Sunday, May 14, 2006

mampos!


"kecewalah,anjing!"-petikan dari cerita 'Alexandria'

Friday, May 12, 2006

senja

sekali ku tatapi,
tidak kufahami..
makin lama ku renungi,
aku jumpa apa yang hilang selama ini..

tatapan..


im no better than anybody else.

keadaan kelam kabut,segalanya serabut.

Monday, May 08, 2006

sekali sekala..


kali ini kubiarkan kata- kata bermain dengan seninya
namun sindiran tetap menjadi tunjangnya.
tiada apa yang bermain di kepala
hanya kata-kata pengubat luka
namun sindiran tetap menjadi tunjangnya.
walau macam mana kata-kata bermain dengan seninya
serta sindiran menjadi tunjangnya
tidak pula diendahnya
bagaikan segala kata hanya kosong belaka
tetap dikeraskan hatinya
keras kepala sungguh dia
tetap menyanjung egonya.
kalau ikutkan hati mahu saja disebatnya
biar dia rasa betapa peritnya rasa di jiwa
kerna luka di jiwa masih belum ada penawarnya.
kali ini kubiarkan kata-kata bermain dengan seninya
namun sindiran tetap menjadi tunjangnya
ku harap ketika dia membacanya
biar mata menjadi alat penghantarnya
agar hati terasa pedihnya.
biar sindiran menjadi tunjangnya.


p/s: hidup ku sekarang bagai org buta kehilangan tongkatnya dan tidak pula dibantu oleh manusia yang mempunyai mata serta penglihatannya. Tongkatku hanya disepak-sepak sahaja oleh mereka.




Saturday, May 06, 2006

bisu

kadang kala kata-kata boleh menyeksa jiwa
peritnya tak terkata..

Friday, May 05, 2006

hurm..


lebih baik diam seribu bahasa..
daripada mendatangkan masalah pada sesiapa..

perit..


katanya susah mahu sama-sama diharungi,
tapi aku ditinggalkan seorang diri.

Thursday, May 04, 2006

suram...

bila budi semakin dilupakan,
perangai bangsat mengalahkan syaitan..

Monday, May 01, 2006

manis atau sinis?


kadang kala..
yang baik itu ada jahatnya..
yang sakti itu ada sakitnya..
yang indah itu ada peritnya..
yang tulen itu ada palsunya..
yang ramai itu ada sunyinya..
yang manis itu ada sinisnya..

itulah hidup..

manusia tidak pernah rasa cukup dengan apa yang ada..

tiada gambar dapat mewakili kata-kata..


Sunday, April 30, 2006

kosong..


burung yang terbang saban senja
berlegar manja di langit sepi
mendorongku untuk bertanya:
Pernahkah ia merasa sunyi?

Saturday, April 29, 2006

sayang


sayang..
aku tahu cubaan terhadapmu kali ini sangat berat..
tapi aku yakin cubaan itu akan membuatmu menjadi lebih kuat dan tabah
untuk menghadapi hari-hari yang akan datang..
aku bangga memiliki seorang gadis yang kuat semangatnya serta tabah meghadapi dugaan..

i love u dear..
i'll always be with u..

Wednesday, April 26, 2006

terbang atau jatuh?


haruskah aku mendongak memandang langit
atau
haruskah aku mencangkung memandang tanah?




kakak aku ckp,"pasni..harus jd yang lebih memahami tau! jaga dia elok-elok!"
member aku plak ckp," kasi aku id ym awek kau ngan no tepon skali.aku nk ayat dia."

adik..


ketiadaannya dirasakan kehadirannya,
kehadirannya dirasakan kehilangannya,
kehilangannya dirasakan kerugiannya.



tribute to arwah irna amalyna bt mohamad kamal yang kembali ke Rahmatullah pada 24 april jam 9:45 malam.

al-fatihah

Saturday, April 22, 2006

sekali kata


dulu banyak...!
sekarang?
kosong!
habuk pun tarak..!
kenapa?
makin dalam jawapan digali..
makin sukar difahami..

Friday, April 21, 2006

harta paling bernilai.

aku tulis aku catit
aku warna aku curi masa
aku beri harap dihargai dan dikongsi
disimpan di dalam peti besi
dikatakan harta tidak terperi
lesung pipit di pipi.

harap?...harapan


sekali janji,sekali nafi;
sekali pancang,sekali pincang;
sekali kalbu,sekali peluru;
sekali kata,sekali dusta;
sekali biru,sekali ungu;
sekali manis,sekali sinis;
bagaimana?
sakit?
udah ku kata..
terbang jangan tinggi!
harap?
harapan...

hitam


sampai di sini kehitaman malam
yang tragis
kesumbangan badai tualang jalang
disharmonis
memburu
di bawah tapakmu.

Thursday, April 20, 2006

pertembungan.


fikiranku serabut
gerak geriku kalut
segalanya kelam kabut
keadaan huru hara bagai dilanda ribut.

Sunday, April 16, 2006

buat temanku..

teman..
hilang satu;
tumbuh seribu..


p/s: aku tujukan khas buat teman rapatku.aku kagumi semangatmu keras seperti kerikil.

kuasa?


Mereka itu kuasa,kuasa itu dera.
Mereka pemangsa.Aku mangsanya.

Bagaimana jika keadaan bertukar menjadi sebaliknya?

Wednesday, April 12, 2006

Monday, April 10, 2006

ambilkan gambar boleh..?


hey kamu..
kamu yang memegang kamera itu..
boleh ambilkan gambar aku?
ambil gambar tentang perasaanku boleh?
ambil gambar tentang pemikiran aku..boleh?

sudah tentu tidak bukan?

bertopengkan syaitan..


walau perangai ku sejahat syaitan
walau hati ku hitam dan gelap katanya
namun aku masih punya hati dan perasaan
untuk dicintai dan mencintai..

Sunday, April 09, 2006

kasar ke?


mengapa harus mengeluarkan kata-kata
yang mampu menguriskan hati?
tika hati ini setenang air
tika fikiran sudah mula meloncat gembira..

fikirkanlah..
aku bukan mahu rasuah ..
aku bukan mahu dosa..

cinta vs tekanan..

jika benar cinta itu terikat..
mampukah ia mengatasi tekanan?
atau ia kalah di sebalik tekanan?
kau sahaja tentukan...

mana satu?


kalau aku gerakkan bala tentera dahulu
apa mungkin raja aku selamat?
mungkin kalau kudaku melangkah beberapa tapak
adakah kerajaan putih itu akan hancur?
kau sahajalah tentukan keputusannya
kerana kau lagi bijak dalam segalanya..

manalah aku tahu!!

Saturday, April 08, 2006

manis...


basikal tua itu beroda dua..
masih ingatkah adinda kali pertama kita bersua?

kusut




tangan masih kental memegang pena
mata pula asyik memandang monitor
telinga bergendang bersama alunan muzik
mulut diketap rapat
kenapa fikiranku melayang?
kenapa tiba-tiba terasa serabut?
kenapa semua bagai tidak kena?

entah..
aku pun masih tidak tahu..
mungkin tidak mahu ambil tahu..
kau tahu?
beritahulah aku..

Thursday, April 06, 2006

bacalah..fahamilah..

dalam bilik ini
aku ditinggalkan
ditemani sebuah buku dan seekor haiwan
ku belek setiap helaian muka surat buku itu
makin ku belek
makin kencang degupan jantungku..

sedang ku memahami kandungan ayat dalam buku itu
ku lihat pula haiwan itu memerhatiku
apakah dia faham dengan apa yang terjadi?
apakah dia mengerti dengan keadaan ku ini?
kalau lah haiwan itu bisa berkata-kata..

dalam bilik ini
aku ditinggalkan
aku buntu
aku bingung
bagai dihentak ke dinding kepalaku ini
perit sungguh sakitnya
kini ku membaca,
mataku membaca,
tumpuanku pula pada mesin suara itu,
mesin suara yang sudah lama tidak berbunyi hendaknya.

bila mesin itu akan berbunyi?
aku pun tak tahu
meskipun berbunyi
bukan suara itu aku mahu
aku mahu suara manja belaian dahulu
ianya sudah hilang
hilang di sebalik ego serta hati yang keras agaknya
mungkin bila ia hadir kembali
barulah mesin itu beroperasi sepenuhnya..

catatan:
masih dipengaruhi oleh sajak sasterawan negara, a samad said. sampai bila aku akan diperlakukan begini? bila dia akan sedar? bukan putus jalan penyelesaiannya..aku sekarang seperti orang gila..

duka bersahaja..

tiadakan putus hasratku
walau kau sakitkan hatiku
kerna tidak pernah luntur semangatku.

tiadakan mahu padaku
walau kau mahu tinggalkanku
kerna aku tahu apa yang kau tak tahu.

siapa tak akan tahu?

tiadakan tunduk cita-citaku
walau sekejam sedurja manusia itu
kerna di dalam kepalaku hasratnya hanya satu.

tiadakan tahu padaku
bila kau menembak bertalu-talu
di dalam mataku hanya berteman pilu.

siapa tak akan tahu?

siang begini malam begini
siang begini malam begini
siapa pun tak akan pulang riang hati.

hasratku begini citanya begini
hasratku begini citanya begini
siapa pun tak akan senang susahnya hati

mana hati tak tahu?

kukhabarkan begini jawapannya begini
kukhabarkan begini jawapannya begini
siapa pun tak akan senang sampai ke pagi

di mana simpang mahu ku tuju hanya hati yang tahu
di mana ada bimbang hanya dadaku yang tahu
di mana ada syaitan itu hanya kepalaku yang tahu.

aku tahu siapa tahu?

sungguh panas keadaan begini
sungguh pantas degupan jantung ini
aku tahu aku tahu:

segalanya kini bagaikan sayu
memikirkan keadaan yang tak menentu
bagaikan menemui jalan buntu.

aku tahu siapa tahu.

catatan:
puisi ini telah diolah dari puisi a samad said bertajuk serenade.mungkin telah hilang mutu keaslian bahasanya.maaf jika aku merosakkan bahasa.segalanya gelap di depan dan aku bagai hilang arah tujuan.kepalaku sakit..perutku sakit..segalanya sakit..kepada ibu bapaku,maaf dipinta kerana banyak menyusahkan kalian berdua.

Tuesday, April 04, 2006

kalau..

kalau betul aku ini berperangai seperti syaitan
sudah lama aku melupakan tanggungjawab aku sebagai seorang insan
sudah lama aku lupakan tuhan
sudah lama aku hancurkan iman..

jika benar patung bernyawa itu jahat karekternya
butakan sahaja matanya
kudungkan sahaja tangan dan kakinya
biar dia sedar akan makna pembalasan..

mungkin benar kata seorang tua
jangan kamu mengharap pada yang belum pasti
kerana jika kamu gagal mendapat seperti yang diharapkan
sakit dan peritlah hadiahnya..

mana pergi kalimat itu
mana pergi rasa itu
mana pergi kata kata manis itu
sudah mati di lurah yang kejam?
kau sahaja yang tahu..

Saturday, April 01, 2006

undecided

satu ayat yang boleh mengembirakan jiwa
satu ayat yang boleh menyakitkan hati
satu ayat yang boleh menceriakan hari
satu ayat yang boleh melemahkan raga

satu ayat yang boleh MENGUBAH semuanya..
aku mahu dia kembali..

Friday, March 31, 2006

dingin malam

sahabat..
apa yang kau renungkan lagi?
apa lagi yang kau fikirkan?
kau hanya mampu memandang bintang dan merasai sejuknya angin malam..

sahabat..
baru sekarang kau kesali?
baru sekarang kau terasa sakitnya sedangkan dia sudah lama memendamnya?
kau hanya mampu duduk termenung memandang anak tangga itu..

sahabat..
ku sangkakan kau kuat..
rupa-rupanya kau lemah..
hati kau hanya mampu menangis..
menahan pedih luka yang kau sendiri lakukan..
tidak kira sembuh macam mana pun luka itu..
parutnya tetap ada bersama kau selamanya..

sahabat..
fikirkanlah yang terbaik..
korbankanlah apa yang perlu..
sembuhkan lah dia secepat mungkin..
jika kau tidak mahu kehilangannya..
aku tahu berat untuk kau hadapinya..
fikirkan lah...
selebar mana pun senyuman kau..
hati kau tetap menangis..

sedarlah..

sahabat..
kenapa kau masih termenung di situ?
kenapa kau masih menyorok di lorong itu?
kenapa kau tinggalkan aku?

sahabat..
sedarlah kau..
tiada siapa yang ubah diri kau..
kau mengubah diri kau sendiri..

sahabat..
buangkan panas baran kau..
kurangkan ego kau...
campak lah topeng itu..

sahabat..
kau masih ingat bila kau tinggalkan aku?
waktu itu pada bulan puasa..
di mana waktu dia kuar berbuka bersama kawannya..
saat itu kau terus lenyapkan aku dari hidup kau..
puisi yang dikau karang tidak lagi berseni..
semuanya berbau api kemarahan..
semuanya kerana terlalu melayan emosi..

sahabat..
layankan sahaja kedegilannya..
jika benar kau mencintainya..
jika benar pilihannya salah..
maka die akan sedar kesalahannya..

sahabat..
aku faham apa yang tersirat di hati kau..
namun mengapa kau tidak mahu berkongsi bersama aku?
aku faham kau bukan mahu memutar belitkan keadaan..
kau hanya memilih jalan yang banyak simpangnya daripada jalan yang lurus
kerana kau tidak mahu hatinya disiat-siat dengan duri di jalan lurus itu..

sahabat..
aku tahu kau mencintai dirinya
banyak pengorbanan kau lakukan..
sama ada die sedar ataupun tidak..
itu haknya..
asalkan kau ikhlas membantunya..

sahabat..
sedarlah kau dari fantasi yang kau bina..
kembali ke alam realiti..
berjalanlah kau bersama aku..
biar aku menjadi petunjukmu..
biar aku berada dalam acuan brownies itu..
jika kau mahu brownies itu terasa cintanya..
terasa keistimewaannya..
untuk diberikan kepada chenta..

Thursday, March 30, 2006

suara hati..


im tired of being a better person..
and yes i mean it...
i wanna be the best person..
and yes i do mean it!

jalan penuh simpang siur kupilih
walaupun banyak likunya..
jalan lurus kuhindar
kerana..di jalan itu..
awan mendung menanti,penuh duri-duri yang mampu menyiatkan hati..
pedih tidak terperi..

Sunday, March 26, 2006

V for Vendetta..Freedom Forever..


"Remember, remember, the 5th of November
Gunpowder, treason and plot;
I know of no reason, why the gunpowder treason
Should ever be forgot."
Guy Fawkes (April,14 1570-January, 31 1606)

Saturday, March 18, 2006

menulis itu keajaiban..


"hak alaa..manja sgt ar.."
"umur dah nk masuk dua dekad..nk manja lg"
"pc ko x cukup hebat.."
"klu die buat mcm tuh..ape ko rasa?"

gula itu manis rasanya,
kopi itu pahit rasanya,
cili itu..pedas sungguh rasanya,
air itu sejuk dan tenang sebenarnya...
keluarkan aku dr kepompong tersebut...

Thursday, March 16, 2006

anak panah..


"kisah berlaku pada suatu petang
pabila seorang mat saleh memasuki satu kedai
dibuka pintunya oleh seorang lelaki dan rerakannya
diucapkan terima kasih oleh mat saleh berikut
dijawab sesama oleh lelaki tersebut
dijawab welcome oleh rerakan lelaki tersebut.."

anak panahnya tepat mengenai sasaran..
tiada kata secantik bahasa..
tiada kata setajam maksudnya..
tiada perasaan..tiadalah nyawa..



Wednesday, March 15, 2006

suka atau duka..

kadang kala..
perbuatan tak menyamai kata-kata yang diluahkan..
maaflah..
aku hanya seorang yang biasa..
insan yang sempit dari sumber kewangannya..
mungkin agak hina pada pandangan mata-mata durjana..
maaflah..
aku hanya mahukan kebahagiaan..
hembuskanlah awan gelap itu..
datanglah sinar matahari..
maaflah..
bukan aku kedekut senyuman..
pabila si buta muram..
namun hatinya tetap tersenyum pabila melihat puan jelita..
harap puan jelita memahami..
maaflah..
hidup tak selaluya indah..
tak semua yang kita harap selalunya kita capai..
maaflah..
kadang kala terlalu penat untuk mengharungi hari..
aku mahukan rehat seketika..
biarkanlah aku lelap seketika..
maaflah..
bukan mamai menguasai diri ini..
tidak mahu pergaduhan berlaku lagi..
maaflah



Monday, March 13, 2006

sampai bila..

si buta masih teguh berdiri di penjuru jalan
si buta masih setia memegang tongkatnya
si buta lapar dan dahaga
si buta sakit dan penat
si buta mengharapkan keajaiban
si buta menjadi semakin kusut
kerana dugaan yg dtg menimpa x sudah-sudah
si buta semakin terhimpit dengan dunianya sendiri
dunia yang penuh onak duri serta gelap gelita
makin lama berjalan..
si buta makin mengenali hati budi manusia
juga bisa kenal siapa kawan siapa lawan
walaupun hidup si buta penuh dengan kesedihan
si buta masih tersenyum
di samping manusia bernama sahabat yang tinggi nilai budi pekertinya
juga di samping puan jelita yang tiada gantinya..

apabila..

bagaikan berada di dunia lain
menulis nukilan di atas helaian
pena pula bagaikan tidak berdakwat
makin lama coretan makin hilang seninya
makin lama manusia seakan hilang budinya
kerna dikuasai oleh kemarahan dan kesedihan
ruang semakin gelap gelita
apakah aku dapat diselamatkan oleh puan jelita?

gundah

hatiku gundah
semuanya bagai x kena..
hatiku susah
bagai dunia diam seribu bahasa
aku terhimpit
berasa sempit di ruang sendiri
perit lagi sakit..

dosed..

penat memerintah
penat diperintah
televisyenku dah rosak
video jangan kau gelak..

jangan jadikan aku idola..
jadikan kisah hidupku sebagai tauladan
kerna awan hitam sentiasa menyelubunginya
menantikan matahari belom pasti.

Sunday, March 12, 2006

kelainan..


menunggu mempunyai tujuan yang mulia dan misteri...

Thursday, March 09, 2006

menunggumu..


Di dalam sebuah cinta

Terdapat bahasa

Yang mengalun indah

Mengisi jiwa

Merindukan kisah

Kita berdua

Yang tak pernah bisa

Akan terlupa


Bila rindu ini masih milikmu

Kuhadirkan sebuah tanya untukmu

Harus berapa lama aku menunggumu

Aku menunggumu


Di dalam masa indah

Saat bersamamu

Yang tak pernah bisa

Akan terlupa

Pandangan matanya


Menghancurkan jiwa

Dengan segenap cinta

Aku bertanya



Aku menunggumu




Dalam hati ku menunggu

Dalam hati ku menunggu

Aku...

Dalam lelah ku menunggu

Dalam letih ku menunggu

Aku...

Masih menunggu


Bila rindu ini masih milikmu

Kuhadirkan sebuah...

Harus berapa lama, harus berapa lama

Aku menunggumu, aku menunggumu

Aku menunggu...aku menunggumu

aku adalah dia..dia adalah aku..

jika aku adalah dia..dia adalah aku...maka pasti aku merasai apa yang dia rasa...dan dia juga pasti merasa apa yang aku rasa...suka...duka...ketawa..menangis..dikongsi bersama...moga bahagia selamanya...hanya kuntuman senyuman dia mahukan..akan kuhadiahkan..

Tuesday, March 07, 2006

hidup aku..

coretan bermula dengan nada sumbang..hidup huru hara disebabkan oleh seorang gadis(gadis ker?) bkn chenta, tetapi xgf aku..haaa...huru hara hidup aku..aku dimaki oleh ayah aku..mak aku x sehat kerana masalah ini..haih...aku perlukan semangat..aku perlu harungi dugaan ni..semoga bahagia menanti di depan kelak..

gambar nih? ni menunjukkan keadaan aku skang..awan gelap menemani hidup aku buat masa ini..air mata mengalir umpama hujan...moga awan cerah bakal menjelma..insyaAllah...


p/s: terima kasih kepada adik beradik...chenta(i love u nyet!!! i miss u yang!!!)...serta sahabat2 yang byk kasi semangat...

Sunday, March 05, 2006

apa itu seni?


apa itu seni? aku masih mencari2 maksudnya...klu dipkkan..setiap org mempunyai seninya sendiri..apai dgn seni capo nya...seni pengambilan fotonya...efry...seni permainan muziknya...jua pengambilan gambar serta seni bermain dengan2 kata...k pula bijak dlm seni bermain kata2 tersirat tetapi padat maksudnya...heirzy..pandai dalam seni garphic designnya..jua dlm edit mengedit nih...haza? haa..terer dlm satu seni yang mana sudah semakin para remaja melupakan kecantikannya...haza terer dlm seni jawi...aku? aku masih mencari2 apa itu seni dlm diriku...











Sunday, February 26, 2006

kasih..

air mata membasahi pipi..
mendengar jeritan adik yang dikasihi..
menahan sakit yang tidak terperi..
hanya ciuman dapat diberi..

suapan nasi hanya mampu diberi..
senyuman satu hadiah kepada yang dikasihi..
pelukan erat yang dipinta..
daripada kakak yang tercinta..

adik kini terlantar lagi..
sayu sungguh hati ini..
melihat adik x ceria lagi..
darah diuji berulang kali..

adik kini tidak larat berjalan lagi..
hanya mampu duduk di atas kerusi besi..
dan ditolak oleh ibu yang dikasihi..
yang kasih sayangnya tidak terperi..

adik,
hanya doa sahaja dapat aku beri..
tidak terdaya aku melihat dikau sakit begini..
pelukan dan ciuman dari seorang kakak sudah cukup terbukti..
sudah cukup menunjukkan kasih kakak sungguh bererti..

tulisan ini dicoretkan ketika menemani kekasih aku menziarahi adiknya yang kini terlantar di hospital..semoga irna akan cepat sembuh..hanya doa dapat kuberi..sayang irna..

sasaran..














aku cuba menjadi yang terbaik..
tp seakan semuanya x kena..
seakan semuanya samar..
seakan semuanya gelap..
semakin sukar menggapai bintang di langit..

di ruang kosong ini..
aku meraung..
aku menjerit..
semuanya seakan x kena..
semuanya gelap gelita..

hati aku mengamuk tiada siapa mengetahuinya...
tidak mungkin aku berpaling ke belakang..
mengharapkan semuanya berakhir bahagia..

Thursday, February 23, 2006

sebuah kisah..

kisah bermula selepas habis bermain futsal..melepak di kedai mamak kat subang..kisah diteruskan dengan topik perempuan...mcm mana nak tackle pompuan..nak kenal pompuan...nak psg lebey dr 1...hurmm termsk lah kisah membuat 'liga' perempuan...namun aku hanya tertarik apabila semua kisah yang diperbualkan...yang kena nya sume kat aku...kerna kat table tuh...leh dikatakan semua masih single..manakala aku sudah berpunya...mungkin aku terlalu setia...x pandang pompuan lain...x nk pasang lebey dr 1...teruk juga aku dibahankan...namun aku x amik peduli...kerna hati tetap pada satu...aku menunggu msg drnya dr pukul 8..kerna waktu itu die ke kelas...entah di mana silapnya..sampai kol 12 lebey pun x juga msg dikirimnya..aku mula ragu2...ntah apa yang dilakukan.. aku x mara...tp aku rasa seperti org bodo menunggu dan mengharap..kisah menjadi lg panas pabila dia mengalirkan air mata...die hendak mengadu padaku yang dia demam...namun hendak disimpannya kerna die kata aku moody...haih...mungkin sumuanya kena pada aku balik...katalah bagaimanapun..balik2 kena pada aku...check comment last post...dan aku x sangka dia juga mempunyai blog baru..dan aku x mengetahuinya...mungkin mahu dijadikan satu rahsia..xpela...mungkin aku akan menjadi buah dadu yg apai katakan...aku akan kehilangan semua org pabila aku kehilangan segalanya...pabila x menghargai apa di dpn mata...inilah kisah aku sebelum semayang jumaat bermula...

Wednesday, February 22, 2006

ceria sahaja...


yeah...aku dah ok ngan awek aku...alhamdulillah...syukur...aku dapat atasi sumer masalah ngan die..harap x gado lg..tq apai..aku x kan jd dadu yg mcm ko ckp tuh..





















ini lah apai...org yg slalu buli aku..huahuahua..














haaaaa...ini rakan aku...rumet apai..mamat bahasa die nih..kuang kuang kuang...















ini org bahaya woooo..rumet aku nih..power gitar mamat nih....ske buli org gak nih...miahahahaahaha





owh..tq to dato n hezi...xde gambar dorang ar...nanti ar aku upload...:) harap hidup aku akan kembali ceria...

i miss u..

i miss u dear..

luahan hati..

aku kembali menaip..yeah..dis week agak sakit sket idup aku..huru hara gak ar..totis aku sekor dah mati..sedey giler..haih..aku plak asyik buat awek aku terasa...hurm..berlaku salah faham yg amat besar..sampai aku rasa stress giler..bkn kerna dia..tp kerna salah aku sendiri..aku tau ari2 aku buat die menitiskan air mata..aku x bermaksud pun...mungkin kerna hati ini terlalu lembut..dan manusia sentiasa melakukan kesilapan..namun x berkurang sedikit rasa syg aku pada die..aku x mau pompuan lain..hati aku hanya utknya..aku harap die memahami segalanya...aku akan berubah..dan aku mengharapkan die jua begitu..namun aku tak meletakkan harapan tinggi..masa aku menaip blog ini..aku br pas mandi..kena hujan...sbb cr awek aku kat cyberpark..hujan lebat..aku takut die demam kena hujan..namun bila dah sampai cyberpark..aku call die dah sampai bilik..lega gak ar...risau x hingat dunia dibuatnya...haih...mungkin aku terlalu risau...sampai menggeletar kaki tgn aku..takut ape2 jd kat die...sape x syg bini..haih...aku mengharapkan segalanya akan pulih spt biasa...aku menyayanginya..terlalu menyayanginya...

Thursday, February 16, 2006

tulisan..

aku kembali menaip...yeah..minggu ni agak bz..klas pack siot..ari2 aku kena bgn pg..pastu gap antara klas lak sejam jer..haih..saat aku menaip ni..mario sedang tido di atas peha aku..nelly lak dok main atas meja komputer nih..totisku..hahaha...minggu ni life agak ok berbanding minggu lepas..hmm..tp dlm ok tu sure ada yg x ok kan..itulah hidup..aku masih x phm..kenapa org masih memandang rendah terhadap org lain walaupun di kalangan rakan2 sendiri..adakah ini dinamakan persahabatan...?? atau aku yg masih buta dlm mengenal perkataan yg disebutkan persahabatan..?? yg x pandai akan ditindas dan yg power akan terus berkuasa?? manakan semua ini boleh berlaku dlm hubungan yg dinamakan persahabatan?? masih mahu merendahkan kebolehan org lain?? mungkin ini dinamakan kehidupan..setiap org mempunyai persepsi yg berbeza malah beraneka ragam perangainya..aku lemas untuk berada di dlm situasi ini..mungkin aku terlalu lantang menyuarakan suara hati...???maaf..aku hanya mahu keluar dr situasi yg merimaskan kepala otak aku.. awek aku?? awek aku ok..biasalah klu berlaku salah faham..x boleh lari..namun aku bahagia bersamanya..aku masih berasa serba salah dengannya..kerna aku kadang2 buat lawak x kena tempat..dan sesungguhnya x terlintas utk membuatnya terasa..x mahu melihat die menitiskan air mata sekali lg..aku phm..mungkin die nyata berbeza dengan apa yg kuharapkan..nyata berbeda dengan wanita yg berada dlm kisah dongengku..namun itu x mematahkan semangatku..malah aku makin menyayanginya..dan akan sentiasa mencintainya..aku berasa sedih pabila die ada menyatakan die tidak layak utkku..pada aku..layak atau tidak,bkn kite yg tentukan..biarlah sumenyer dtg dr hati..walaupun die byk kali menyakiti atiku..aku phm dan aku memikirkan aku jua byk menyakiti hatinya..nyata pabila aku menaip blog ini..terlalu byk benda bermain di fikiran aku..dan aku masih mengharap sumernya berakhir bahagia...

Monday, February 13, 2006

hidup

hidup xkan mencabar tanpa masalah...masalah tanpa kire masa atau usia..dan x kire tempat..mmg susah nak lari dr masalah..seakan masalah itu pandai mencari destinasinya..aku br je pas bayar duit sewa umah..although aku dah kuar dr umah itu..sian ayah aku..sorry ayah..ntah ar..aku pun x phm..kenapa aku dianiaya sebegini? namun aku dah lega aku dah bawak kuar sumer barang dr umah itu..masalah lain yg timbul lak...alaun aku la plak dipotong..ye ar..nak kena bayar byk benda..haih...mana ngan duit umah lagi..duit blanje lagi..nak bayar fees lagi..hostel lg..argh...duit aku dah mulai kering..makan maggi la jawabnye pasnih...kadang2 aku terpk...aku ni xleh buat keja ker? kenapa org mcm memandang rendah pada aku?? ker mmg aku x leh buat keja? ntah la..mungkin aku x slalu tunjuk kat org hasil keja aku...aku simpan sorang2..xpela..pandangan org xleh nk ubah..aku ni bg masalah kat org ker? sumer benda aku buat salah ker? salah ke aku nak menceriakan hati yg slalunya ditimpa duka..?? mungkin aku x pandai membawa diri? aku patut simpan sorang2? aku xde lah jenis citer sgt kat org..minta pendapat tu slalu lah...aku ngah sakit time menaip nih..rasa bdn lemah je...mcm x sehat...manakan lg ngan sakit blakangnyer lg..haih...klu lah aku boleh menyandar..tp apakan daya..aku kena pk gak..org lain pun nak life dorang..x leh slalu menjadi tempat mengadu..dan aku tau kadang2 aku dah men'spoil'kan mood org yg paling aku sayang...terlalu kecewa...

Thursday, February 09, 2006

meniti hari..

yup2..aku kembali...arini penat sgt..smalam aku tido kol 6 pg...blk dr damansara..tlg haza kat telekom smart skool..hmm..hati aku berdebar2 di kala menaip nih..mungkin terlalu kecewa n hampa...ntah ar rasa life mkn sux..pas satu satu masalah dtg..makin lama aku rasa aku makin x thn..mcm bila bgn tido..aku slalu ckp..tlg la jgn ada masalah lg arini..aku rasa life aku agak hambar..no more depanding on people we love..sbb dorang pun ada problem gak..tu yg aku blaja 2-3 hari lepas..aku rasa aku dah kena start berdiri atas kaki sendiri..nasib baiklah ada kura2 ni..dpt gak mendengar rintihan hati..aku bkn ske sgt kongsi prob ngan org..sbb org akan pk aku ni org bermasalah..aku x suke..xpelah..pasni sume aku simpan sorang2..just hope semua akan berjalan lancar..n aku harap sgt sumenya akan selesai..byk benda jd minggu ni n dah cukup buat aku kecewa..

Tuesday, February 07, 2006

berakhir bahagia...??

aku kembali menaip...yeah..klas dah start..mcm gampang la setiap subjek..susah nak mati..tp dlm x beh.ada yg beh kot..leh buat video clip sem nih..yesh..tp dtg pulak prob nk buat grup..hehe..sian member2 aku...dah pening nak masuk grup mana..ngan aku gak la ngah pk nak join sape...sume nak join ngan yg power2 ajer..haih..mcm2 la..aku mengharungi hari x beh la arini...haih..pening kepala aku...sorry ayah..paeh dah byk nyusahkan ayah..sorry sgt2

Monday, February 06, 2006

biar rasa yang memilih..

aku kembali menaip..haih...aku x tau la ape yg aku rasa sebenarnya..kejap happy kejap sebak..haru...gelisah...pressure pun ada...aku perlu bersandar...menyandar pada chenta...namun chenta x sehat..x larat..sian die...aku plak asyik buat hal jer...x tau la..iyer mmg dah janji...aku hanya mahu kepastian...itu sahaja...jangan la ditinggalkan..atau diabaikan...ngah pressure nih...aku perlukan die..klu bleh x mo dah ada pertengkaran..aku tau..aku lahir bln julai..leo...org leo ni slalu mengharapkan kisah hidup bagai kisah dongeng...aku mengaku..mmg btul...itulah sebab kadang2 aku down..kisah aku x sebest kisah yang harapkan..ke aku ni yg terhegeh2 dlm sume ni..aku je yg pk aku terlalu serius? aku pun kusut pk...mungkin....

Sunday, February 05, 2006

aku kembali..

yup..aku dah kembali...bila aku dah kembali menaip...maksudnya...aku dah kembali ke cyber...yeah..ngah buhsan2...member2 aku blom sampai..sume balik malam nanti kot..ntah2 esok...awek aku? mlm jua..xpela aku tunggu...memana la...cuti dah abis..yeah..result? ok la..so so la...alhamdulillah..aku syukur ngan result aku...ntah la..aku sebenarnya...xde mood nak menaip..tp aku buhsan..sorang2...aku pun x tau ape yg aku rasa...mcm xde perasaan..aku x tau la..aku x paham ngan perasaan aku..wahhh..tp mcm tulah..itu lah yg aku rasa...semua ada kot..bercampur aduk...rasa mcm nak lari pun ada...lari dr perasaan sendiri? haha...mungkin la...aku happy...sedey...pasrah..sume ada la...aku pun tau ar...senang cita aku kusut ngan ape yg aku rasa...

Thursday, January 12, 2006

coretan hati duka dalam gembira

aku kembali menaip..haha..aku dah x pedulik skang kul baper...yg aku pasti..aku nak meluahkan segala yang terbuku dlm hati ini...kire emo gak ar time aku ngah taip blog ni..huhu..sorry sayang i tido lambat..actually i cant sleep dear...cant stop thinking wat had happened to me n us this past few month...byk benda yang selama ni aku pendam..terutama hal2 peribadi aku...yeap..aku rasa arini aku mcm nak meluahkan segala kat blog nih...byk benda jd..ntah ar..aku rasa hidup aku x stabil sket...prob mcm slalu je dtg...sampai kengkadang aku pun naik rimas...n kengkadang aku pun dah rasa give up...first thing aku nk citer..heh..sal umah townhouse...firstly aku nk minta maaf kat abg2 umah...sal aku kuar dr 'kandang' tuh...aku kuar bkn saje suka2..aku kuar sbb aku rimas..lemas...segala benda aku buat diperhatikan...selepas kes umah kena pecah tuh...dan di mana aku kena tuduh curik...yg mana aku brani sumpah aku x amik pun barang2 tuh..sedangkan barang aku pun kena curik..cuba pk..jgn disebabkan aku byk berbelanja...aku tau aku org susah..tp bila duit ptptn masuk,nak gak belanja duit tuh babik! .aku terus kena cop..aku tau aku nih lurus bendul..x payah ar aku citer ape jd ngan aku satu ari nih...tp yang pasti sbbkan aritu la..aku kuar dr umah..aku dah phobia kena torture..x sangka dalam kite berkawan..ada juga sifat talam dua muka...padahal..satu ketika sama2 penah susah cr umah...last2 persahabatan tu dah jd tawar...rasa respect dah bertukar jd benci... tp xdela benci kat suma...aku cuma hilang respect..aku leh cerita ngan abg 'cinderella' je..ntah ar..die je yg bg aku semangat..although aku kuar umah...die x bencikan aku...mmg best kawan ngan die...aku taip ni bkn sbb aku x puas hati..aku sedey...phobia...sume ada la..aku tau bapak aku x hebat mcm bapak korang..bapak aku polis je..bapak aku jugak ckp polis ni bangsat je kejanya..xla mcm pengarah sume tuh...bapak aku ckp die bangsat depan abg2 nih..ternyata die cukup kecewa ngan apa yang jd..yang lagi menghangatkan suasana..ada budak umah pi ckp ngan xgf aku..klu nk minta duit hutang..minta kat parent aku..hehe..trimas bro!! ko mmg best!!bagus dlm meretakkan hubungan anak dan bapak! sbb ko lah hubungan aku n bapak aku jd renggang seketika..trimas byk!!harap ko gembira! sampai bapak aku ckp aku ni asyik bg masalah jer...sape x kecik hati...klu korang jd aku pun korang leh rasa...alhamdulillah..hubungan tu dah ok dah...citer sal xgf aku lak..hah..ni lg best..tanpa segan silu tepon parent aku..minta duit hutang...ckp kat bapak aku die xde duit skang..n nak minta duit hutang...agak sempoi gak gaya die bgtau parent aku tuh..bkn sket beb minta...bila aku tanye brape...gedik2 nk jawab...dah kena tengking br nak ckp..rm400...byk kan? hahaa..aku beli ape pun time couple ngan die pun x tau..yg aku ingat xde la byk tuh...rupa2nya..segala wang blanje mkn n minyak dikira skali..wah wah wah..naseb aku minta break cepat2...klu x lg bertambah ar hutang tuh...cebai ar...bagus la deena...sbb ko kad bank n perbelanjaan aku dah ditarik...ko pun lagi satu..mmg...kejam dan zalim..bagus gak nk meretakkan hubungan BAPAK DAN ANAK..! x sia2 kena tengking la kan...sbbkan masalah2 ni aku kurang sket bg tumpuan dlm kelas...lambat bgn pi klas...sume sbb ni ar..alhamduilillah exam aku leh jawab..sume sbb awek aku ada...die lah bg aku dorongan nak study...buat assignment...haaa...bab assignment..aku betul2 nak ucapkan trimas kat efry n heirzy...twins evil yg byk tolong buat mcp..aku x tolong pun dorang..tolong printak jer...buat kan flowchart je..tu je..nyesal x tolong...tolong tgk ada ar...sorry byk2...korang mmg best...aku hargai korang...nanti aku blanje makan n rokok!..hahaha...sal chenta...hmm..seminggu ni agak goyang sket..die byk menitiskan air mata...sian kat die..aku bkn sengaja nk biarkan die nanges...biasala..aku byk prob...kadang2 aku x bisa control emosi aku..kadang2 terlepas ckp...aku try kawal emosi aku..ada gak try nk solvekan prob..tp kadang2 situasi x memihak kepada aku..haih..kadang2 aku harap sume ni x terjadi..aku x sanggup hilang gadis 99% aku..aku dah jumpe die..x mungkin nak lain..aku juga x sanggup hilang sahabat2...aku harap sume ni kan berakhir bahagia...cukop2 la masalah dtg...aku dah xde kekuatan..aku harap kekuatan dr awek dan sahabat2 aku...

Tuesday, January 03, 2006

diari II

















jadi terlalu bijak pandai kadangkala tak berguna juga
bila tak mampu mengubah apa-apa..

ada benda ingin aku tahu
ada benda yang nak sangat aku tahu
tapi aku tak tahu macam mana aku nak tahu
iri hati pula bila ada orang lain lagi tahu
rasa tak berguna pula bila aku tak tahu benda yang sepatutnya aku tahu..
mana silapnya bila aku patut tahu benda yang aku tak tahu tapi orang lain tahu?
haih..

interaksi harus diperbaiki
jika mahukan ia berisi
agar lengkap sebuah diari


Sunday, January 01, 2006

tahun untuk berubah?







yeah..slamat tahun baru aku ucapkan pada semua..semoga tahun ni lagi beh dr tahun lepas..aku bebetul harap tahun ni lagi baik dr tahun lepas..tahun lepas agak sucks pada aku..banyak gile problem...pening2...banyak kenangan jua tahun lepas..yang pahit sungguh perit..yang manis tetap terpahat di memori..kenangan paling manis aku..3hb ogos 2005...aku dah couple ngan awek aku...sungguh manis..although cara aku mintak kapel tu mcm melawak..tp serius beb...byk benda jd dlm masa 5 bulan nih..alhamdulillah..segalanya under control..biasaklah klu ada problem yang menimpa...masalah kecik spt jeles dan pelbagai..aku tau..masalah dtg dr 2 pihak..x semestinya salah sorang ajer..dua2 salah..insyaallah,ngan tahun br yang dtg nih..aku harap aku dapat tutup kelemaham aku..aku akan cuba perbaiki diri aku...aku x leh mengharap sgt...cant put such high hope..coz she s not dat kind of gurl...i just can folllow wif the flow..just follow je rentak die...aku xkan cr pompuan lain..kenapa die ske ckp aku cr pompuan lain?? soalan faveret....aku sayang die ajer...aku rindu die...

story of us


























gambar aku dan die....

Thursday, December 29, 2005

kembali menaip

agak lama aku x mengupdate blog aku..hurm...agak bz semenjak dua menjak nih...problem jua dtg x sudah2...dah la aku dah pindah balik masuk hostel..ada hal sket ngan budak umah...aku teraniaya....xpela...janji aku rasa dekat ngan awek n rerakan aku...agak senang nka wat assignment yang x abih2 menyusahkan aku...keja aku belambak...penat x sudah2...tp sempat mengisi masa melepak ngan rerakan...dating ngan chenta...wuwuwuwu...rindu kat die...sempat gak tgk movie...paling baru..'baik punya cilok'...citer melayu terbaik tahun ini...jalan cerita yang sempoi...kelakar abis...pelakon2 yang x sudah2 buat penonton gelak...kengkadang aku n awek gelak bkn sbb lawak afdlin..tp gelak sbb penonton yg gelak mcm haram dok sebelah aku..tgk lah citer tu..berbaloi siot bayar semata2 nak memartabatkan filem melayu..filem melayu paling best..afdlin rock!!!!! aku skang ngah belajar sket2 ngan haza nk power flash mx nih..huhu..o brian mmg gempak seh...apai lak skang tokey t shirt bersama dato,heirzy ngan kabri..huhu efry..dorang kaya siot..beh beh beh..ske tgk rerakan aku bahagia...huhuhu..dah la..dah xde idea..nanti aku update lg..

Sunday, December 04, 2005

ada lagi..

bisakah dia memahamiku?
bisakah dia mengetahui segala yg aku fikirkan?
bisakah dia membaca perasaanku?
bisakah dia menahan dengan segala dugaan yang datang dalam hubungan ini?bisakah dia menahan dengan perangaiku ini?
bisakah dia mencintai diriku seperti mana aku mencintainya?

semua jawapan ada padanya..bidadari yang tiada gantinya
bidadari yang datang membawa pelangi dalam hidupku
bidadari yang bagaikan kupu kupu malam padaku
aku x bisa membuatnya menjawab soalan ini di hadapanku

kadang kadang aku bagaikan x memahami diriku sendiri
aku bagaikan buta
buta melihat segala perasaan sayang yang dicurahkan olehnya
mungkin aku terlalu mementingkan diri sendiri
mungkin aku inginkan kasih sayang yang lebih
kerna aku mahukan kehidupan yang lebih bahagia
kehidupan yang bisa membuatkan aku lupa akan kisah lama

aku pasti dia lah orangya
yang bisa menceriakan kehidupanku
tiada yang bisa menggantikan tempatnya

aku merindui dirinya setiap ketika
kalau diberi peluang aku ingin bersama dengannya setiap masa
namun aku mengerti aku x bisa mencuri nya dari org lain
dia juga ada kehidupannya sendiri
kehidupan yang mungkin berbeda denganku
yang mungkin membuatkan aku cemburu jika kena pada masanya

aku terlalu merindui dirinya
hanya mampu meluahkan perasaan rindu di coretan sahaja
hanyalah coretan dari hati yang mungkin x mampu mengeluarkan kata kata di hadapannya

puisi lagi?

dalam kegelapan aku berfikir
mencari ketenangan di penjuru katil
mencari kehidupanku kembali
yang satu ketika pernah tenggelam
tenggelam di sebalik awan kegelapan

kini hidupku bagaikan kembali bercahaya
cahaya yang dibawa oleh seorang bidadari
bidadari yang tiada gantinya
kehadirannya bagaikan pelangi
pelangi yg menggantikan awan hujan
bidadari yang menggembalikan keceriaan dalam hidupku
yang dahulunya sunyi sepi
bidadari yang menggembalikan senyuman di pipi
yang satu ketika pernah lenyap

bau aroma badannya sentiasa berada di sekelilingku
bau yang x mungkin hilang seperti mana
cintaku padanya xkan lenyap
ada satu masa aku ingin meluahkan segala perasaan cintaku padanya
namun aku mengerti semuanya memerlukan keadaan yang sesuai
keadaan di mana dia jua akan meluahkan segalanya
akanku luahkan segala yang masih terbuku di hati
kapan hari pasti
x mungkin aku mahu mengecewakannya
jikalau die kecewa mungkin atas perbuatanku yang x sengaja
tidak terdetik di hatiku untuk menyakiti hatinya
kerna ku tidak mahu kehilangannya

aku merindui bidadari itu
merinduinya setiap masa
akanku cintainya sepenuh hatiku..

Sunday, October 09, 2005

kupu kupu malam

dialah segalanya bagiku
dialah ratu dihati ini
dialah jiwa aku
dialah seni aku
dialah irama dan nada dlm hidupku
dialah kupu kupu malam padaku

seandainya suma kata-kata dilafazkan
akan kulafazkan kesemuanya
apa yg tersurat dan tersirat di hati ini
dr mula kumenemuinya..mencintainya..menyayanginya..
sesungguhnya dialah kupu kupu malam yg kucari selama ini

tiada pengganti tempatnya..
hanya dia bisa memahami aku..
apabila dalam dakapannya..
aku dpt rasakan cinta dan kasih sayang yg sungguh mendalam..
tiada lain seindah dia..
tiada yg semanis dia..
tiada yg secantik dia...
tiada hadiah yg istimewa melainkan aku memilikinya..
memiliki dia selamanya..
dialah kupu kupu malam yg sungguh istimewa..

Saturday, October 08, 2005

kembali...

aku kembali menaip yer...dah lama x update blog..haih..idup aku dua tiga minggu ni sungguh sibuk...sibuk ngan keja che mat..yup..KANVAS...haih dah la dua kali buat...pergh...duit kuar mcm air...byk duit abis...puasa dah start..yeah...byk benda kena tobat nih..semayang kena penoh nih..huhuhu...aduh cuti pon dah start...haih...alamat lama la aku berpisah ngan awek aku nih...haih...hope dapat jumpe die...rindu kat die...dah le die x sehat skang nih...argh....klu la aku leh jaga die...demam nyer sungguh panas..risau aku..waaaaaa....rindu kat die...rindu kat parent aku...

Saturday, October 01, 2005

aku..

aku kembali menaip blog...busy ngan kerja che mat sampai xde masa nak update ar...byk benda jd ma...adeh..sedey2...aku rindu dia...aku bebetul nyesal sbb terignore dia...x sengaja...sungguh sedey....hurm..puisi ni aku dapat dr buku bertajuk AKU...ntah ar mcm nk meluahkan perasaan tidak puas hati kat che mat melalui puisi ni...

aku..
aku...
kalau sampai waktuku
kutidak mau seorangkan merayu
tida jua kau
tidak perlu sedih sedan itu
aku ini binatang jalang
dari kumpulan terbuang
biar peluru menembus kulitku
aku tatap meradang menerjang
lukan dan bisa kubawa berlari
berlari
hingga hilang pedih peri
dan aku akan lebih tidak peduli
aku mau hidup seribu tahun lagi


hingga berjumpa di post yg baru..aku rindu dia....

Saturday, September 24, 2005

hidup aku..

hurm..aku menaip lagi..arini satu ari la aku kat studio siapkan keja kanvas..although mcm x siap lagi..aku puas hati background dah kaler...klu x..aku sure kusut..hehe..itulah aku..dua tiga arini aku mcm pening.idop x terurus..tido x cukup...badan letih..makan x tentu..di saat ini hanya irda je yg bermain di pikiran...haih..tp nk buat mcm mana...die pun bz study sbb final die next week..argh..aku merindui saat2 bersama ngan die..haih..aku pon rindu ngan mak bapak aku..dis week aku x leh nak balik umah..keja byk sgt...tensi2..adeh..duit pon byk abis..nasib dua assignment dah settle...mph dah settle..scripting pon dah settle..mph aku terpaksa print gambar 2 kali..terbang lagi duit aku..argh...janji gambar cun n aku puas...aku rindu nyet...argh...rasa mcm nk jer pi umah die..jumpe die...serius rindu...adeh..hope esok aku dpt jumpe die...nasib aku dis week mcm malang sket..namun aku kena sabar..ujian dr tuhan kali ini macam agak berat...aku kena sabar...

Thursday, September 22, 2005

dia adalah segalanya..

hurm..aku kembali menaip...hurm...kali ni aku rasa macam nak kongsi citer bersama sape2 yg baca blog aku nih..aku nk citer sal nyet...sape nyet? die lah cewek aku..kenapa nyet? adalah kisah die...hurm..aku taip ni sbb aku ngah rindu die sangat2..die kat umah skang nih.kat subang..aku plak tertunggang langgang kat cyberia nih...argh...esemen aku makin banyak..dateline sumer mcm dah dekat...argh..di saat ni mcm aku nk peluk nyet...sebab aku rasa tenang sket...argh aku sungguh merindui dia...mcm mana aku knal die? sume sebab pertemuan singkat ngan budak skolah aku...time tu aku br abih klas n nyet pon br abih klas...senang citer..first time aku nampak die,aku dah suke die...malam tu jugak aku minta yahoo id nyet kat kawan aku tuh..mcm x budget lak..die mcm melayan je ape yg aku merapu...sampai kol 5 pg aku chat ngan die...soknye aku dah kuar minum ngan die..hehhee..time tu aku dah start suke die dah...cepatkan? semenjak aritu aku dah start rapat ngan die...mcm dah diplan lak..bday die seminggu pas aku knal die...hehehe..ntah ar..aku pun ngan serta merta beli kad bday kt die...aku x nah buat kat pompuan lain..maksud aku yg baru knal...die mcm agak terkejut..hahaha...n semenjak tu jua aku rapat ngan die...die slalu teman aku buat keja....pi amik gambar...sumer la..mmg aku appreciate la ngan kebaikan die time tuh...dah ar aku heret die sana sini macam die dah jd awek aku..bebdk pun asyik tanye nyet tu dah conpom jd awek br ka? hehe..yup..aku mmg nak cr pengganti awek lama aku..ingin memulakan kisah hidup br..ingin melupakan kisah silam yg pedih..tp aku rilek dl..aku nk kenal hati budi nyet...benda yg paling aku x leh lupa masa sesi perkenalan aku ngan nyet..die sandar kat bahu lepaskan tensi die..heh..n aku menyisirkan rambut die..sunggguh best...hurm..hari jadi aku lak..die ada kasi aku kad..sampai skang aku akan bawak kad tu pi klas...ntah ar..pada aku..kad tu macam ada sentimental value..hurm..aku minta couple ngan die pada 3hb ogos..kol 1 pg..time tu aku ngah melepak kat umah member aku..kitorg nk pi amik gambar..mcm mana aku minta?? hahaha...lagu J.A.P adalah saksi..hurm..stakat ni couple..alhamdulillah..ok..aku bahagia..although aku cukup susah nak jumpe die...sbb waktu klas kitorg x sama..die pon amik course lain..so..kitorg ni x mcm couple lain...x slalu kepit..aku n die jumpe bila free jer...hurm..stakat ni ape yg aku rasa...aku cukop sayang ngan die..iyer...aku ada admit..aku cepat terasa..ntah ar...sensitiviti aku agak kuat..ala sbb aku x suke bila org tu ckp die sumthing..aku tanye..die ckp xde apa2..aku x suke..n aku masih fobia...takut dikecewakan..aku dah pernah kena tipu ngan pompuan..so aku x nk kena lg..tp aku rasa nyet x mcm tuh..aku percaya die..cume satu benda je aku takut...aku takut die fed up ngan perangai aku..sayang..if u read dis post..im just wanna say sorry..dis is me...hurm..masa aku pi cameron..aku rasa cukop bersalah ngan die...die ngah sakit kat hostel...aku kat cameron..time tu ada gak rasa nk balik cyber,tp aku kena buat assignment...aku rasa mcm aku ni x berguna..haih...summore baru2 ni die masuk hospital...aku dpt tau bila aku nk pi antar flyers kat akarkarya...time tu aku terduduk kat bilik efry...bayangkan..awek masuk hospital..korang ngah wat keja..bkn aku x nk pi tgk die...aku x tau die masuk hospital mana..wad mana..n benda paling keciwa..aku x dpt nk tau ape2.sbb aku x tau umah die...no phone parent or adik beradik die...aku rasa loser giler...sungguh x berguna...aku nk je pi cr die kat subang...tp nasib die dah call dl..bayangkan..aku rasa mcm org x tentu arah...mlm tu aku pi umah die..jumpe die..tgk keadaan die..aku sedey...sbb aku xde sbelah die time die sakit aritu..aku sayang die...aku rindu die..aku x tau kenapa aku sayang die sgt2..pada aku die dah cukup sempurna..aku x phm kenapa die bangkitkan hal susahkan aku, aku x susah klu pasal die..sbb aku nk amik berat sal die..aku sayang die..die ada segalanya..aku masih berhutang die satu otromen...otromen? hehe..rahsia karya kitorg..sesungguhnya hanya itu pengubat bila aku rindu die...haih...aku x tau nk buat ape skang..yang pasti aku sungguh merindui dirinya..aku merindui gelak tawa n senyumannya di kala hati tgh rungsing..semoga die jua merindui aku kat sini...sape nyet? hehe..dia lah IRDA NURAHAYU..cewek aku yg paling aku sayang..

Monday, September 19, 2005

bisakah fantasi menjadi realiti?

yeah aku kembali menaip blog..hurm..arini mcm ada citer yg nak dikongsi..pernah ke korang terpk yg korang nak life story korang mcm dlm komik ker filem ker...?? satu soalan yg pelik...tp itulah aku..aku terlalu banyak berpk..sampai kengkadang aku pun naik pening..aku inginkan kehidupan yg best..sumer org nak mcm tuh...well...ape yg aku dpt gambarkan...kehidupan aku mcm citer 'the singles'..klu korang baca blues selamanya..korang tau la...yeah..aku anggap diriku macam weng..yup..hero dlm citer tuh..hidup die penuh ngan dugaan..pas satu..satu dugaan yg dtg...begitu jua ngan idup aku..yeah sudah tentu aku punya konflik diri...aku mahu memuaskan hati sendiri disamping memuaskan hati sumer org...mcm weng...die punya rerakan yg amik berat sal die..aku juga punya rerakan yg best..although ada yang datang dan pergi...itulah hidup...sungguh pedih dan sadis bila pk kawan yg dlnya umpama abg pdku..sudah membisu seribu bahasa...sudah jarang tegur..adeh..weng terer dlm bidang muzik..aku plka..sket2 jer..yg mana aku belajar..aku tau la..sesungguhnya hanya gitar dan biola menjadi rakanku dlm bidang muzik...bab family..yeah aku dan weng mempunyai sebuah keluarga yg sungguh best...although weng susah mcm mana pun family x dilupakan..aku jua..although adik beradik ckp aku ni anak durhaka la..anak emas la..aku sayang family aku..punya ayah yg tegas x bermaksud garang..punya ibu yang sungguh sweet..kelakar dan supportive..adik beradik? hubungan kami sungguh erat..rahsia disimpan bersama...cume yelah...ada satu benda yg aku dan weng slalu pening...dugaan yg x sudah2 dtg...nk kata mcm mana..mungkin takdir..aku x menyalahkan Yang Maha Esa..mungkin byk dosa telah aku buat masa silam...dan Dia mahu mengajar aku menjadi penyabar...klu di antara rerakan yg ckp aku ni mamat yg byk prob..yep..aku bersetuju..mungkin cara aku handle problem salah kot..ntah ar..aku x bisa buat keputusan...huhuhu...adeh...idea ku makin kering...arghhhh...owh ya...yg berbeda antara aku dan weng...kisah cinta...sungguh berbeda...aku mungkin agak beruntung...berbanding ngan weng...huhu..aku punya cewek yang sungguh beh..caring..baik..sempurna ar...beh beh beh...cume yg x best...slalu berjauhan...biasa ar...kate amik course lain...yup..sal kisah cinta...aku punya keinginan...aku mahu kisah seperti cerita a lot like love...ntah la...aku pun x tau asl pilih crite tuh...pada aku..citer tu beh...dan aku punya keinginan mahu kisah aku dan nyet seperti itu...tp biarlah Yang Maha Esa tentukan...yup..problem x akan abis2 dtg..aku cume berharap yg aku punya kekuatan dan kesabaran yg tinggi....

Sunday, September 18, 2005

kisahnya bermula di sini..

yup..kisahnya bermula di sini..akan aku tulis sumernya kat sini....bulan lepas bulan malang aku...byk sgt prob yg jd..bln ni pon mcm malang sket..byk duit kuar...sampai duit ayah aku pon dah abis...arghh aku rasa sungguh bersalah..ada x masanya yg masalah xkan dtg...pada aku x kot...ntah la...aku pon pening....