dibaca dari pandangan mata atau riak muka yang kadangkala x kena dengan majlis yang sebegini indah adanya..."


Tuesday, November 07, 2006

kelabu.















masih ragu?
aku pun tak tahu..
yang aku tahu masih ada yang kelabu.

Monday, November 06, 2006

perhatian..





















hey kau!
ya..kau!
sila beri perhatian..
kau dalam pemerhatian..
pandai kau cari simpati aku punya kawan-kawan..
pada aku..
kau ini manusia bertopengkan SYAITAN.

sampah














ya..yeah
dia pernah SINGGAH
dia pernah menjengah
tapi pada aku..
dia tak ubah seperti SAMPAH..

ter..ter...














"kau lebih dapat bertenang sebenarnya.
kau terlalu bersembunyi sebenarnya.
terkadang kurasa kau seperti sentiasa malam - malam yang amat gelita
ter..terlalu rahsia.."

-muhairi-

kemuncak














kemuncak itu bertingkat-tingkat
banyak tangga perlu dipanjat
masih mencari jalan agar kita bisa terikat....

Sunday, November 05, 2006

syawal tiba lagi

genap sebulan kita berpuasa
menahan lapar,nafsu serta dahaga
ibadah dilaksana tidak kira masa
dan kini syawal pula menjelang tiba.

sebulan ramadhan kita hadapi
melakukan ibadah tidak kira malam pagi
melawan nafsu sehangat api
dan kini syawal tiba lagi

kedengaran suara kanak-kanak bersuka ria
menyambut kedatangan syawal menjelma
berdentam dentum bunyi mercun bersuara
ye..ye esok hari raya!
suara kanak-kanak riang ria juga ketawa

syawal tiba lagi
sembahyang raya tidak dilupai
dituruti bermaaf-maafan sesama keluarga yang dikasihi
menziarahi pusara mereka yang telah pergi

syawal tiba lagi
menemani hati yang kadang kala sunyi
syawal tiba lagi
syahdu mendengar takbir di syawal ini..

Saturday, October 14, 2006

uh huh




















setiap ada kamu
mengapa jantungku berdetar lebih kencang...

slamber...aku suke...huhuhu

masa untuk berubah..

bagaimana harus bermula? hurmm...aku x tahu mcm mana nak buat ayat yang sedap sebagai pembuka bicara..seminggu dua ni..aku rasa sungguh happy actually..x penah2 aku rasa sehappy ini..aku leh buat ape aku ske..lepak mana aku suke..tanpa ada kawalan dari orang tertentu..yeah..tapi dlm happy sure ada rasa sedeh kan? x tau kenapa..cume aku tak senang dengan keadaan orang nk tahu kenapa aku leh happy secepat ini? aku dh cakap banyak kali dah..aku x ske tunjuk rasa sedeh aku kat orang, sbb aku ni ske menghappykan orang..sangat menyedehkan bila orang x paham bahasa ibunda nih..x perlu kot bila terjadi masalah antara dua pihak..maka nk dikaitkan dengan orang lain..x perlu campur tangan dari orang lain rasanya..ntah la..pada aku..benda dah jadi..jadi lah..tak perlu la nk dibesarkan masalahnya..aku ada life aku..ko ada life ko..kite ada jalan memasing..ada eloknya aku ckp bahasa baik dahulu..kerna satu ketika aku pernah hormat sama ko..aku berikan keistimewaan..jangan disebabkan aku happy n life aku yang mcm ni..ko ingat aku ini kutu..jangan kerna hanya satu kesilapan..maka terhapus semua perkara yang pernah suatu ketika indah..aku masih boleh berbicara dalam bahasa ibunda yang agak manis alunannya..jangan sampai aku rosakkan bahasa ibunda dengan menggunakan bahasa penjajah kerna terlalu marah...jangan kacau hidup aku kerna aku tak kacau hidup ko!

Friday, October 13, 2006

mereka















a singer and 3 tormented handsome musicians.

Thursday, October 12, 2006

dia atau dear?




















bila rindu menjadi selimut
maka saya akan mimpi kamu
dan pasti di pagi hari nanti
saya akan tersenyum teringatkan kamu..

terima kasih "gembira"

Sunday, October 08, 2006

"wajah" duka, "wajah" gembira

" kewarasan realiti mempunyai rasionaliti dan ambiguiti yang khusus, sementara kewarasan seni pula mengandungi batini. dan rahsia sedemikian hanya dapat dihayati oleh seseorang yang telah tersedia bekalan pengalaman dan pengetahuannya. maklumlah, seni tidak saja memberikan wajah, tapi juga mengondong hemah, dan keistimewaan ini memerlukan gunung pengetahuan dan laut pengalaman seseorang seniman terlebih dahulu"

-simposia-

" setiap generasi penulis mempunyai keterbatasan dan kelebihannya, ditentukan oleh pengaruh lingkungan, pendidikan dan gelora zamannya. kami telah dididik oleh hemah guru dan santun keluarga yang sentiasa mengagumi kesederhanaan. kami beransur menjadi seniman penyegan, mungkin "penakut". lazimnya, ibu bapa kami sendiri yang lebih awal bantu menabirkan dulu perlakuan "buruk" dengan selimut "cantik"...."

-a.samad said-

wajah duka (dahulu)

tiada terkira betapa sedihnya rasa hati
ini bukan yang pertama kalinya...
masih ku sendiri di sini...

-ruang legar-

wajah gembira (kini)

suaramu sejelas mimpiku yang semalam
bagaikan baru sekejap tadi kita bersama
dan telah kunanti saat ini
pada saat mula bersua dua jiwa
tiada lagi rasa sunyi sepi
kerna kini ku tahu kau sentiasa di sisi...

-sirna-

ya..mungkin coretan kali ini agak panjang serta berisi kandungannya..aku sendiri tidak mengerti apa yang sebenarnya mahu disampaikan..ahaha..mungkin curahan hati? mungkin? atau menjawab segala persoalan oleh seseorang yang telah pun mendapat jawapan. aku tidak bisa menunjukkan 'expression' sedihku di khalayak ramai..kerna mungkin aku ini dilahirkan serta dibesarkan supaya membuat org lain gembira...maka kamu tidak dapat merasa kesedihan aku..hanya jika kamu rapat denganku..maka kesedihan itu dapat dirasakan..namun hanya secebis..kesedihan itu memang ada namun itu tidak menghalang aku untuk membuat orang lain gembira..sekejap? tidaklah.. sudah lama aku merasakan kesakitan serta kesedihan..maka kerna itu aku sudah membuat keputusan untuk memilih jalan baru..kerna aku terlalu mengasihani diriku yang sudah lama berada dalam mimpi ngeri atau jalan kesakitan..sudah sampai masa untuk aku fikirkan tentang diriku sendiri..jangan jadikan pengalaman lepas untuk kamu menilai orang lain..setiap orang dilahirkan ada batinnya sendiri..ada etikanya sendiri..maka kurang enak jika dinilai keperibadiaan seseorang hanya kerna kamu pernah merasa sakit..itu yang aku belajar dari ibuku..i love u mom...setiap orang harus diberikan peluang..mungkin diri sendiri juga perlu diberi peluang..jangan kerna pengalaman lampau..kita disekat untuk meneruskan perjalanan hidup..kerana itu setiap orang yang hadir dalam hidupku..aku memberikan mereka peluang..kerna setiap orang mempunyai kehidupan yang berbeza..kita belajar dari kesilapan..mungkin pengalaman lampau memeritkan tapi bohonglah sepanjang masa peritkan..ada bahagianya..kita teruskan rasa bahagia..kita belajar dari pengalaman perit itu...ada orang rasa lebih sakit dari apa yang kita rasa..aku kini gembira dengan jalan yang aku pilih..aku gembira..kerna "gembira" sentiasa menceriakan aku..walaupun aku tahu masih ada rasa gusar dalam jiwa "gembira"... aku cuba yang terbaik untuk menjadi orang yang terbaik..tiada siapa sempurna sebenarnya..tapi kita mampu mencuba..jangan mudah cepat melatah jika ditimpa ujian dari-Nya...aku ini hanya mahu orang lain gembira, yakinlah...kerna bila melihat orang lain gembira..ia akan melupakan rasa sedih itu...terima kasih "gembira"..





Friday, October 06, 2006

one more sad n happy song

dari mana harus aku bermula...? hmm dah lama x menaip membuatkan aku janggal untuk menaip kembali..seni seakan hilang..bukan hilang tapi dipendam..aku terlalu sibuk dengan duniaku sendiri 2-3 minggu ni..terlalu sibuk menyiapkan assignment yang x putus2..ditambah beban exam..ditemani masalah yang x penah selesai..di kala ini hanya ada satu lagu gembira dan lagu sedeh bermain di fikiran..ya..lagu all these things i hate dan lagu she is...aku down 2-3 minggu ini..aku amat susah untuk menunjukkan emosi aku..mungkin kerna pengalaman lepas..aku x dapat kongsi rasa sedih aku bersama org lain..mungkin kerna aku x mahu org lain turut berduka..x mahu org lain turut merasa peritnya sakit itu..jujurku katakan..aku sudah biasa dengan rasa sakit itu..memang senang untuk berkata tenang kepada teman2 lain yang ditimpa masalah..namun bila diri sendiri terpaksa meredah masalah..maka aku sendiri hilang arah tujuan..
Hari ini..aku telah membuat keputusan..untuk berhenti di jalan yang sudah lama aku lalui..yang sudah lama aku redah...Hari ini aku telah memilih jalan baru..mungkin kerana sudah x mampu untuk merasa sakit maka aku terpaksa memilih jalan baru yang aku harapkan mampu membawa kegembiraan..tiada niat untuk aku katakan jalan lama itu menyusahkan..aku gembira..suatu ketika..namun sakitnya sudah tidak terperi..dah x boleh tahan dah..aku sudah lemah..maka kerana itu aku memilih jalan baru..suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan bila efry menegur aku...jujur aku katakan..dah lama aku x lepak ngan bebdk jahat nih..lebih kurang berbulan2..namun bila ditegur mereka..haih..terharunya...hari ini..jalan baru itu membuat aku tersenyum..terima kasih "gembira"...jangan sesekali kamu berhenti berharap dengan ku..maka kamu harus terus setia wahai "gembira"....

satu lagi lagu sedeh














I never knew
I never knew that everything was falling through
That everyone I knew was waiting on a queue
To turn and run when all I needed was the truth
But that's how it's got to be
It's coming down to nothing more than apathy
I'd rather run the other way than stay and see
The smoke and who's still standing when it clears

Everyone knows I'm in
Over my head
Over my head
With eight seconds left in overtime
She's on your mind
She's on your mind

Let's rearrange
I wish you were a stranger I could disengage
Just say that we agree and then never change
Soften a bit until we all just get along
But that's disregard
Find another friend and you discard
As you lose the argument in a cable car
Hanging above as the canyon comes between

Everyone knows I'm in
Over my head
Over my head
With eight seconds left in overtime
She's on your mind
She's on your mind

Everyone knows I'm in
Over my head
Over my head
With eight seconds left in overtime
She's on your mind
She's on your mind

And suddenly I become a part of your past
I'm becoming the part that don't last
I'm losing you and its effortless
Without a sound we lose sight of the ground
In the throw around
Never thought that you wanted to bring it down
I won't let it go down till we torch it ourselves

And everyone knows I'm in
Over my head
Over my head
With eight seconds left in overtime
She's on your mind
She's on your mind

Everyone knows
She's on your mind
Everyone knows I'm in over my head
I'm in over my head
I'm in over...

Everyone knows I'm in
Over my head
Over my head
With eight seconds left in overtime
She's on your mind
She's on your mind

p/s: jika ditanya..apa perasaan aku..tiada siapa dapat gambarkan kesedihannya..namun di sebalik kesedihan, aku terharu kerana ada yang bisa membuat aku gembira..aku harapkan kesedihan tidak berpanjangan..kerna kegembiraan sentiasa menemani aku...terima kasih "gembira"

Friday, September 22, 2006

air mata

A B/Eb
Air mata yang telah jatuh
D7 C#m7 F#m
Membasahi bumi ... takkan sanggup
F#dim C#
Menghapus penyesalan

A B/Eb D7 C#m7
Penyesalan yang kini ada ... jadi tak berarti
F#m F#dim C#
Karna waktu yang bengis ... terus pergi

Reff :
A E/Ab F#m E
Menangislah… bila harus menangis
D A/C# B7
Karena kita semua… manusia
A E/Ab F#m E
Manusia bisa terluka… manusia pasti menangis
D A/C# B7
Dan manusiapun bisa mengambil Hikmah …

A B/Eb
Dibalik segala duka
D7 C#m7
Tersimpan Hikmah
F#m F#dim C#
Yang bisa kita petik pelajaran

A B/Eb
Dibalik segala suka
D7 C#m7
Tersimpan Hikmah
F#m F#dim C#
Yang mungkin bisa jadi cobaan ...

Thursday, September 21, 2006

hanya menaip

tika ini..aku masih berjaga..blom mahu tido..baru lepas membaca karya A.Samad Said..ya..perkara yang akan aku lakukan tika hati ini kurang tenang..sekurang-kurangnya daripada aku melayan perasaan memikirkan masalah yang amat menyakitkan hati dan memeningkan kepala..ya..aku kaitkan masalah aku dengan hasil tulisan sasterawan itu..buku itu dihadiahkan oleh chenta..terima kasih chenta kerna sudah lama aku idamkan buku sasterawan ini...bila sakit..akan kubaca puisi bertajuk irama rindu..bait-bait ayatnya amat menarik.."mahu kujadi debu hidrogen tidak mengenal kasih manusia? mahu kau lihat ku jadi syaitan lupa budi,cita dan cinta? " sangat mendalam...bila gelisah pula..bait-bait ayat ini menjadi teman..." kegelisahannya berlukar harapannya tasik kerinduannya menggelepar di medan mencekik" baru ku tahu betapa perit penderitaan itu...aku terlalu banyak bersabar..Dia telah banyak menguji aku sehingga aku menjadi sungguh penyabar... syukur ke hadrat Ilahi..hari ini aku sakit..dan tiada siapa boleh mengungkai kesakitan itu..ingin ku luahkan..tapi bahasa mulut tak sama dengan bahasa hati..tika ini hati aku gelisah..serba salah..sakit..sedih..perit menerima ujian ini..aku x mampu melafazkannya..terlalu perit..bagaimana harus aku lafazkan? kerna aku takut bahasa murni bertukar menjadi bahasa maki..bukan itu maksudku..ya..aku ini tidaklah sempurna..sentiasa melakukan kesalahan..aku sudah berusaha..tapi apakan daya..manusia itu sentiasa tamak..dahaga..tidak pernah cukup..seakan aku sudah tidak berdaya..tapi masih ku kuatkan semangat..tambahkan kesabaran..masalah bukan datang dari satu pihak..kalau masalah terjadi..ianya salah kedua-dua pihak..aku akui fakta itu..ianya seakan bait-bait tulisan ini.." hasrat begini cita begini hasrat begini cita begini,siapa pun tak akan senang mekarnya murni" lebih mudah untuk ku katakan..aku dalam dilema..aku lemah..sudah lama aku pendam..dan hari ini aku luahkan sedikit..tak mampu menahannya lagi..mungkin mak aku boleh kata aku seakan terpenjara..tapi dia cepat menasihati aku.."kalau itu yang hang nak..lagu tu la jadinya..jangan pernah menyesal" aku yang memilih jalan ini..aku yang memilih simpang ini..maka harus aku lalui segala duri.." hatiku tahu di mana simpang dadaku tahu di mana bimbang kepalaku tahu di mana pertualang" aku sebenarnya tidak memahami kehendak hati..kerna tidak mahu menyakitkan hati..aku hanya menaip sesuka hati..siapa yang boleh rasa sakitnya..aku hargai..aku hanya mahu happy.. jangan tambahkan beban masalah ini..pliz.. "segala rasa akan pilu segala pilu akan biru segala biru akan ungu..aku tahu apa ungu!" aku pening..atau mungkin sudah lali bila masalah ini terjadi..bila terjadi masalah..aku berpegang pada bait-bait puisi ini.."segala yang dihasrat tapi tak dapat adalah nikmat yang paling padat"...aku sudah melalui masalah ini..dan aku sudah lama merasakan kesakitannya wahai bulan..bukan aku mahu segala masalah ini terjadi..apa salah aku kalau aku terlalu busy? apa salah aku? aku tidak mahu semua ini..berapa banyak lagi isu yang harus aku dengari? dan berapa kali harus aku akhiri perbualan dengan nada tinggi? yang sebenarnya..luka yang sudah menjadi parut kini berdarah kembali...sesiapa boleh ubatkan hati ini amatlah aku hargai...aku hanya mahu happy buat masa ini..sakit..sangat sakit tika menaip post ini...

wondering

If you want me to wait
I will wait for you
If you tell me to stay
I would stay right through
If you don't wanna say
Anything at all
I'm happy wondering

Go!

Yeah, yeah

Since I was a young man
I never was a fun man
I never had a plan and no security
Then ever since i met you
I never could forget you
I only wanna get you right here next to me

Cause everybody (a-whoa-oh-oh)
Needs someone that they can trust and
You're somebody (a-whoa-oh-oh)
That I found just in time

If you want me to wait
I would wait for you
If you tell me to stay
I would stay right through
If you don't wanna say
Anything at all
I'm happy wondering

Now my life is changing
It's always rearranging
It's always getting stranger than I thought it ever could
Ever since I found you
I wanna be around you
I wanna get down to the point that I need you

Cause everybody (a-whoa-oh-oh)
Needs someone that they can trust and
You're somebody (a-whoa-oh-oh)
That I found just in time

If you want me to wait
I would wait for you
If you tell me to stay
I would stay right through
If you don't wanna say
Anything at all
I'm happy wondering

Go!

Yeah, yeah
Yeah, yeah

Don't tell me
The bad news
Don't tell me anything at all
Just tell me
That you need me
And stay right here with me

If you want me to wait
I would wait for you
If you tell me to stay
I would stay right through
If you don't wanna say
Anything at all
I'm happy wondering

If you want me to wait
I would wait for you
If you tell me to stay
I would stay right through
If you don't wanna say
Anything at all
I'm happy wondering

p/s: lagu tika hati x senang



chop me up














Little lady {lady lady}
You got me just {screwed up}
Off of your melody
Easy baby {baby baby}
Come on girl don't {chop me up}
Please don't make a fool of me

p/s: tetiba je mendengar lagu Justin Timberlake..huahuahuahua

Wednesday, September 20, 2006

Monday, September 18, 2006

pandu















biar apa pun yang akan terjadi di esok hari
aku akan berada di sana dengan mata yang segar
malah dengan tangan yang terbuka
mahu memeluk pemandangan terbentang luas
biar apa pun yang akan terjadi di esok hari
aku akan berada di sana..berada di sana..pasti

tak percaya..




















benarkah apa yang ku tanya
benarkah apa yang kau rasa
jika begitu..salahkan aku yang rindu
salahkah apa yang ku tanya
salahkah apa yang kau rasa
jika begitu..benarkan aku merindu dirimu

keluar untuk buang masa
harap kita akan berjumpa
di satu malam
di satu jalan...bertembung
memang nak dijadikan cerita
satu meja kita bersua
kau tunduk malu
ku lukis gambarmu..bersama diriku

masih tak percaya kau gila bercinta
masih tak percaya aku yang kau cinta
bukalah matamu..percaya kataku
butakan matamu..ku di depan mata

terduduk bila ku terima
pesanan ringkas yang bermakna
kata dirimu..engkau pun impi diriku
kutujukan lagu untukmu
kutujukan untuk diriku
apa yang pasti
di malam nanti kita kan bertemu

satu memori yang terindah
senyuman yang takkan ku lupa
di malam itu..
diriku dirimu bertembung....

p/s: wats love?? huhu love is everything..u can assume everything...and u might dont believe it wen u know bout it..

Sunday, September 17, 2006

kisah ofis..BOSS KANTOI!

satu hari...di tempat makan..bos tgh berdiskus ngan p.a nya

boss: ooo cik p.a....sy ada meeting lagi ker pasnih?
P.A : jap ar bos..nope...xde..kenapa bos?? bos nk pi memana ker??
boss: xdelah..saje tanye..nk tanya sket...ape cite kawan awk yg lawa tu?? si S tuh... hahaha sy dok teringat kat die la
P.A : ala bos ni dh start angau ar nih...die ok..br pas kuar makan ngan die last week..die ok..dh start bz ngan keja die dah..
boss: sy ske die..erm i mean cara die..although die blur..hahaha slalu kena bahan...but i like her eyes..so beautiful..angau neh..hahahaha
P.A : boss ni..aritu org len...ni org len lak..dh le kawan sy plak tuh..ahahahaha
boss: we're open rite??? sbb tu sy amik awak jd p.a. sy..open to talk about this thing..
P.A : so boss nk buat ape??
boss: ntah ar..hahaha..sy dh ada bini la cik P.A oiii..suke sy ada limit die...
P.A : tu lah..silap ar boss dh ada bini..klu tak sy tarahal..summore die kawan saya...so pepaham la kan..
boss: itu sy tahu...bla bla bla....(TETIBA)

S : hye T...u buat ape kat sini...?
P.A : hey S..u buat ape kat sini? u ngan sape? u dr mana?
S : i dok blakang boss u je..sepanjang masa korang sembang..i ngan I...i dgr sume...kecoh lah korang...
P.A dan Boss: oh shit...kantoi...
I : si S ni dh dgr sume..korang kantoi abih...hahahahah

ari paling memalukan buat BOSS! sorry boss

chantek




















dia ini sangat cantik
membuatkan semua anak adam tertarik
haih..rasa macam nak minta waktu berhenti berdetik
utk menonton senyuman manjanya melirik...

Tuesday, September 12, 2006

nota dari sahabat

beberapa hari lepas, aku telah melepak bersama rakanku...dia telah meluahkan perasaan dia terhadap aku..begitu banyak masalah yang dihadapinya..banyak sangat kerja yang harus disiapkan sehingga tiada masa untuk enjoy...dalam bermasalah..ada jua cerita gembira:

sahabat : aku ada satu cerita menarik nak bagitau ko!
aku : hah...apo???
sahabat : aku ada minat kat dua org pompuan nih..hahaha sorang awek katak n sorang lagi
member kepada member aku..
aku : pergh dua skali ko sebat nih!!
sahabat : awek katak ni comel doh..yang sorang tu plak sweet..haish cair doh..dua2 buat aku cair..
aku : so ko pilih mana satu? n asal awek katak??? xde nama len ker???
sahabat : errrr....aku x tau ar..baru kenal dua2 ar...awek katak tu housemate member aku..
yang sorang lagi tuh member aku punya member...yang sorang tu baru kena tekel
ngan cikgu muzik..huahuahauhau..tapi aku dah ada no hp die...ada ar sms 2,3 kali..
yang awek katak tuh aku x penah bersembang lagi...huhuhu dia malu..aku panggil
die awek katak sbb die ada patung katak kat umah dia.
aku : lorh...so?? ko nk buat aper? ko nk tekel mana satu nih??
sahabat : ntah ar..aku dok angau kat dua2..
aku : pulak dah!!!
sahabat : aku x leh decide..dua2 aku nk buat kawan..skandal..huahauhauhau
aku : ouh..klu skandal tarahal kot..tapi dua skali?? giler tamak...
sahabat : hahahaha..aku bkn macam ko...ko dh steady..dah ada awek..aku mana ada..so aku leh pasang byk..ko xleh...ko dah dicop...x leh nk usha awek len dah...huahauhau
aku : siot..aku plak terkena...dah dah..aku xnk sebut pasal tuh...
sahabat : asal?? saving la skang ngan aku..
aku : bkn saving ar..itu hal aku n awek aku..hal kitorg berdua..org len x perlu masuk campur..aku x berapa gemar..aku okay ke tak..itu hal aku...
sahabat : apa dh jadi nih??
aku : xde ape..aku xnk bicara pasal tuh..aku senang simpan sorang
sahabat : so...ko rasa mana satu perlu aku pilih??
aku : awek katak kot..hurm..die dekat sket..yg lg sorang tuh dok jauh sket..so mcm agak
susah kot..summore awek katak tu comelkan...
sahabat : tapi yang sorang tuh sweeeettt
aku : err...aku pon x tau ar..ko kawan je ar dl..kenal dua2..senang cite..
sahabat : dua2 comel..dua2 senyum buat aku cair...
aku : dem yuh!

nota utk sahabat: heharap dapat buat pilihan yang tepat..hahaha

terus setia





















ku percaya
segala kata bicara..
ku yakin
pada rasa cinta ini..
ku percaya
teruskanlah setia...

Monday, September 11, 2006

nota untuk bulan..




















nota utk bulan:
bahagiakan dia..gembirakan dia sementara aku tidak berada disampingnya..tolong... aku sudah terlalu lemah..

bingung..










ada masanya waktu tidak menyebelahi kita..
ada masanya keadaan tidak mengizinkan untuk kita bermanja
aku terlalu sibuk dengan kerja
assignment..consultation..submission..
aku stress..
cuma aku harap die masih bertahan di sana..
aku tak mampu berbuat apa-apa...
banyak perkara di dalam kepala...
andai aku dapat terangkan segala-galanya...
semua ini pasti tidak akan terjadi...
haih..

Monday, August 14, 2006

itulah aku..


muzik itu hidup aku
melodi itu perjalanan hidup aku
lirik itu suara aku..

Saturday, August 12, 2006

handphone dia dan aku

takde cita menarik arini...aku bz ngan keja-keja aku..buat 3d la..report la...macam-macam..sakit kepala..pecah kepala...stress....tapi rasa mcm nk kongsi handphone idaman aku dan dia..



ni handphone idaman dia..razr V3 black



ni handphone idaman aku..razr V3i limited edition

aku tengah stress dengan assignment......

Friday, August 11, 2006

seringkali..

aku kat dalam bilik..tengah serabut cari idea nak buat assignment yang nk kena antar ari selasa ni..sambil-sambil tu aku layan jiwa dengar lagu...lagu 'seringkali' nyanyian teacher's pet..

diri ini selalu ingin bersamamu,
bila ku terkenangkan kemesraan bersamamu sayang..
masihkah aku di hatimu?


tiada apa lagi yang harus diperkatakan..hanya mampu tersenyum..segalanya hanya dapat disimpan dalam hati..tidak dapat dikongsi...tak mampu bersuara..hanya mampu tersenyum..

aku benci keadaan aku sekarang..

Thursday, August 10, 2006

sekadar kata


aku dan dia..



di dalam bilik ini
di hadapan monitor ini
aku hanya mampu tersenyum sendiri
pabila mengingatkan peristiwa yang terjadi
ada yang boleh dijadikan kenangan indah
kenangan yang cukup indah
yang bisa membuat aku tersenyum selalu
hendak ku kongsi bersama...

di dalam bilik ini
di hadapan monitor ini
yang indah pasti ada sakitnya
dalam gembira ada sedihnya
senyuman ditutup dengan linangan air mata
aku memegang tisu yang basah dengan air mata
bukan air mata aku

tapi air mata dia....


sekadar lidah yang singkat,
sekadar kata yang berkat...

-A.SAMAD SAID-


Wednesday, August 09, 2006

jawapan kisah sahabat

ini adalah jawapan daripada sahabat aku tentang post aku sebelum ni..

ribuan terima kasih wahai sahabat
tentang postmu sebelum ini..

benar janggut ku kurang lebat
begitu jua dengan duitku
tak perlu dikesiankan pada aku ini
kerna memang patut pun
aku terkena panahan kata-kata itu
kata-kata biadap serta pincang
yang tak setinggi darjat tuan punya badan..

apa benar kesetiaanku ditolak bulat-bulat?
kisah hidupku masih belum tamat
kesetiaanku masih umpama Tuah dan Jebat
sakit dan perit sudah menjadi kebiasaan bagiku
tidak mahu ku kongsi bersama dengan sesiapa
kerna lukanya masih ada..

tidak perlu dikesiankan aku ni wahai sahabat
aku masih tahu apa nak buat
malah aku masih waras..punya akal
tidak perlu ditunjukkan jalan
tidak perlu disuluhkan jalan
kesabaran dan kecekalan ku sentiasa ada bersama
biarlah fotoku disiat-siat
hatiku dicincang lumat-lumat
aku sudah biasa dengan keadaan itu..
bagaimana kau tahu kata hati dan fikiranku tak sependapat?

aku tahu aku ni kurang hebat
lagi-lagi dikenakan oleh seseorang yang teramat hebat
aku kalah bila berdebat...
aku terima segalanya
namun tak akan aku kongsi sakit dan perinya..

jangan kau bicara tentang aku ini muksibat
kerna kau pun sama sahabat...
kenapa?
walau nama kita berbeza
kita masih berkongsi tuan badan yang sama

-dirtyprettyugly-

Friday, August 04, 2006

kisah sahabat..

aku punya seorang sahabat
yang janggutnya kurang lebat
bakat yang ada padanya taklah hebat sangat
duitnya pun kurang lebat...
kesian si sahabat
terkena panahan kata-kata yang sungguh hebat
membuatkan air matanya turun dengan lebat..

tamat sudah hidup si sahabat
yang dikatakan kesetiaannya umpama Tuah dan Jebat
apa lagi kau boleh buat sahabat?
kerana kesetiaan kau diendahkan oleh orang yang lagi hebat
kesetiaanmu ditolak bulat-bulat
sakit dan perit yang kau dapat...

kesian si sahabat
dah tak tau apa nak buat
tak keruan hidupmu dibuat oleh orang yang lagi kuat
kecekalanmu dah tak kuat
kesabaranmu diuji dengan cabaran yang lagi hebat
kesetiaanmu dah tak bermakna wahai sahabat
hatimu dicincang lumat-lumat
fotomu disiat-siat
kata hati dan fikiranmu juga sudah tak sependapat..

ingat lagikah kata-katamu sahabat?
lelaki bakal jatuh kerana tiga TA..
harTA,takhTA dan waniTA
haih..
aku pun tak tau la sahabat
kau fikirlah dengan cermat
jangan aku tengok katilmu penuh dengan ubat..

tiada lagi yang perlu diperdebat..
kau jatuh kerana seseorang yang amat hebat...
kau harus terimanya bulat-bulat
jangan diri kau diperlakukan seperti seorang Muksibat..

Wednesday, August 02, 2006

kerana wanita...


ketika ditemuga seluruh kerabat keluarga
katakan kau seorang doktor majistret atau lawyer
ahli muzik tak main..satu sen pun tak laku
jika diriku yang kau mahu..
pastikan rombongan dipenuhi hantaran
dengan sebiji ferrari merah
barulah kau nampak gah
selipar jepon pun boleh jadi lawa...

Tuesday, August 01, 2006

pain..

Cicero's original text: "…neque porro quisquam est, qui dolorem ipsum quia dolor sit amet, consectetur, adipisci velit, sed quia non numquam eius modi tempora incidunt ut labore et dolore magnam aliquam quaerat voluptatem. Ut enim ad minima veniam, quis nostrum exercitationem ullam corporis suscipit laboriosam, nisi ut aliquid ex ea commodi consequatur? Quis autem vel eum iure reprehenderit qui in ea voluptate velit esse quam nihil molestiae consequatur, vel illum qui dolorem eum fugiat quo voluptas nulla pariatur?"

H. Rackham's 1914 translation: "Nor again is there anyone who loves or pursues or desires to obtain pain of itself, because it is pain, but because occasionally circumstances occur in which toil and pain can procure him some great pleasure. To take a trivial example, which of us ever undertakes laborious physical exercise, except to obtain some advantage from it? But who has any right to find fault with a man who chooses to enjoy a pleasure that has no annoying consequences, or one who avoids a pain that produces no resultant pleasure?"

Sunday, July 30, 2006

menulis itu bahagia dalam derita..

"Dan penulisan karya(atau novel) pada dasarnya adalah penjejakan kembali kepada kenangan itu, bukan kerana keinginan senimannya untuk merasakan semula kesengseraannya, tapi kehangatannya untuk berfikir dan bertanya tentang kewajaran peristiwa dan tabii manusia dalam kehidupannya.."

"Walaupun benar yang dikisahkan "cerita", tapi "cerita" itu sebenarnya adalah bukti kesengsaraan hati nurani pengarangnya sesudah dia berfikir lama tentang penderitaan itu.."

A.SAMAD SAID
sasterawan negara

kisah di kedai mamak..

satu hari di kedai mamak..

sahabat: faiz..aku nk tanye ko satu benda..
aku: arr..ape kebenda lagi? aku ngah makan nih..
sahabat: pada ko ar..ape itu cinta?
aku: ko ni mabuk ker demam? x penah-penah ko tanye soalan mcm ni..
sahabat: jawab je ar..aku sepuk jugak ko kang..
aku: benda tu subjektif ar..susah siot..
sahabat: ko xde pendirian ar..
aku: itulah aku!! ko mcm x kenal aku! okok.. cinta tu..klu kata armand gigi..cinta membutuhkan ketulusan dan pengorbanan..
sahabat: ko setuju ar ngan kata die tuh?
aku: setuju...mmg btul pon ape die kate..
sahabat: pengorbanan dari segi ape?
aku: banyak ar..masa,duit..lifestyle...org kate bila bercinta..sume pun leh ubah..eventhough benda tu ko x setuju..tp sbb sayang punya pasal...
sahabat: ko sanggup korban duit?
aku: babi! ko ni mcm baru kenal aku smalam..aku ni jenis tarahal la..biarlah abis banyak mana pun aku x kesah..
sahabat: ape pulangan ko dapat? sama gak?
aku: aku x harapkan pulangan..sbb bukan sume org sama..org xleh buat mcm mana kite buat..penghargaan..itu je..aku nk dihargai..bukan harap pulangan yang setimpal..
sahabat: aku x puas hati..buang duit la kire..
aku: aku dah ckp benda ni subjektif..hak individu...skang ko lak x puas hati..
sahabat: xde ar..kite dah bagi banyak..last2 x dpt ape2..
aku: suke ati ko ar...aku nk balik..
sahabat: weh..jap..birthday ko nanti..ko nak ape?
aku: ko br dpt duit kan? aku nk jaket adidas takpun jeans baru..ok?
sahabat: wah..babi...demand giler...mahal tuh!
aku: untuk awek..mak ko..ko leh kasi motorola baru kan? ape salahnya ko hadiahkan aku benda tuh...?
sahabat: erk..itu lain..aku x mampu ar...
aku: ko x mampu ke atau ko kedekut nk keluar duit? kad pun jadi ar..
sahabat: (terdiam)
aku: aku blk dl...chow
sahabat: hmmok...chow

sekian..

Thursday, July 27, 2006

curhat..

aku terpanggil untuk menulis post ini selepas membaca blog kakak aku...

walau tak ada yang sempurna,
hidup ini indah begini adanya..

-filosofi kopi-

"Walau kita masukkan hidup kita dalam situasi yang complicated, mungkin itulah indah dia kot?"

-kulatkulat-

bunyinya seperti pelik namun jika difikirkan kembali mungkin ada kebenarannya..mungkin kita seharusnya menerima segala perkara yang terjadi dalam hidup kita..tidak kira pahit atau manis..dan ya,kita harus menghayatinya...mungkin jika sesuatu yang perit berlaku dalam kehidupan..kita harus menghayatinya...mana tau ia indah..kerana perkara yang terjadi itu mungkin tidak terjadi pada individu lain..dan kita telah merasai 'keindahan'nya...aku masih teringat kata-kata sahabat aku,Khir.."selalu kita merasai rasa gembira,tak salah kita merasai rasa sakit..." pada aku ayatnya indah sekali..pada aku yang pernah merasa sakit itu..ianya amat indah jika dihayati dan diamati..tapi tak nak lah ianya berlaku setiap hari..so,aku harap kakak aku dapat menghadapi segalanya dengan tenang..tak semua perkara itu kita dapat dengan mudah..kerna seperti kata Heirzy, "dunia ini tidak adil!","hidup tak selalunya indah"..

Aku baru pulang dari kedai makan..dan ketika ini aku sendirian di dalam bilik sambil layan lagu yang ada dalam winamp ni..Tajuknya Ruang Legar dari Fathulistiwa..aku suka lagu ni..dalam sendirian aku terfikir tentang perkara-perkara yang terjadi dalam hidup..muhasabah diri..banyak lagi perkara yang aku tak buat lagi..banyak lagi benda yang aku nak tapi tak dapat lagi..mungkin susah nak dapat..tapi aku tahu dengan usaha,benda tu kita leh dapat..jika tak dapat,aku terima sahaja..kerana aku berpegang pada puisi sasterawan negara kita,A.Samad Said..

Segala yang dihasrat tapi tak dapat adalah nikmat yang paling padat.

(Nikmat,1973)

Aku tertarik dengan komen yang diberikan oleh seseorang tentang post aku bertajuk 'kosong-kosong'...aku hanya mampu tersenyum ketika membacanya..actually ayat tu adalah bait-bait lagu pak pandir ketika dia mempersembahkan lagu bertajuk 'kosong-kosong'..lagu itu adalah sebuah lagu cinta..liriknya terlalu indah untuk dihuraikan oleh orang seperti aku yang masih mentah dalam puisi..

Sekarang ni dah 3 tahun aku study di MMU nih..sekejap jer rasa..macam baru semalam still Alpha lagi..n rasa macam baru semalam aku lepak dengan rakan-rakanku di terminal,tempat kami selalu lepak..sekarang ni macam susah jer nak lepak sesama kerana timetable kitorang dah berbeza,ikut majoring masaing-masing..dlm majoring aku nih,aku leh melepak ngan Paan je lah..efry,apai,bk,amin,ken,poji majoring dalam Dm..Hakim masih setia dengan Film and Animation..chingy lak major major ID..bob,dato,heirzy lak major dalam VR..jarang untuk lepak macam dulu-dulu..haza dah keja dah..practical kat usj..man dan ahli-ahli mushbutton pun dah lama aku x jumpa..dah lama tak folo dorang jamming..aku nk melepak ngan korang! rindu nak bergelak ketawa ngan korang!


Chenta? huhu masih setia bersama aku..kitorang dah setahun bersama..Alhamdulillah..aku harap hubungan ini akan berkekalan selamanya..makin lama makin sayang aku kat dia...sayang aku dah tido dah masa aku taip post nih..huhu..rindu kat dia..sayang..i miss u n yes, i love u more..

aku rasa setakat ini dulu tulisan aku untuk kali ini..dah lama tak taip panjang-panjang macam ni..sekali sekala..

Al-Fatihah kepada arwah Amin,sahabatku...



sekian..:)


Wednesday, July 26, 2006

kesilapan saya..

Saya terbangun daripada latar hidup berbeza. Kesilapan saya: Saya dicelikkan oleh ilmu. Pemain akordion yang sempat belajar daripada kehidupan. Dan .. dan ilmu ini - ilmu kehidupan ini - terus menggugat saya, mempertanyakan tanggunjawab saya bukan terhadap diri saya, tapi terhadap bangsa dan tanah air saya ... seorang yang terlalu terseksa oleh batinnya.

-muhairi-
Lantai T. Pinkie

Tuesday, July 25, 2006

pak turut..


menurut biar berakal,
mengikut biar pintar..

tak kusangka dalam pintar
kau masih mengikut telunjukku
kau biarkan kepala kau dipijak
kau biarkan diri kau dihina,diherdik...

apa yang kau dapat dari aku dengan kesetiaanmu?
kau masih di bawah telapak kakiku..

"asal kau bodoh sangat ni?"


sirna


suaramu sejelas mimpiku yang semalam..

kosong kosong


invest banyak-banyak
pulangan kosong-kosong..

Wednesday, July 19, 2006

kisah seorang teman

aku punya seorang teman
yang masih dalam kebingungan
dalam membuat keputusan
memilih lelaki sebagai pasangan
ada 2 orang lelaki yang menjadi pujaan
seorang ahli perniagaan dan seorang seniman
si ahli perniagaan terkenal dengan sikap panas baran
manakala sang seniman ini baru perasan akan kehadiran teman
si ahli perniagaan sudah pun melamar akan teman dengan sebuah ikatan
namun teman ini sudah hilang kepercayaan akan si ahli perniagaan
kerana kisah silam yang amat memeritkan
di mana si ahli perniagaan ini kaki perempuan
dan tak mampu dilupakan oleh teman
terus memujuk teman agar kenangan silam itu dilupakan
sebuah kisah baru dalam kehidupan dijanjikan
bagaimana dengan sang seniman??
sang seniman sudah tahu akan kisah teman yang bakal diikat dengan ikatan
mungkin terluka hati sang seniman
baru nak di'pancing' si teman yang cantik jeiltawan
sudah mahu diikat oleh seorang lelaki yang kononnya lelaki pujaan
sang seniman tidak berputus asa di tengah jalan
dikarang lagu yang kononnya ditujukan untuk wanita idaman
agar cair hati si wanita pujaan
ada ditanya kepada si teman
"masih ada aku dalam fikiran?"
si teman terdiam hilang tujuan
"tidak"
ringkas sahaja jawapan
namun jawapan itu hanya penipuan
kerana teman masih lagi dalam kebingungan
dalam membuat keputusan
sang seniman tetap berada di fikiran
namun teman menjadi mangsa keadaan
si ahli perniagaan masih menunggu hari sebagai ikatan
sang seniman hadir ketika teman berada dalam keadaan tertekan
hati kedua-dua buah keluarga juga berada dalam fikiran
si ahli perniagaan sudah pun menghantar rombongan
hati bakal ibu mertua membuatkan teman tertekan
teman berdoa agar berlaku sebuah keajaiban
agar ikatan ditundakan
dalam mencari jawapan yang bisa memuaskan
hanya Tuhan sahaja yang sekarang teman harapkan
dalam membuat keputusan........

p/s: ini kisah kawan aku..moga Tuhan membantunya dalam membuat keputusan..

Tuesday, July 18, 2006

advert..oooo..advert


pembelajaran dari mr.K..

kenapa pilih MI sebagai major?
-bcoz I HATE ADVERTISING!

4 element of advert:
  • product/brand concept
  • target audience
  • communication medium
  • advertising message/(BIG IDEA)

Target audience:

  • behaviourism
  • mentality
  • income
  • age group

medium:

  • billboard
  • radio
  • tv/internet
  • magazine

'big idea':

  • good advertising message
  • good concept

"nothing is constant"-mr.K

peringatan dari mr K


"do not trust your eyes!"
-mr.K

ingat..ini bukan surat amarah!

melodi sumbang beralun kembali
masuk telinga kanan keluar telinga kiri
ingat..ini bukan surat amarah!
bait-bait lagu 1720 mahupun lagu samsons track no 8 umpama tak menjadi
tak mampu menceriakan hati
ingat..ini bukan surat amarah!
berikan sahaja lagu Dewa yang menjadi siulan muda mudi kini
namun aku sendiri masih tak mengerti
ingat..ini bukan surat amarah!
berikan aku sebuah diari..
sumpah penuh tulisan isi hati..
ingat..ini bukan surat amarah!
tolonglah wahai orang berbudi
jasamu akan ku kenangi
ingat..ini bukan surat amarah!
banyak perkara kuhalusi
baynyak yang menyakitkan hati
ingat..ini bukan surat amarah!
apa yang harus kulakukan lagi..
supaya hubungan ini terus menjadi..
ingat..ini bukan surat amarah!
message-message di inbox ku halusi
satu persatu ku simpan dalam hati
hanya dia sahaja bidadari
ingat..ini bukan surat amarah!
apa yang nak diluahkan pun aku sendiri tak pasti
begitu susah nak dikeluarkan dari hati
lagu ku kini..
kepastian yang ku tunggu dari GiGi..
ingat..ini bukan surat amarah!

Sunday, May 14, 2006

suara jiwa

assalamualaikum,
sudah lama aku x menulis..maksudku..menulis sesuatu tentang diriku serta persekitaranku.selama ini hanya bermain dengan kata-kata yang berbunga serta ada seninya..sebentar lagi aku akan menghadapi final exam..n yes..aku lom tido dr smalam lg..mmg blank la japlg! biarlah..aku x dapat lelapkan mata..byk benda telah terjadi..n yes makin banyak benda jadi..makin banyak la aku berfikir...benar..post2 sebelom ni boleh dikatakan aku kaitkannya dengan kehidupanku..selalunya aku menulis di kala aku bersedih..di kala aku buat orang lain sedeh..yes! aku mmg kejam dan x berguna!! dlm bulan ni,pernah aku berselisih faham dengan roomate ku sendiri..heh..mungkin salah aku kerna terlalu lurus bendul.. tapi akhirnya keadaan menjadi jernih semula...rakan2 baik? begitu juga..lebih seminggu kami x bertegur sapa..mungkin kerna terlalu sibuk membuat assignment memasing..sampai ada berlaku salah faham..mungkin bulan ni bkn bulan yang baik utk aku...benar kata efry, "mmg senang menuding salah pada org lain,kenapa x cermin diri sendiri? " aku harus berubah agaknya.. niatku ikhlas..xde niat nk layan org seperti anjing! x tergamak aku memperlakukan sebegitu pada org lain..seminggu lepas aku hidup bersendirian..chenta?? dia ada di rumah...menghabiskan study week di rumah menemani ibunya...semenjak pemergian adiknya..rumah itu menjadi sunyi..tidak ku nafikan...moga chenta dan keluarganya tabah menghadapi dugaan ini..aku byk menghabiskan waktuku bersendirian..menghabiskan assignment Che Mat yang mmg menyusahkan...terima kasih kepada kedua ibu bapa kerna membantuku..serta kepada cikin,apis,ware,fa,haza dll kerna membantu aku menyiapkan assignment yang byk mkn duit nih..seminggu aku sendirian..hmm aku menjadi seorang yang tidak berperasaan...jujur aku katakan..aku pk sal aku jer..pentingkan diri.. Astaga...aku harus berubah...kerna mungkin perasaan sunyi menguasai diri..perasaan kecewa mengatasi perasaan sayang..sayang itu x penah berkurang...cuma perasaan kecik hati lebih berkuasa... ampun dan maaf ku pinta..bkn sengaja...kerna kadang kala aku x mampu mengawal diri... bila ku baca post2 aku yang sebelumnya..ku tujukan pada orang2 tertentu..ingatkan dia akan paham..x berubah jua..x mengapa..aku buat post tu pon sbb aku x mampu menegur secara bersemuka..lebih elok kita berbahasa drpd mencari masalah dengan sesiapa..aku menulis berdasarkan gambar yang ada kaitan dengan apa yang telah terjadi terhadap kehidupanku.. ada juga aku rasa mahu berhenti menulis lagi..kerna kata-kataku tidak memberi apa-apa makna..hanya sebagai bahan bacaan bkn sebagai renungan..bak kata M.Nasir.." bagai habis bahasa bermutu.." entahlah..aku pun x tau sama ada akan terus menulis atau tidak..semuanya bergantung pada keadaan..terima kasih kepada yang kasi komen..aku hargai.. setelah seminggu sendirian..chenta sudah kembali..dan aku mungkin tidak lagi ditinggalkan sendirian..bergantung pada keadaan..I LOVE U SAYANG!

war is over.


i dont wanna loose anyone at all..

mampos!


"kecewalah,anjing!"-petikan dari cerita 'Alexandria'

Friday, May 12, 2006

senja

sekali ku tatapi,
tidak kufahami..
makin lama ku renungi,
aku jumpa apa yang hilang selama ini..

tatapan..


im no better than anybody else.

keadaan kelam kabut,segalanya serabut.

Monday, May 08, 2006

sekali sekala..


kali ini kubiarkan kata- kata bermain dengan seninya
namun sindiran tetap menjadi tunjangnya.
tiada apa yang bermain di kepala
hanya kata-kata pengubat luka
namun sindiran tetap menjadi tunjangnya.
walau macam mana kata-kata bermain dengan seninya
serta sindiran menjadi tunjangnya
tidak pula diendahnya
bagaikan segala kata hanya kosong belaka
tetap dikeraskan hatinya
keras kepala sungguh dia
tetap menyanjung egonya.
kalau ikutkan hati mahu saja disebatnya
biar dia rasa betapa peritnya rasa di jiwa
kerna luka di jiwa masih belum ada penawarnya.
kali ini kubiarkan kata-kata bermain dengan seninya
namun sindiran tetap menjadi tunjangnya
ku harap ketika dia membacanya
biar mata menjadi alat penghantarnya
agar hati terasa pedihnya.
biar sindiran menjadi tunjangnya.


p/s: hidup ku sekarang bagai org buta kehilangan tongkatnya dan tidak pula dibantu oleh manusia yang mempunyai mata serta penglihatannya. Tongkatku hanya disepak-sepak sahaja oleh mereka.




Saturday, May 06, 2006

bisu

kadang kala kata-kata boleh menyeksa jiwa
peritnya tak terkata..

Friday, May 05, 2006

hurm..


lebih baik diam seribu bahasa..
daripada mendatangkan masalah pada sesiapa..

perit..


katanya susah mahu sama-sama diharungi,
tapi aku ditinggalkan seorang diri.

Thursday, May 04, 2006

suram...

bila budi semakin dilupakan,
perangai bangsat mengalahkan syaitan..

Monday, May 01, 2006

manis atau sinis?


kadang kala..
yang baik itu ada jahatnya..
yang sakti itu ada sakitnya..
yang indah itu ada peritnya..
yang tulen itu ada palsunya..
yang ramai itu ada sunyinya..
yang manis itu ada sinisnya..

itulah hidup..

manusia tidak pernah rasa cukup dengan apa yang ada..

tiada gambar dapat mewakili kata-kata..